WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

MALAYSIA CUP (RIUH PAGI ERA)





MALAYSIA NEGARA KE 43 PALING AMAN

Malaysia berada di tangga ke-43 daripada 110 negara di dunia yang tersenarai dalam Indeks Kemakmuran berdasarkan laporan terkini Legatum Prosperity Index 2010 yang disediakan Legatum Institute. Manakala Indeks Legatum 2010 meletakkan negara Malaysia ke-8 termakmur di Asia Pasifik

Pada peringkat rantau Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga kelapan mengikut kajian sama dilakukan badan bebas berkenaan.

‘The Prosperity Index’ atau Indeks Kemakmuran memberikan penekanan kepada asas ekonomi, kesihatan, kebebasan, sistem pentadbiran, keselamatan, pendidikan, peluang perniagaan dan hubungan sosial boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan tahap kebahagiaan rakyatnya.

Legatum Institute adalah badan bebas berpangkalan di United Kingdom yang memberi fokus kepada kajian bebas dan sokongan dasar bagi mempromosikan kebebasan individu, politik dan ekonomi di negara seluruh dunia.

Menariknya, corak pemilihan indeks kemakmuran oleh institut ini ialah ahli panel tidak hanya melihat kepada pembangunan ekonomi semata-mata seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga tujuh bidang seperti keusahawanan dan peluang perniagaan, sistem pentadbiran, pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebebasan individu dan modal sosial.

Hasil kajian badan itu mengekalkan kedudukan Malaysia seperti tahun lalu, melalui tujuh bidang berkenaan iaitu ekonomi di tangga ke-21; keusahawanan dan peluang perniagaan (34); sistem pentadbiran (34); pendidikan (45); kesihatan (44); keselamatan (52); kebebasan individu (90) dan hubungan sosial (90).

Rumusan kajian ini meletakkan asas ekonomi serta keusahawanan dan peluang perniagaan serta sistem pentadbiran dilihat sangat kukuh tetapi kebanyakan bidang lain berada dalam keadaan sederhana.

Kajian itu meletakkan Norway pada kedudukan pertama, manakala Zimbabwe pula di tangga yang terakhir.

Singapura pula negara Asia Tenggara yang menduduki tempat tertinggi berbanding negara jirannya dengan menduduki tempat ke-17 sama seperti tahun lalu, manakala Thailand pula tangga ke-52 (naik dua anak tangga daripada tangga 54), Filipina turun daripada 61 ke-64 dan Vietnam turun daripada 50 ke-61.

Jepun adalah negara Asia yang menduduki tempat tertinggi tahun ini, iaitu tempat ke-18 susut dua anak tangga berbanding tahun lalu, manakala China di tangga ke-58, manakala India (88).

Namun mengejutkan kedudukan Hong Kong yang merosot kepada kedudukan ke-20, sedangkan dua tahun lalu menduduki antara 10 negara makmur di dunia dengan menduduki tempat kelapan.





TV ALHIJRAH (TVAH) CETUS PERUBAHAN

Bagi memastikan penonton menyedari kemunculan TV Alhijrah (TVAH) di arena penyiaran tanah air, tempoh sebulan bermula 1 November ini dijadikan sesi perkenalan stesen baru itu bagi menarik perhatian penonton. Manakala penyiaran secara penuhnya pula berkuat kuasa pada 1 Disember depan.

Sehubungan itu, penonton berpeluang menyaksikan bagaimana rencah perjalanan program diketengahkan TVAH yang ditubuhkan atas inspirasi bercirikan Islam.

Apapun, pada peringkat awal, siaran bermula dari jam 3 petang hingga jam 12 tengah malam, setiap Isnin hingga Khamis manakala hujung minggu pula iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad lebih awal dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Menjadi satu stesen TV percuma yang baru, penyiarannya berpusat dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Malah, lima transmisi tersedia untuk memancarkan siaran kepada penonton di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Siaran ini mencakupi 55 peratus daripada penonton televisyen tempatan. Bagaimanapun, siaran TVAH bersifat menyeluruh. Bagi golongan Islam, TVAH menjadi sumber ilmu serta maklumat manakala bukan penganut Islam dapat melihat keindahan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir berkata, TVAH mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton terutama golongan sasar iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan muda dan sehubungan itu, program disiarkan pelbagai.

“Namun, ketetapan kandungan siarannya ialah 60 peratus terbitan tempatan manakala 40 peratus lagi dari luar negara. Biarpun masih baru, 30 peratus daripada keseluruhan kandungan program disiarkan adalah terbitan pihak TVAH sendiri. TVAH sebaik mungkin menyediakan program yang terbaik untuk masyarakat. Seiring dengan visi menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah. Malah, penonton diajak berubah ke arah kebaikan.

“Penubuhan TVAH juga bukanlah untuk bersaing dengan stesen TV sedia ada. Tetapi, kemunculannya sekadar memberi ruang untuk penonton membuat pilihan. Mereka menonton dan menilai setiap program yang disiarkan mengikut cita rasa sendiri. Pihak TVAH hanya berusaha menyediakan paparannya. Berminat atau tidak, ia milik penonton. Apa yang pasti, kandungan siaran dimuatkan dengan program seperti drama, filem, ehwal semasa, dokumentari, berita, animasi dan hiburan,” katanya.

Menyentuh soal dana penubuhan TVAH, beliau berkata kerajaan menyalurkan sumber kewangannya. Memandangkan perancangan sudah dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek, dana sebanyak RM60 juta dilaburkan untuk penubuhan TVAH.

TVAH di terajui Bukhari Che Muda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan beliau bukan nama asing dalam dunia penyiaran kerana pernah berkhidmat dengan TV9 sebagai ketua pegawai operasi. Bukhari berharap penonton tempatan dapat menerima kemunculan TVAH.

Katanya, setakat ini persediaan rapi dan mantap sudah dilakukan untuk menyertai stesen TV lain menyalurkan pelbagai maklumat serta program ilmiah kepada masyarakat.

“Bersandarkan ruang dan peluang yang ada, saya akan memastikan penonton mendapat apa yang mereka mahu. TVAH akan berusaha gigih memberikan yang terbaik dan memenuhi kehendak penonton. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada karyawan dan penggiat seni tanah air yang sudi bekerjasama dengan TVAH bagi menyemarakkan industri penyiaran tanah air. TVAH sentiasa membuka peluang kepada karyawan tempatan menghasilkan produk mereka untuk disiarkan,” katanya.

Untuk permulaan ini antara filem terbaik di sediakan TVAH seperti Last Queen of The Earth (Iran), Bila Cinta Bertasbih (Indonesia), The Memories of Tomorrow (Jepun), Half of Confession (Jepun), Leaps & Bounds (Turki) serta Winky Horse (Belanda).

Semua filem itu pernah mendapat rating tertinggi termasuk memenangi pelbagai anugerah. Apapun, antara program tempatan disediakan ialah siri Alauddin yang pertama kali menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu serta penyebaran Islam. Ia dipersembahkan dalam bentuk imej penjanaan komputer (CGI), kesan khas dan serat kostum.

Drama antarabangsa seperti King Farouq dan Saifullah Khaled Ibn Waleed pula adalah dua siri drama Arab terbaik yang pastinya memancing perhatian penonton. Tidak ketinggalan, TVAH juga menyiarkan berita konprehensif, dokumentari dalam dan luar negara. Bagi memenuhi kehendak penonton kanak-kanak pula TVAH akan menayangkan animasi terbaik, Pada Zaman Dahulu yang di hasilkan produksi Les Copaque.






BANK RAKYAT UNTUNG RM1.28 B SUKU KETIGA

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.28 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September lalu, meningkat 21.5 peratus daripada RM1.06 bilion pada tempoh sama tahun lalu. Ini diraihnya daripada pendapatan kasar sebanyak RM3.44 bilion, naik daripada RM2.89 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata keuntungan lebih tinggi itu disumbang terutama oleh kenaikan pendapatan pembiayaan, seiring pertumbuhan kukuh dalam keseimbangan pembiayaan dalam semua segmen perniagaan bank itu.

