WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

SISTEM GRED BARU MASUK KE IPTA

Syarat kelayakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperketatkan mulai tahun depan.

Ini berikutan pengiraan merit untuk pemohon akan menggunakan penggredan baru iaitu kelulusan A+.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Radin Umar Radin Sohadi berkata, kaedah pengiraan markah tersebut bertujuan memilih pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.

‘‘Sehubungan itu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Kaedah tersebut juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan pelajar yang dulunya mendapat gred 6C (kepujian) tidak diturun taraf ke gred lebih rendah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penggredan baru A+, beliau memberitahu, pelajar yang memperoleh A kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu A+, A dan A-.

Ini bermakna mereka yang mendapat A+ bakal memperoleh nilai markah bagi pengiraan merit sebanyak 18, A (16) manakala A- (14).

‘‘Sebagai contoh, jika sebelum ini keseluruhan A dikira berdasarkan markah 90-100 tetapi melalui penggredan baru ini adalah 99-100 (A+), 98-95 (A) manakala 94-90 (A-),” katanya.

Radin Umar menambah, syarat khas program pengajian dan pemilihan calon ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi.

Pertama, kaedah sedia ada bagi calon lepasan SPM 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009.

Kata beliau, kaedah itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.

‘‘KPT bersetuju mengadakan taklimat ke seluruh negara kepada guru bimbingan dan kaunseling mengenai perubahan ini,” katanya.

Jelasnya, KPT akan mengemas kini maklumat mengenai kaedah pengiraan markah merit terkini melalui cetakan dan agihan risalah ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah.

Maklumat juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA. - KLIK SINI

CERITA SEORANG BEKAS KRISTIAN

1. Kita amat susah untuk melihat penganut agama Islam menghina agama lain. Tetapi agama Islam amat mudah untuk kita lihat dihina oleh agama lain. Pasti ada sesuatu yang tidak kita ketahui mengapa bukan islam ini sakit hati sangat dengan Islam.

2. Kebanyakan anda yang bukan beragama Islam, banyak membaca mengenai keburukan Islam di Internet atau buku. Anda sendiri tidak cuba mencari kebenaran mengenai agama ini. Cuba rungkai apa yang terisi di dalam al-Quran dan keluarkan walau satu patah ayat pun yang silap.

3. Alhamdulillah, saya dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Orang kata Islam turun-temurun bermula dari nenek moyang kita dulu. Jika anda seorang Kristian, anda tidak pernah bersalah sebenarnya kerana anda juga Kristian turun-temurun. Jadi bila anda sudah dewasa, gunalah akan fikiran menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik. Jangan jadi buta.

4. Jangan melihat dari sesetengah sikap orang Islam yang tidak betul untuk anda bandingkan Islam dengan mana-mana agama. Di mana mereka hanya berdiri atas nama Islam tetapi tidak benar-benar mengikuti akan agamanya. Carilah mereka yang benar-benar layak.

5. Kewujudan Allah telah banyak terbukti. Bukti akan kewujudanNya kalau mencari sendiri di Youtube, begitu banyak sekali. Sekarang saat ini, heboh diperkatakan mengenai ayat Quran di badan bayi, masih tidak cukup? Di manakah bukti kewujudan agama lain? Sampai mati tidak akan jumpa. Percayalah.

Buka minda, tenangkan hati, sucikan jiwa dan ikuti video berikut.



Yusha (Joshua) Evans was raised by his grandparents in Greenville, South Carolina in a very strict Methodist home. In his teenage years, he became very involved in the church and was studying at a small Bible college in his hometown with the intention of eventually enrolling in Bob Jones University. He was learning to read the Bible in Hebrew and Greek and was very interested in textual criticism of the Bible. It was during these years of intense Bible study that he read the Bible cover to cover a half a dozen times. In doing so, he realized there were many inconsistencies and contradictions. He realized the Bible was not the inerrant Word of God as he had always been taught. He eventually left Christianity and searched for the truth about God elsewhere.

BAHRA ESTABLISHMENT JADI PENGEDAR TUNGGAL

Malaysian Herbal Corporation Sdn Bhd (MHC), anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MiGHT), menjalin kerjasama dengan Bahra Establishment (K.S.A) bagi memasarkan produk herba tempatan di Arab Saudi.

Menerusi kerjasama berkenaan, Bahra Establishment, firma yang diperbadankan di Jeddah itu turut dilantik sebagai pengedar tunggal produk di bawah jenama Herbal Shoppe, bagi menembusi pasaran lain, termasuk negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Pengurus Besar MHC, Zainal Azman Abu Kasim, berkata selain membantu memasarkan produk herba tempatan, firma itu juga dilantik membantu MHC membuka kiosk Herbal Shoppe. Kiosk berkenaan adalah platform khas yang diwujudkan MHC bagi menyediakan ruang untuk memasarkan produk pengusaha herba tempatan, di beberapa bandar raya lain di Asia Barat.

Sebagai permulaan, katanya, Bahra Establishment akan membawa masuk beberapa produk herba tempatan yang dipasarkan menerusi kiosk Herbal Shoppe untuk dipamerkan di ruang pameran Dubai International Halal Expo pada 10 dan 11 November ini.