Dalam tempoh dikaji, katanya keuntungan bersih Bank Rakyat meningkat sebanyak RM257.6 juta kepada RM1.0 bilion daripada RM743.4 juta tahun sebelumnya.

“Pendapatan bersih selepas pengagihan keuntungan kepada penyimpan mengukuh RM717.4 juta kepada RM2.85 bilion daripada RM2.13 bilion sebelumnya, manakala pendapatan daripada pembiayaan menambah kepada RM2.99 bilion daripada RM2.47 bilion sebelumnya,” katanya.

Kamaruzaman berkata, pendapatan berasaskan yuran menokok RM13.8 juta kepada RM80.8 juta daripada RM67.0 juta sebelumnya, yang mana 85.3 peratus disumbangkan pendapatan wasiat, komisyen ke atas takaful dan yuran perkhidmatan mesin ATM. Beliau berkata, jumlah aset bank koperasi itu bertambah sebanyak RM9.32 bilion kepada RM58.57 bilion daripada RM49.25 bilion sebelumnya.

Bank Rakyat mengguna pakai kriteria lebih ketat di bawah FRS139 sepanjang tempoh dikaji yang mana pembiayaan tertunggak melebihi tiga bulan akan diklasifikasikan sebagai pembiayaan terjejas.

"Justeru, kami telah mencatatkan nisbah pembiayaan terjejas 3.91 peratus untuk tempoh dikaji berbanding nisbah tidak berbayar kasar 5.33 peratus di bawah Garis Panduan klasifikasi BNM pada tahun sebelumnya,” katanya.

Jumlah deposit Bank Rakyat, katanya meningkat 6.6 peratus atau RM2.82 bilion kepada RM45.47 bilion pada akhir September 2010, berbanding RM42.64 bilion tahun sebelumnya. Kedudukan kecairan pula kekal kukuh pada kadar 27.16 peratus berbanding 26.13 peratus pada bulan sama tahun lalu. Dana pemegang saham pada akhir September 2010 meningkat 16.8 peratus atau RM895.9 juta kepada RM6.23 bilion daripada RM5.33 bilion tahun lalu.






JUALAN KENDERAAN DI JANGKA CECAH 590,000 BUAH

Jualan kenderaan motor Malaysia mungkin lebih tinggi daripada yang di jangkakan, mencecah sehingga 590,000 unit menjelang akhir tahun ini (2010), demikian menurut Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, momentum jualan sekarang mungkin membawa jumlah kuantiti kenderaan mengatasi unjuran Persatuan Automotif Malaysia pada 570,000 buah.

"Berdasarkan kepada aliran jualan (semasa), jumlah kuantiti industri dijangka melepasi sasaran 570,000 unit," katanya.

Beliau memberitahu bahawa jualan Perodua mungkin juga melepasi sasarannya pada 185,000 unit menjelang akhir tahun kerana jualan sembilan bulan pengeluar kereta nasional itu telahpun melebihi 141,100 unit.

Menurut Aminar Rashid, Perodua yakin dapat melepasi paras 185,000 kerana pelancaran varian ViVA baharu, edisi ViVA Executive, di jangka meningkatkan lagi jualan. Harga bagi varian tersebut, model ViVA yang diberi wajah baru dan dinaik taraf, dijangka naik sedikit kerana segmen pasaran itu sensitif harga.

Ditanya sama ada Perodua mempunyai rancangan mengeluarkan kereta hibrid untuk memanfaatkan insentif kerajaan bagi kenderaan hibrid, Aminar Rashid berkata, buat masa sekarang Perodua akan terus mengeluarkan kenderaan enjin pembakaran dalaman.

"Bagi kenderaan kompak, masih ada ruang bagi kami untuk menambah baik dan ini mungkin boleh jadi sebaik enjin hibrid," katanya.

Aminar Rashid berkata, Perodua akan menumpu membangunkan enjin dengan pelepasan karbon dioksida yang kurang dan cekap dari segi bahan api.

"Walaupun kami menyambut baik insentif yang diberikan kerajaan bagi kereta hibrid dalam bajet baru-baru ini, kami mahu mencadangkan insentif diberikan bagi kereta dengan pelepasan karbon dioksida yang kurang," katanya.

Beliau juga berkata, Perodua menyasar teknologi enjin masa depan dan kemungkinan mengusahakan teknologi tinggi dan bahagian-bahagian canggih dalam negara.





MAHB MELABUR RM 208 JUTA

Malaysian Airports Holding Bhd. (MAHB) yakin pelaburan sebanyak RM208 juta bagi menaiktarafkan perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, mampu menjadikan lapangan terbang itu lebih berdaya saing pada masa depan.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad berkata, melalui pelaburan itu, pihaknya boleh mengatur jadual perjalanan dan kerja-kerja penyelenggaraan secara menyeluruh perkhidmatan yang menjadi nadi utama pergerakan penumpang di lapangan terbang itu.

‘‘Landasan aerotrain di KLIA tetap dua laluan tetapi melalui pelaburan itu, kita berjaya menambah jumlah aerotrain kepada tiga buah. Kita juga boleh melakukan kerja-kerja penyenggaraan terhadap mana-mana aerotrain itu tanpa menganggu pergerakan penumpang di KLIA,” katanya.

Pemberhentian sementara itu bertujuan memberikan laluan kepada pembinaan laluan pertukaran antara dua landasan aerotrain sedia ada. Bagi memastikan kelancaran pergerakan para penumpang dan petugas di KLIA, MAHB akan menyediakan 16 buah bas bagi tujuan perjalanan ulang-alik dari terminal utama ke bangunan satelit.

Selain pembelian areotrain itu, pelaburan itu turut membabitkan pembinaan sebuah bangunan berasingan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan laluan pertukaran menghubungkan bangunan itu dengan terminal utama serta bangunan satelit.

Dalam pada itu, Azmi berkata, sehingga bulan Ogos 2010 yang lalu, ketibaan penumpang di KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) meningkat kira-kira 17 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

‘‘Sasaran kita tahun ini adalah 34 juta penumpang berbanding tahun lalu, kira-kira 29.5 juta sahaja,” katanya.




PERBANKAN MUDAH ALIH DARI BIMB

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), terus mengorak langkah menawarkan perkhidmatan terbaik apabila menjadi bank pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan perbankan mudah alih sepenuhnya melalui Perbankan Mudah Alih-i Transact At Palm (TAP) yang boleh digunakan pada semua jenis telefon bimbit dan penyedia telekomunikasi utama.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya memperkenalkan perbankan mudah alih tanpa akses Internet bagi membolehkan pemegang akaun menjalankan transaksi perbankan tidak kira di mana dan pada bila-bila masa.

Katanya, menerusi TAP pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 pengguna melanggan perkhidmatan itu dalam tempoh 12 bulan.

“Kami percaya dengan adanya perkhidmatan seperti ini pelanggan sedia ada mahupun baru menggunakannya sebagai alternatif terbaik untuk transaksi perbankan sama ada untuk memindahkan wang, membayar bil atau menyemak baki akaun. Pelanggan DiGi, Maxis mahupun Celcom boleh mengaktifkan TAP dengan mudah, namun perlu melakukan dua perkara iaitu melekatkan cip khas dibangunkan bersama syarikat telekomunikasi ke kad sim telefon bimbit dan perlu mempunyai akaun semasa atau akaun simpanan Bank Islam,” katanya.





KWSP MENANG DUA ANUGERAH ICT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memenangi dua anugerah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) - Anugerah Inovasi Enterpris IDC 2010 dan Anugerah Inovasi Proses Terbaik, Persatuan Perkongsian Panduan Anugerah ICT Malaysia 2010.

Kedua-dua anugerah itu bagi projek elektronik-Pilihan Pelaburan Ahli (ePPA) yang menggantikan sistem operasi manual untuk permohonan pengeluaran oleh pencarum KWSP yang dilaburkan dalam unit amanah.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol, berkata anugerah itu mencerminkan kejayaan KWSP mengetengahkan tahap perkhidmatan kepada pelanggan menerusi inovasi teknologi seperti projek ePPA.




SEMAKAN KONVOKESYEN (SARJANA MUDA) UUM

Semua bakal graduan di peringkat Ijazah Pertama yang layak bergraduan pada Majlis Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2010 hingga 2 November 2010 seperti di senaraikan di dalam website konvokesyen UUM (http://konvo.uum.edu.my), boleh mendapatkan maklumat konvokesyen dan Surat Jemputan Konvokesyen melalui SISTEM SEMAKAN KONVOKESYEN melalui website konvokesyen.

Semua bakal graduan terlibat dikehendaki mencetak paparan maklumat konvokesyen dan sertakan bersama-sama slip/resit pembayaran yang dibuat sebagai bukti pembayaran semasa mengambil jubah konvokesyen di Dewan Tan Sri Osman Yeop (DTSO), UUM nanti.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Unit Pengkuliahan, Logistik dan Pengijazahan di talian 04-928 3111/3113.

KLIK SINI





SELAMAT HARI LAHIR






DI DENDA RM115,000 KERANA PENYOKONG

Angkara sikap buruk penyokong pasukan Selangor dan Kelantan ketika perlawanan peringkat suku akhir di Stadium Shah Alam minggu lepas, kini dua pasukan tersebut terpaksa menanggung denda berjumlah RM115,000.

Itulah keputusan yang di perolehi melalui mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dan jumlah tersebut meliputi denda RM50,000 setiap pasukan serta kos kerugian RM15,000 yang perlu dikongsi kedua-dua pasukan akibat tindakan penyokong mereka.





JOBS: SENARAI KERJA KOSONG TERKINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
Universiti Teknologi MARA Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Kampus Universiti Teknologi MARA, MELAKA bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

PENSYARAH KANAN (GRED DM51)
PENSYARAH UiTM (GRED DM45)

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi menerusi laman web UiTM Melaka

Tarikh Tutup : 01 Nov 2010

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:

JURUTERA – J41
PEGAWAI TADBIR – N41
PEMANDU KENDERAAN –R3

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my.
Borang salinan pendua boleh digunakan. IKLAN

Tarikh Tutup : 01 Nov 2010

KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN AWAM (SARAWAK)
Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut di KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN AWAM (SARAWAK).

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

Permohonan adalah secara ONLINE

Tarikh Tutup : 31 Nov 2010

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDN)
Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
PEMBANTU TADBIR (PENAKSIRAN)
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN)
PEMBANTU TADBIR (PERPUSTAKAAN)
PEMBANTU TADBIR (KEJURUTERAAN)
PEMBANTU TADBIR (JURUTEKNIK KOMPUTER)
PEMBANTU TADBIR (OPERATOR KOMPUTER)
PEMBANTU TADBIR (KESELAMATAN)

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my.

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL

Tarikh Tutup : 25 Oct 2010

LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-

PEGAWAI PENYELIDIK
PUSTAKAWAN
PEGAWAI TADBIR
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
PEMBANTU PENYELIDIK
PEMANDU KENDERAAN
PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Secara Online yang boleh diperolehi dari Laman Web MPOB di alamat : http://www.mpob.gov.my

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya. ISI PERMOHONAN

Tarikh Tutup : 25 Oct 2010







JOBS: MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD

Job Description :
In line with our aggresive and rapid expansion, we are seeking for a dynamic and motivated individual who is driven towards performance excellence to be part of our team

Job Requirements :
1. Event Executive
- Degree in Mass Communication/Public Relations/Advrtising/Media/Humanities/Liberal Arts or its equivalent
- At least 2 to 3 years working experience in communications or related work and manage all events
- Able to owrk long-hours and work outstation

2. Admin Executive - Legal
- A recognized Degree in Law
- Provide general advisory services including vetting and drafting of legal documents
- Monitor all licensing applications/epiry/renewal of all deocument pertaining to tenancy agreement

3. Executives - Strategic Management
- Degree /Diploma from any field of studies
- At least 1-2 years working experience in the retail industry
- Perform Data Analysisi and Return -on-investment
- Understand /intrepret Profit and lOSS and cashfloe Data/Information

4. Junior Executive
- Degree in Mass Communication /Public Relations/Advertising/Media/Humanities/Liberal Arts or its equivalent
- Good communication and writing skills in English and Bahasa Malaysia to undertake all PR & Commuications tasks in the Private Sectors, Public Relations, Medias, International Agencies, attend meetings with external parties and participate in their events/activities

5. Writers

6. Translator
- Degree /Diploma in Mass Communication or any field of studies
- Able to do translation from Bahasa Malaysia to English/Vice-versa with related experience
- Able to do imressive write-ups/briefs/biodata
- Handle various writing tasks from other departments

7. IT Assistants
- Diploma /Certificate in information Technology
- Provide on site branch support for IT hardware, Sofware and POS
- Possess own transport
- Fresh graduates are encouraged to apply

8. Management Trainees ( Promotions/Events/Advertising/Communications/Customer Service)
- Degree in Mass Communication/ Advertising/Media/Humanities/Liberal Arts or its equivalent
- Pro-acive, willing to work long hours, weekends and during public holidays
- Pleasant personality and can converse well in English and Bahasa Malaysia. Additional languages is an added advantage

9. Graphic Designers
- Diploma/Certificate in Graphic Design and Multimedia
- Knowledge of Macintosh will be an added advantage
- Able to work in a facst paced environment

Contact Information :
Interested candidates are invited dated to email/send their application with resume, expected salary and passport - size photo together with original and photocopies of relevant certificates to
the address below before : 30th October 2010 (walk in interview)

Human Resurce Department
MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD
Lot No.675&676, Persiaran Subang Permai, USJ 1,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
Fax : 03 - 8073 6396
Email : recruitment.hq@mydin.com

Location : Subang Jaya, Selangor





TIP-TIP SEMASA TEMUDUGA PROFESION PERGURUAN

Angka permohonan memasuki profesion perguruan mencecah puluhan ribu setiap tahun. Tidak kira saluran mana sahaja, sama ada permohonan KPLI, DPLI, Guru MARA dan memasuki peringkat ijazah pertama pendidikan di IPTA atau IPG.

Selain minat menjadi ukuran, terdapat beberapa kriteria yang penting lazimnya diabaikan oleh calon semasa temuduga perguruan. Antaranya pemakaian, persediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan beberapa lagi hal pengurusan salinan sijil.

Berdasarkan tinjauan dengan penemuduga yang berpengalaman dalam mengambil calon guru, banyak perkara yang terlepas pandang oleh calon guru semasa menghadiri temuduga perguruan. Berikut merupakan kesalahan kecil namun memberi impak besar semasa temu duga adalah:

1. Tidak memakai blazer atau kot, baju lengan panjang berwarna cerah dan tali leher yang sesuai.
2. Sekiranya terdapat sesi micro teaching, seringkali calon tidak menyediakan bahan bantu mengajar seperti slaid atau diagram yang menyokong pengajaran. Di samping itu, tiada rancangan pengajaran yang disediakan untuk sesi micro teaching.
3. Salinan sijil yang perlu disertakan semasa temuduga tidak lengkap. Kebiasaannya surat beranak, pengesahan ijazah dari JPA (boleh dimuat turun dari www.jpa.gov.my) dan tiada tanda tangan pengesahan pegawai kumpulan A pada salinan sijil.
4. Tidak fasih menjawab soalan pengetahuan am seperti dasar-dasar pendidikan dan aspek pendidikan semasa.
5. Tidak fasih menjawab soalan berkenaan bidang perguruan yang dipohon.

Persaingan yang sengit untuk menyertai profesion perguruan memerlukan calon-calon yang prihatin pada perkara-perkara di atas. Minat kepada bidang perguruan perlu disertakan dengan imej dan pengetahuan untuk menjadi seorang guru. Selamat berjaya!





SEMAKAN TEMUDUGA GURU/PENSYARAH MARA 2010

Semakan Temuduga & Micro Teaching Permohonan Guru / Pensyarah MARA boleh di buat di


Permohonan Jawatan Guru/Pensyarah MARA bagi calon-calon yang memohon dari
negeri Sabah dan Sarawak akan dimaklumkan kemudian oleh Pihak Urusetia.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN MARA 2010

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai seorang guru yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar serta mendidik, menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.

A. SYARAT LANTIKAN
Calon- calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH - PELUANG KERJAYA BERSAMA MARA
c. Kelayakan
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
( Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4 RM 1967.20)
d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e. Calon-calon yang tidak memiliki Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/ Kontrak atas lantikan Gred DC41.
Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
Gaji Permulaan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian – Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am – Gred DC41: P1T3 RM 1720.90
f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan jawatan atau subjek yang dipohon.

B. TARAF JAWATAN:
Tetap / Sementara / Kontrak

C. CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA
ii. Tarikh permohonan dibuka dari 19 Ogos 2010 hingga 19 September 2010.
iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA.
iv. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing- masing dan pastikan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini di bawa bersama – sama semasa temuduga.
v. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang di meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dibawa semasa temuduga.

D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

E. UMUR :
i. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh iklan di tutup.
ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

F. UJIAN KHAS:
i. Hanya calon–calon yang disenarai pendek sahaja dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Keguruan MARA (UKKM) yang akan diadakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seluruh MARA, sila tandakan tempat mengambil ujian yang menjadi pilihan tuan/puan di ruangan yang disediakan di dalam borang permohonan online.
ii. Pemohon hendaklah menyemak laman web MARA untuk mengetahui keputusan menduduki ujian kecenderungan keguruan MARA.

G. CARA PELAKSANAAN:
i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut kelayakan yang sesuai dengan bidang pengajaran / subjek.
ii. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA)
iii. Pemohon –pemohon yang melepasi Ujian Kecenderungan Keguruan dan berkelayakan sahaja akan dihubungi untuk sesi penilaian amali pengajaran (micro teaching) dan sesi temuduga.
iv. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
v. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.

H. PERTANYAAN:
Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh menghubungi terus melalui Unit Pengambilan & Penempatan Bahagian Sumber Manusia di talian 03-26915111 samb: 3692, 3693, 1838 dan 1836
“MARA Terus Mara”
“ Keusahawanan Kerjaya Pilihan ”

Sila Isi Maklumat secara online di SINI





NGAH SENIK DI LANTIK KETUA PENTADBIR PARLIMEN

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ngah Senik, dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baru, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bertukar ke SPR. Menurut kenyataan Parlimen Malaysia kedua-dua pertukaran itu berkuatkuasa hari ini (18 Oktober 2010).

Ngah, 57, memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1976 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Antara jawatan lain yang pernah beliau sandang termasuk Setiausaha Persekutuan Sarawak di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Timbalan Pengarah Kanan (Gunasama) Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Pengarah Wilayah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur serta Pegawai Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.





MALAYSIA CUP 2010 [KELANTAN 3-0 SELANGOR]










PRAY YOUR PRAYERS






JAWATAN KOSONG : OSRAM OPTO SEMICONDUCTORS

Jika ada sahabat-sahabat yang memerlukan kerja, harap ini dapat membantu.

A. Production Operators

B. Production Supervisors, Assistant Engineers, Manufacturing Specialists, Senior Technicians, Technicians, Clerical positions

Bagi jawatan (A) Production Operators, sila hadir temuduga (walk-in interview). Sila hubungi dahulu HR untuk mengesahan kehadiran anda dari Ms Stephanie (04-613-5124).

Lain-lain jawatan (B) sila send resume lengkap anda ke alamat email (mohamed.yasir@osram-os.com) untuk di forward ke HR Recruitment team untuk arrange temuduga susulan setelah di pertimbangkan.

Quality Management Dept.
OSRAM Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn. Bhd.
Bayan Lepas Free Industrial Zone Phase 1,
11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
H/P: 014-3496786





PENYOKONG KELANTAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS MENONTON BOLA

Seorang penyokong Kelantan meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam tadi (12 Oltober 2010).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.

"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam. Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang di kejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya.

Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan. Keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.


VIDEO INSIDEN


VIDEO PERLAWANAN






TIADA LAGI PMR 2016

Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada peperiksaan 2016. Menurutnya, kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi persekolahan 2011. Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.

"Maka pada ketika itu, kita akan adakan UPSR (format baru) dan mungkin PMR dalam bentuk baru yang tidak dipanggil PMR lagi," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan itu sejajar dengan tuntutan masyarakat yang tidak mahu sistem persekolahan terlalu menekankan peperiksaan. Menurutnya, masa diperlukan untuk perubahan dasar bagi memberi peluang pelajar yang masih berada dalam sistem pelajaran sekarang meneruskannya dengan ujian sedia ada. Sehubungan itu, beliau memberitahu, cara penyampaian mata pelajaran masih lagi terikat dengan apa yang sudah sedia ada.

Muhyiddin menjelaskan, UPSR akan berubah bentuk dan format, antaranya mengurangkan komposisi subjek teras kepada 60 peratus dan menambah pemberat komponen kokurikulum serta subjek yang dianggap penting seperti sivik kepada 40 peratus dalam pentaksiran keseluruhan.

Subjek teras di peringkat UPSR ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia (Penulisan dan Kefahaman).

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira input dan pendapat jawatankuasa meja bulat penambahbaikan yang telah bersidang sebanyak tiga kali.

Sejajar dengan transformasi PMR kepada format baru itu pula, Muhyiddin telah meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melihat aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah yang berkecenderungan untuk bersikap berat sebelah dalam pemberian markah kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Penilaian berasaskan sekolah bermakna pelajar akan diminta membuat folio daripada projek yang disediakan oleh guru sekolah. Contoh terdekat amalan format baru yang sedia ada adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pengajian Asas Fardu Ain (Pafa).

Muhyiddin berkata, beliau bercadang membawa perkara itu ke Kabinet kerana pastinya ada minat daripada masyarakat untuk mengetahui tujuan dan langkah penambahbaikan serta inisiatif baru yang hendak dibuat supaya sistem pendidikan di Malaysia tidak cenderung kepada peperiksaan semata-mata. Bagaimanapun, katanya, perkara pokok dan penting ialah setiap peringkat kemajuan murid akan dapat nilai.

"Sesiapa pun perlu mengetahui kemajuan anak-anak mereka di sekolah," katanya.

Beliau berkata, secara umumnya masyarakat bersetuju UPSR perlu dikekalkan tetapi mereka juga berpendapat mesti ada penambahbaikan. Di atas premis inilah, katanya, maka Kementerian Pelajaran perlu memikirkan langkah penambahbaikan antaranya mengubah suai komposisi subjek teras, mungkin daripada keseluruhan 100 peratus, maka 60 peratus sahaja komposisi adalah berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih yang akan diumumkan kelak.

"Baki 40 peratus adalah atas dasar kokurikulum, bidang sivik serta bidang-bidang yang dianggap penting dan perlu, tetapi pada waktu sekarang tidak dinilai secara saksama. Jadi ini dikira perimbangan yang sesuai. Yang ini pun perinciannya akan kita umumkan kemudian," katanya.

Bagi PMR pula, Muhyiddin berkata, umum bersetuju peperiksaan tingkatan tiga itu tidak perlu diteruskan. Katanya, dalam dialog meja bulat yang terakhir juga, jawatankuasa bersetuju dengan cadangan kementerian supaya PMR diubah bentuknya kepada penilaian yang dibuat di sekolah. Bagaimanapun, untuk mengelakkan tanggapan penilaian berbeza-beza, jelas beliau, adalah menjadi peranan LPM untuk menyelaras bentuk-bentuk ujian yang akan dilakukan.

"Ini untuk mengelakkan berat sebelah atau kecenderungan sekolah memberi markah yang lebih baik untuk sekolah mereka," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara muktamad dalam seminggu dua ini apabila laporan lengkap sampai ke tangannya. Beliau juga memberitahu, kementerian tidak melakukan persidangan meja bulat tersebut secara serta-merta tetapi setelah melakukan ujian rintis di banyak sekolah.

Ujian rintis melibatkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi pada 2009.





KELANTAN PERINTIS PROGRAM KESEJAHTERAAN UMMAH

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau mahu menjadikan Kelantan sebagai negeri yang mempelopori pelbagai program berkaitan kesejahteraan ummah di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata, untuk itu Kerajaan Negeri menganjurkan program sambutan Hari Suami Isteri peringkat negeri Kelantan yang akan dijadikan acara tahunan di negeri ini bagi melahirkan rumah tangga yang bahagia.

“Kita rasmikan Hari Suami Isteri. Satu produk baru di Kelantan. Kerana masalah suami isteri ini biasanya kita sebut di atas surau sahaja kita tidak buat satu acara tertentu yang dipimpin oleh kerajaan. Memandang kepada dunia ini Allah Taala buat untuk manusia. Bukan untuk malaikat dan bukan untuk iblis. Malaikat dan iblis ini diguna khusus untuk jaga manusia. Jadi manusialah yang menjadi raja kepada makhluk di atas dunia. Di letak taraf manusia ini lebih daripada malaikat dah di atas dunia ini tapi tak kena gaya manusia lebih jahanam atau lebih terhina daripada makhluk lain.

"Satu daripadanya kita tak ambil tahu sangat kepada masalah ibu bapa. Kita ada Hari Ibu, Hari Kanak-kanak, Hari Perajurit tapi kita tak ada lagi Hari Suami Isteri. Sedangkan Islam hari ini bukan nak jaga negara, manusia yang dibuat bukan untuk jaga negara dan negeri. Allah Taala buat manusia ini untuk jaga agama. Dan Quran turun dari langit untuk jaga manusia,” katanya.

Beliau berkata, kemungkinan besar program itu akan menjadi program tahunan bagi menyedarkan peranan suami isteri dalam meneruskan kerukunan rumah tangga.

“Insya-Allah program ini akan jadi program tahunan dan kita akan adakan pelbagai program untuk menyedarkan suami perlu jaga isteri dan isteri perlu jaga suami. Kita juga akan buka peluang kepada golongan bukan Islam. Kalau mereka nak Alhamdulillah tetapi kalau mereka tak nak apa boleh buat.

“Tapi kita tunjuk ‘role model’ kita orang Islam suami isteri untuk dijadikan panduan kepada mereka. Ini cara kita untuk sebarkan Islam. Kita tak sebarkan secara kekerasan...kita sebar melalui cara ilmiah. Baik politik, mahupun masalah apa kita guna cara ilmiah untuk berdakwah kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Wan Ubaidah berkata, program berkenaan bertujuan mewujudkan institusi keluarga mawaddah (yang saling sayang menyayangi) selaras dengan dasar membangun bersama Islam yang diperkenalkan kerajaan Negeri sejak tahun 1990 lagi.





MALAYSIA CUP 2010 [KL PLUS 0-4 KELANTAN]

1ST HALF Align Center

2ND HALF






PERMOHONAN KPLI-SR DAN KPLI-JQAF AMBILAN JANUARI 2011

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan 24 Oktober 2010.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan.
1.2 Umur
a. Umur tidak melebihi 35 tahun.
1.3 Kelayakan Akademik
a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
b. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
c. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

2. SYARAT TAMBAHAN
2.1 Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
2.2 Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk, dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
2.3 Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru.

3. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
3.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
3.2 Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti.
3.3 Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
3.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.
3.5 Calon yang pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
3.6 Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
3.7 Calon yang mengidap penyakit kronik

4. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) SEPENUH MASA

1 A110M0000P Bahasa Melayu
2 A110E0000P Bahasa Inggeris
3 A110C0000P Bahasa Cina
4 A110C0M00P Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
5 A110T0000P Bahasa Tamil
6 A110T0M00P Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
7 A111M0000P Matematik
8 A111S0000P Sains
9 A114K0000P Kemahiran Hidup
10 A115A0000P Pendidikan Agama Islam
11 A116C0000P Kajian Sosial
12 A116J0000P Pendidikan Jasmani
13 A116V0000P Pendidikan Seni Visual
14 A117B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
15 A117C0000P Pemulihan
16 A117K0000P Bimbingan
17 A117M0000P Pendidikan Muzik

4.2 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) j-QAF MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH

1 A210A0000L Bahasa Arab
2 A215A0000L Pendidikan Islam
3 A217B0000L Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF

5. CARA MEMOHON
5.1 Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

5.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.

5.3 Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.

6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
6.1 Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
6.2 Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.3 Maklumat mengenai panduan dan status permohonan boleh di dapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

6.4 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.

6.5 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon

6.6 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

6.7 Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

6.8 Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.

6.9 Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

6.10 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat ini.

7. PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

8. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

9. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon : 03-88841233
03-88841235
03-88841243
03-88841245
03-88841252
03-88841260

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGAJIAN

Berikut adalah contoh kesesuaian ijazah dengan bidang pengajian yang ditawarkan:

1. BIDANG PENGAJIAN KPLI BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual A)
Bil Twr Kod Bidang Kesesuaian Ijazah
1. A110M0000P Bahasa Melayu
Pengajian Bahasa Melayu dan Kesusasteraan / Bahasa Malayu dan Linguistik / Bahasa Melayu dan Liguistik / Linguistik

2. A110E0000P Bahasa Inggeris
Pengajian Inggeris / English Literature
atau
Pemohon yang memiliki Ijazah dari universiti dalam atau luar negara yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris dengan syarat memiliki sekurang-kurangnya kepujian C5 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

3. A110A0000P Bahasa Arab
Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab

4. A110C0000P Bahasa Cina
Pengajian Bahasa Cina / Bahasa Mandarin / Kesusasteraan Cina

5. A110T0000P Bahasa Tamil
Pengajian Bahasa Tamil / Kesusasteraan Tamil

6. A111M0000P Matematik
Matematik / Statistik / Aktuari
atau
Calon yang memiliki ijazah lain, mesti mempunyai kepujian C6 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau lulus pangkat C dalam Matematik peringkat Matrikulasi / STPM.

7. A111S0000P Sains
Sains (Fizik / Kimia / Biologi), Kejuruteraan (Awam / Elektrik / Mekanikal)

8. A114K0000P Kemahiran Hidup
Pembangunan Manusia / Sains Pertanian / Perdagangan / Teknologi Kejuruteraan

9. A115Q0000P Pendidikan Al-Quran
Shahadah Takhasus Qiraat, Mesir / Al Qur’an dan As Sunnah

10. A115A0000P Agama Islam
Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur'an dan Sunnah

11. A115M0000P Pendidikan Moral Ilmu Kemasyarakatan / Sains Kemanusiaan

12. A117B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi

13. A117C0000P Pemulihan
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi / Matematik / Ijazah Umum

14. A117L0000P Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi

15. A117D0000P Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi

16. A117P0000P Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Awal Kanak-kanak / Psikologi Kanak-kanak / Psikologi / Psikologi Kaunseling / Sains Kognitif / Biologi

17. A117M0000P Pendidikan Muzik
Seni Muzik / Persembahan

18. A116J0000P Pendidikan Jasmani
Sains Sukan / Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
atau
Calon yang cergas dan aktif sukan dan permainan

19. A116V0000P Pendidikan Seni Visual
Seni Lukis / Seni Halus / Seni Grafik / Seni Lukis dan Seni Reka

20. A116C0000P Pengajian Sosial
Geografi / Geologi / Geoinformatik / Sejarah / Sejarah dan Tamadun / Perhubungan Antarabangsa / Kajian Antarabangsa

21. A117K0000P Bimbingan
Kaunseling

2. BIDANG PENGAJIAN KPLI SR j-QAF MODE LPBS BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual B)

Bil Twr Kod Bidang Kesesuaian Ijazah
1. A210A0000L Bahasa Arab Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab
2. A215A0000L Agama Islam Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah
3. A217B0000L Pemulihan j-QAF Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab / Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah

C. STRUKTUR PROGRAM

1. Tempoh Pengajian
a. KPLI Penuh Masa
Tempoh pengajian bagi program ini ialah satu tahun iaitu dua semester. Calon-calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana institut pendidikan guru di seluruh Malaysia. Setelah tamat pengajian dengan jayanya, calon akan ditempatkan di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. KPLI SR j-QAF Mode LPBS
Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan terus di sekolah rendah terpilih di seluruh Malaysia dan latihan perguruan akan dijalankan semasa cuti persekolahan.

2. Sukatan Pengajian Bagi Komponen dan Mata Pelajaran
* Komponen dan mata pelajaran KPLI adalah seperti berikut:

KOMPONEN MATAPELAJARAN
Asas Dinamika Guru
1. Bahasa Melayu Kini
2. Pengurusan Sumber (Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Pendidikan & Sains Perpustakaan)
3. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
4. Tamadun Islam
5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
6. Pendidikan Alam Sekitar
7. Bina Insan Guru
Pengetahuan & Ketrampilan Profesional 8. Ilmu Pendidikan
Pengetahuan & Ketrampilan Pengkhususan 9. Mata Pelajaran Major
10. Mata Pelajaran Minor
Gerak Kerja Kokurikulum
11. GERKO
Pengurusan GERKO
Unit Beruniform dan Sukan
Praktikum
12. Latihan Amali

3. Komponen dan Mata Pelajaran bagi KPLI SR j-QAF
Komponen pengajian untuk program ini adalah seperti berikut :

Pengajian Komponen
j-QAF Kemahiran Jawi
Pengajian Al Qur’an
Pengajian Bahasa Arab
Fardhu Ain

* Komponen dan mata pelajaran KPLI SR j-QAF adalah seperti berikut:

KOMPONEN MATA PELAJARAN
Pengajian Asas
1. Bahasa Melayu Komunikasi
2. Bahasa Inggeris Komunikasi
3. Seni Dalam Pendidikan
4. Pengurusan Sumber
5. Penyuburan Diri Insan Guru
Pengajian Profesional
6. Ilmu Pendidikan
Pengajian Kurikulum Persekolahan
7. Mata Pelajaran Major
8. Mata Pelajaran Minor 1
9. Mata Pelajaran Minor 2
Kokurikulum
10. Kokurikulum
Pengurusan Kokurikulum
Unit Beruniform
Sukan
Praktikum
11. Latihan Amali

4. Elaun Kursus
Semua calon yang mengikuti program KPLI akan dibayar elaun sebanyak RM 1377 sebulan.
(*Tertakluk kepada perubahan)

5. Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru
Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk dengan Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru.



MALAYSIA CUP 2010 [KELANTAN 4-0 PKNS]

KERBAU UNTUK DI JUAL

suatu ketika dahulu, kerbau di ternak untuk di jadikan sebagai tenaga kerja membajak sawah atau kebun. haiwan itu digunakan kerana ia dikatakan gagah untuk melaksanakan tugas berat selain boleh diajar memahami arahan tertentu.

kini di negara kita haiwan itu tidak lagi di gunakan untuk bekerja berikutan penggunaan teknologi moden yang menyaksikan kemasukan jentera mengambil alih tugas berat berkenaan.

sejak era pemodenan sektor pertanian di ambil alih jentera, kerbau semakin terpinggir apabila tidak ramai lagi penduduk menternak haiwan itu, berbanding ternakan lain, termasuk lembu dan kambing yang sentiasa mendapat tempat, sama ada untuk daging atau susunya.

keadaan yang sama juga berlaku di negeri ini apabila kerbau yang suatu ketika dulu boleh diukur sebagai kekayaan seseorang, kini semakin pupus. haiwan itu semakin sukar ditemui termasuk di kawasan sawah di luar bandar.

bagaimanapun, kepupusan kerbau pada hari ini memberi rezeki kepada seorang penduduk kampung raja, kodiang, yang menjadikan kerbau sebagai ternakan komersial dan menjadikannya sumber pendapatan utama keluarganya.

saya yakin ternakan kerbau mampu memberi hasil pulangan yang lumayan jika di usahakan secara bersungguh-sungguh. saya sendiri mula menternak kerbau secara kecil-kecilan beberapa tahun lalu dan tidak pernah merasa jemu untuk meneruskan kegiatan itu kerana berpendapat ianya mampu menjamin masa depan jika di lakukan dengan betul dan bijak mengambil peluang yang ada. saya bermula dengan membeli seekor anak muda kerbau jantan dan saya membelinya daripada datuk saya sendiri dengan harga rm1800. saya mengupah datuk saya menjaganya kerana datuk saya mempunyai beberapa ekor kerbau lagi. jadi, senanglah kerbau saya berkawan dengan kumpulannya. ladang penternakan terletak di kg. jelor pasir puteh kelantan. kerbau yang di jaga oleh tiga orang secara bergilir itu sekarang telah mencecah sebanyak 30 ekor lebih.

menternak kerbau agak sukar sedikit berbanding lembu kerana haiwan itu biasanya garang dan memerlukan hubungan yang rapat antara haiwan itu dengan tuannya. jika kita tidak mahir berkomunikasi atau menjinakkannya, agak sukar untuk memerah susunya kerana ia liar dan akan bertindak agresif. kerbau tidak boleh di biarkan berkubang lebih daripada dua jam sehari kerana ia akan menjejaskan berat badannya.

tips untuk memerah susunya ialah sebelum mengambil susu semua kerbau itu perlu di mandikan terlebih dulu dan menggosok seluruh badan kerbau dan menyiramnya dengan air bersih supaya susu yang di perah bebas daripada pencemaran yang boleh menyebabkan ia cepat basi. apa yang uniknya ialah sebelum susu di perah, kita perlu memberi peluang kepada anaknya menyusu dulu dan selepas itu baru boleh diperah. jika tidak kerbau akan memberontak menyebabkan pengeluaran susu akan terjejas.

kerbau juga sesuai di jadikan korban untuk majlis-majlis yang besar tidak kiralah perkahwinan dan keraian. oleh itu, di minta supaya orang ramai yang ingin menempah daging atau membeli kerbau, bolehlah menghubungi saya di talian 0134138542.

ianya sesuai untuk majlis besar-besaran dan perlukan daging yang banyak. jadi, bermula dari sekarang, marilah kita sama-sama menukarkan menu hidangan daging lembu yang sebelum ini kita makan kepada memasak hidangan daging kerbau pula. tidak salah demi kebaikan kita bersama, ubah cita rasa dan seterusnya menjimatkan pelbagai perkara.

TUANKU MIZAN - CANSELOR UPNM YANG PERTAMA

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan di masyhurkan sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang pertama pada majlis istiadat konvokesyen sulung universiti itu pada 10 Oktober 2010 ini.

Brigedier Jeneral Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Ghazali Mohamed Seth pula di lantik sebagai Pro-Canselor UPNM.

Seramai 148 graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM ) bakal menerima ijazah sarjana muda masing-masing pada majlis tersebut.

Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor berkata, istiadat konvokesyen sulung itu bakal melahirkan lebih ramai anggota tentera yang bersemangat waja dan memenuhi keperluan sumber manusia untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berlandaskan tahap profesionalisme yang ditetapkan.

''Graduan-graduan ini bakal diserapkan ke dalam ATM sebagai kapten atau setaraf dengannya dan akan terus berperanan memperkasakan lagi ATM dengan semangat waja yang mereka miliki sewaktu menuntut di UPNM,'' katanya.

Jelasnya, walaupun UPNM merupakan sebuah universiti awam, namun ia mempunyai keunikan tersendiri kerana mahasiswanya bukan sekadar menjalani proses pembangunan intelek malah dilengkapi latihan rutin ketenteraan dan budaya rejimen.

Tambahnya, penyampaian ijazah sarjana muda kepada 148 graduan yang terdiri daripada 144 pegawai kadet dan empat pelajar awam itu dapat mewujudkan lebih ramai lagi modal insan yang bernilai tinggi.

''Saya berharap istiadat konvokesyen sulung ini dapat menarik minat ibu bapa, pelajar dan seluruh rakyat Malaysia secara umumnya untuk mengenali UPNM secara lebih dekat kerana universiti ini mampu melahirkan generasi yang intelektual, berdisiplin dan bersedia mempertahankan negara,'' ujarnya.

PETRONAS CATAT UNTUNG RM12.3B

Petronas mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi dalam suku pertama berakhir 30 Jun 2010 berjumlah RM12.3 bilion, meningkat 60 peratus berbanding RM7.7 bilion yang diraih pada tempoh sama tahun lalu (2009). Ia didorong peningkatan pendapatannya sebanyak 26.3 peratus kepada RM58.6 bilion daripada RM46.4 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata prestasi lebih baik dalam suku pertama itu disumbangkan daripada peningkatan harga minyak dan langkah penjimatan kos.
“Pendapatan Petronas bagi suku pertama tahun ini adalah setanding dengan pencapaian lain-lain syarikat minyak utama dunia, disokong oleh harga minyak yang lebih kukuh dan pemulihan sentimen pasaran,” katanya.

Shamsul Azhar berkata, bagi keseluruhan tahun ini pula, Petronas di jangka mencatatkan keputusan kewangan yang lebih baik daripada tahun kewangan lalu, Perbadanan minyak negara itu meraih keuntungan bersih RM40.3 bilion dalam tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac 2010, merosot 23.2 peratus daripada RM52.5 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya. Petronas akan memberi lebih tumpuan kepada operasi di Malaysia pada masa depan berbanding tumpuan kepada penerokaan minyak di luar negara sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kumpulan itu akan membelanjakan kira-kira AS$2 bilion (RM6.2 bilion) bagi membangunkan antara 50 hingga 60 telaga minyak di Malaysia dan luar negara tiga tahun akan datang. Petronas juga akan terus menumpukan kepada projek cari gali di Iraq yang dibangunkannya secara bersama dengan syarikat minyak lain serta projek Carabobo di Venezuela.

Petronas juga tidak mempunyai rancangan membeli kepentingan dalam projek telaga minyak Iran, Azadegan daripada syarikat Jepun, Inpex Corp yang dikatakan mungkin akan menarik diri daripada projek itu kerana bimbangkan sekatan oleh Amerika Syarikat.

JANA PENDAPATAN MELALUI SAMPAH

Dari segunung sampah yang busuk, jika dimanfaatkan dengan bijak dan kreatif, ia akan bertukar menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Kini sampah bukan lagi sekadar bahan buangan, sebaliknya ia boleh diproses menjadi sesuatu yang menguntungkan.

Di Malaysia, sampah belum dimanfaatkan dengan sepenuhnya berbanding di negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun. Mengambil contoh di Jepun, di negara matahari terbit itu sudah mempunyai lebih 2,000 insinerator (loji pelupusan sisa pepejal moden).

Namun, ia berbeza dengan negara ini yang belum mengadaptasikan penggunaan teknologi canggih tersebut. Malah, usaha kerajaan untuk membina insinerator di Malaysia bagi mengurus pelupusan sampah yang berkesan suatu masa dahulu dipandang serong dan dibantah oleh penduduk sekitar, seperti yang berlaku di Broga, Semenyih pada 2004.

Sehingga kini, teknologi pengurusan sisa pepejal yang digunapakai di Malaysia masih di peringkat 'bertatih' dan seolah-olah memerhatikan sahaja negara-negara maju terus memecut laju dalam industri berkenaan. Hampir kesemua sistem pengurusan sisa pepejal di negara ini masih menggunakan cara konvensional iaitu dengan menanam sisa berkenaan dan cara alternatif seperti kitar semula hanya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.

Bagaimanapun, dalam kesuraman tersebut, muncul syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan dalam memulihara semula tapak-tapak sisa pepejal yang sudah 'mati' setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.

Syarikat berkenaan adalah Cypark Resource Bhd (CRB) yang mampu mengubah tapak 'beracun' tersebut menjadi tanah yang bernilai tinggi pada masa depan. Dengan teknologi dan kepakaran sendiri, syarikat-syarikat pengurusan sisa pepejal itu telah berjaya memulihkan sebuah tapak pembuangan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong, Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan kini tapak berkenaan menjadi tempat rekreasi penduduk setempat.

Di sebalik kejayaan syarikat berkenaan terdapat beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki iaitu dari segi pengurusan sisa gas metin yang dihasilkan semasa proses pereputan sisa buangan dan juga teknologi rawatan air licik.

Secara purata, 20 tahun diperlukan untuk memulihkan sepenuhnya tapak pelupusan sisa pepejal dan sepanjang tempoh tersebut tapak berkenaan melepaskan gas metin. Sayangnya gas bernilai tersebut dilepaskan begitu sahaja sedangkan negara maju menggunakannya untuk menjana tenaga elektrik dan juga untuk gas memasak di rumah.

CRB juga mampu merawat air licik sehingga menjadi jernih seperti air dan bebas daripada sisa toksik namun air berkenaan dilepaskan ke sungai tanpa sebarang usaha untuk dikomersialkan. Menurut syarikat berkenaan, kekangan teknologi dan logistik menjadi faktor utama sumber bernilai tersebut dilepaskan begitu sahaja. Namun begitu pujian harus diberikan kepada CRB kerana berani menerajui industri yang masih baharu di negara ini dan diharapkan menjadi perintis kepada syarikat lain untuk menghasilkan teknologi yang lebih canggih pada masa depan.

Di Korea, mereka memanfaatkan gas berkenaan yang dihasilkan oleh tapak pelupusan sisa pepejal Sudokwon dengan menjana 50 megawat tenaga elektrik, cukup untuk bekalan 180,000 rumah dalam tempoh sebulan dengan anggaran keuntungan AS$30 juta (RM94 juta) setahun.

Melalui pembentangan kertas kerja mengenai pengurusan sisa pepejal di Jepun, Dr. Chiaki Izumikawa dari Dowa Mining Co. Ltd. berpendapat, kitar semula sampah tertumpu kepada keberkesanan yang membawa maksud meminimakan pembuangan. Malah, katanya, kitar semula sampah memberi faedah yang baik daripada aspek persekitaran serta sumber semulajadi.

Sebagai contoh, Izumikawa mendedahkan kajiannya mendapati kertas yang dikitar semula berupaya menjimatkan 40 peratus tenaga, 130 peratus bahan pembuangan dan 90 peratus pencemaran udara berbanding kertas yang dihasilkan daripada sumber semulajadi.

Bagi kes penghasilan aluminium, jika dikitar semula akan menjimatkan 90 peratus tenaga, 95 peratus sisa pepejal dan 90 peratus pencemaran udara berbanding menghasilkannya melalui bahan mentah asli.

Sementara penghasilan besi, jika dikitar semula dapat menjimatkan 60 peratus tenaga, 90 peratus sisa pepejal dan 30 peratus pencemaran udara. Ketika ini negara-negara maju sudah bergerak ke arah teknologi hijau terutamanya aspek pengurusan sisa pepejal, oleh itu kerajaan perlu bangun untuk menyakinkan rakyat mengenai kepentingan teknologi ini.

Secara realitinya, insinerator amat perlu pada zaman ini kerana kawasan pembuangan sisa pepejal sedia ada menyebabkan pencemaran sukar dan semakin mengecil. Persepsi orang ramai mungkin sudah berubah setelah didedahkan dengan pelbagai bukti kejayaan sistem baharu yang canggih dan tidak mustahil dengan perancangan yang betul, projek insenarator bakal muncul kembali, setidak-tidaknya di Lembah Klang.

Dengan menukar sampah menjadi sumber tenaga, masalah pelupusan sisa buangan dapat diatasi, negara menemui sumber tenaga elektrik baharu dan yang lebih penting negara akan berada di landasan yang betul dalam mewujudkan persekitaran lebih bersih dan hijau.





MALAYSIA CUP 2010 [NEGERI SEMBILAN 2-2 KELANTAN]





SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA

Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, “Sudikan awak mengahwini saya.?” Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati anda, “Alangkah tak malunya wanita ini.”

Masalah wanita yang lambat berkahwin sebenarnya bukan masalah yang asing lagi di negara kita. Ia bukan sahaja berlegar di kalangan golongan yang berpendidikan tinggi sahaja malah boleh dikatakan semua lapisan golongan wanita terlibat dalam permasalahan ini.

Akhirnya, timbullah gelaran-gelaran yang kurang enak didengar seperti ‘andartu’, ‘andalusia’ dan sebagainya. Sebenarnya, jika diamati antara sebab utama yang mendorong kepada berlakunya gejala wanita yang lambat berkahwin ialah tanggapan negatif masyarakat terhadap amalan ‘perigi mencari timba’.

Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Malah seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki yang berhak untuk merisik dan meminang. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerana anggapan seperti inilah maka ramai di kalangan wanita yang terpaksa hanya duduk di rumah menunggu pinangan daripada berusaha sedikit untuk mendapatkan jodoh. Asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki.

Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki. Malah di dalam Al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat 27.

Seorang ulama masakini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki.

Contohnya Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin Khadijah juga meminang Rasulullah SAW.

Masyarakat Malaysia (sebenarnya masyarakat Melayu) seharusnya mengubah semula pemikiran seperti ini. Kita bimbang andainya wanita terus menerus dihantui sindrom ‘malu’ untuk memulakan langkah, maka akhirnya dia terpaksa menempuh satu corak hidup yang sama sekali tidak diingini. Akhirnya, dia terpaksa memilih samada untuk terus bergelar andartu ataupun menjawat status isteri muda.

Oleh kerana itu, pandangan serong masyarakat terhadap amalan ‘perigi mencari timba’ ini perlu dihapuskan. Berikutan tanggapan sebeginilah, banyak ‘perigi’ akhirnya tidak mempunyai ‘timba’.

TEMAN BERTEMAN

teman yang baik adalah umpama hujan, yang menyejukkan mentari yang menghangatkan, cahaya yang menutupi kegelapan, dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan, dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi, bukan hanya cinta, bukan sekadar sayang, kita semua bersama, atas dasar keikhlasan dan kejujuran, yang hadir dalam diri kita, mungkinkah setiap insan, yang bersama kita itu, ikhlas dan jujur pada persahabatan, bukan mudah untuk mencari teman yang baik, kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata, tatkala persepsi kita sahaja, membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari, kadang-kala jua, teman yang baik, berasal daripada seorang insan, yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan, membuatkan dirinya, kembali ke landasan yang betul, kerana dia tersedar daripada khayalan diri, yang diselubungi syaitan dan nafsu, keikhlasan dan kejujuran, tidak boleh diukur, kerana ia tersimpan didalam hati, yang sukar dijangka dan diketahui, oleh orang lain.

apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah, untuk dilihat melalui pandangan mata, semua hanya mampu dinilai, oleh pandangan hati yang telus, niatkan diri kita, sebelum berteman, kerana ia adalah permulaan, kepada ukhwah yang sejati, berdoalah kepada allah, agar dipertemukan, sebuah persahabatan, yang akan memanfaatkan diri, yang akan meninggalkan, memori silam, yang bakal menghasilkan, kebahagiaan yang kekal, jangan terlalu memilih, kerana mungkin, disebalik pasir itu, ada mutiara, jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita, masakan disebalik madu itu ada racun, hati yang telus, bila termakan racun, tatkala menaruh madu, kelak hati itu, akan tertutup untuk menerima orang lain, itulah kekecewaan, yang melukakan dan sukar dirawat, hargailah setiap insan, yang menerima diri kita, walau apa jua keadaan, belajarlah untuk menerima teman, yang memperbaiki kita, belajarlah juga, bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita, jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan allah, berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman, kelak nanti ia akan menguntungkan kita, jika ada kesalahan, maafkanlah, jika ada kelemahan, perbaikilah, jika ada kebaikan padanya, contohi dia, marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan, terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka, pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka, oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal, hanya allah yang tahu pengakhirannya, hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita, biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita.

(perempuan yang ku KASIHI) (adalah hasil ciptaan TUHANnya) (yang mengalir cinta) (takut dan harap) (yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa) (sehingga DIA memanggilnya) (perempuan yang aku RINDUI) (adalah perempuan yang diwajahnya terpancar sinar nur ILAHI) (lidahnya basah dengan zikrullah) (di sudut hati kecilnya sentiasa membesar ALLAH) (perempuan yang aku CINTAI) (yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi) (kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya) (biarpun namanya tidak terkenal di bumi) (tetapi di langit) (ia disanjung tinggi) (perempuan yang aku SAYANGI) (bersyukur dengan apa yang ada) (yang bersabar dengan apa yang tiada) (cinta kepada hidup yang sederhana) (yang tidak bermata dunia) (perempuan yang aku SUKAI) (adalah sejuk mata memandang) (terlihat keluhuran akhlaknya) (menjadi sumber ketenangan jiwa)(bila hati bergelora) (perempuan yang aku IDAMI) (yang mengingatkan hatiku kepada AR-RAHMAN AR-RAHIM) (bila rohku melupai janji pada ILAHI) (perempuan yang aku SANJUNGI) (menjadi dian pada dirinya sendiri) (menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku) (untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari)

9 PERINGKAT SEMBAHYANG

Golongan 1
Imam Malik berkata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi tidak mahu sembahyang. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang.

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tidak betul, tidak belajar tajwid, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Ilmu tentang sembahyang pun tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tidak boleh lawan hawa nafsu terhadap tarikan dan kecantikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood yang baik, barulah dia mahu bersembahyang. Kalau sibuk, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tidak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, menggunakan ilmunya secara tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk. Kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia sendiri tidak faham, fikirannya tidak terpusat atau tidak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya. Cuma main hafal sahaja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup 5 waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke 5 tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya.

Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya, namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan yang ke 7 tadi, tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan sahaja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, baginda lakukan sembahyang terlebih dahulu, maka di dalam sembahyang itulah panah berkenaan tela di cabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang, makin lazat.

Bagi mereka, sembahyanglah cara untuk lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara mereka mengadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung mereka tidak hiraukan. Apa yang hendak jadi di sekelilingnya langsung tidak di ambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.

Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi !!!!!!!!

SOALAN PERTAMA yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah sembahyang kita. Marilah bersama-sama kita membaiki solat atau sembahyang kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.