“Syarikat itu turut akan membawa masuk produk herba Malaysia untuk dipasarkan di beberapa kedai yang dilesenkan kerajaan Arab Saudi bagi menjual produk berasaskan herba luar, selain membantu MHC membuka kiosk Herbal Shoppe di Bandaraya Jeddah, seawal tahun depan,” katanya.

Zainal berkata, penubuhan kiosk Herbal Shoppe di pasaran Asia Barat, yang bakal ditempatkan di kebanyakan pusat beli belah terkemuka itu, bertujuan memperkenalkan konsep baru pemasaran produk herba Malaysia.

Katanya, usaha membuka lebih banyak Herbal Shoppe di pasaran luar juga bertujuan membantu mempromosikan lagi produk herba keluaran tempatan yang diusahakan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah satu bumbung.

Beliau berkata, sebelum ini, PKS yang mengusahakan produk herba tempatan agak sukar menjual dan memasarkan produk keluaran mereka, menyebabkan industri berkenaan yang mula berkembang sejak beberapa tahun lalu berada dalam suasana kurang memuaskan.

“Apabila MHC ditubuhkan, kami diberi tanggungjawab dalam memastikan usaha PKS herba ini tercapai, iaitu bermula dari peringkat awal hingga ke pemasaran,” katanya.

Selain Asia Barat, Kiosk Herbal Shoppe yang diwujudkan bagi menyediakan alternatif kepada pengusaha untuk memasarkan produk mereka tanpa perlu membuat bayaran penyenaraian yang tidak munasabah, juga sudah dibuka di Bangladesh, Indonesia dan Brunei.

Pengerusi Bahra Establishment ialah Dr Mohammad M.J. Nader.

MELAHIRKAN ANAK YANG CERDAS

Siapa yang tidak mahu melihat anak yang sedang membesar menjadi individu yang bijak dan boleh menggunakan setiap bahagian otaknya dengan baik. Selain boleh berlari, ibu bapa juga pasti mahu melihat anak mereka boleh mengimbangi sesuatu yang bersifat rasional dan emosi. Sehubungan itu, berikut beberapa tip untuk melahirkan anak yang memiliki minda cerdas.

Makanan

Anak-anak yang kekurangan gizi secara umumnya memiliki otak yang kurang berkembang. Pengambilan makanan seperti ikan, vitamin dan mineral secukupnya merupakan cara terbaik untuk perkembangan otak.

Pergaulan

Semakin besar pergaulan hidup anak anda, semakin baik perkembangan otaknya. Warna, bentuk, orang di sekeliling dan suasana yang berbeza lebih mudah merangsang fungsi otak berbanding anak-anak yang hidup bersendiri.

Pengalaman emosional

Anak-anak sangat peka terhadap rangsangan dan pengalaman emosi. Semua pengalaman emosi yang berlaku dalam lingkungan awal usia mempengaruhi proses pembentukan jalinan antara sel saraf.

Pada usia tersebut, ciri-ciri seperti kawalan diri, kesabaran, kerjasama, empati dan sebagainya lebih mudah dilatih dan tertanam kuat dalam otak berbanding kemahiran mengira, membaca atau kegiatan-kegiatan lain.

Stimulasi rasional

Perkara-perkara baru lebih cepat mempengaruhi otak. Justeru, anda harus memperkenalkan perkataan-perkataan, teknik dan tugasan baru kepada anak-anak setiap hari.

Origami iaitu seni melipat kertas adalah salah satu cara memperbanyak hubungan sel saraf. Minta anak untuk memerhatikan alur, warna, bentuk dan ciri-ciri lain yang tidak jelas jika hanya dilihat sepintas lalu.

Perhatian ke atas perkara-perkara kecil seperti bentuk dan warna boleh membuatkan cabang saraf bertambah banyak.

Aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal mempengaruhi otak dengan tiga cara iaitu meningkatkan pengedaran darah ke otak, mempengaruhi pengeluaran hormon NGF (faktor pertumbuhan saraf) dan merangsang penghasilan dopamin.

Anda disarankan melatih emosi anak lebih dulu. Kematangan emosi memerlukan waktu tertentu untuk berkembang, sedangkan kecerdasan rasional dapat ditingkatkan pada bila-bila sahaja.

CRADLE SEDIA DANA RM100 JUTA KOMERSIALKAN PRODUK TEKNOLOGI

Penyedia pembiayaan dana, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) menyasarkan 30 buah syarikat teknologi (technopreneur) mendapat pembiayaan dana CIP 500 untuk tujuan pengkomersialan produk teknologi sepanjang tahun depan.

Dana CIP500 itu dibuka kepada syarikat teknologi yang baru memulakan perniagaan dan permohonan boleh dilakukan bermula bulan depan dengan pembiayaan maksimum RM500,000. Dana tersebut merupakan sebahagian daripada program pelaburan Cradle dan syarikat itu merupakan agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Hassan berkata, jumlah keseluruhan dana yang diperuntukan untuk pembiayaan di bawah Program Pelaburan Cradle (CIP) adalah sebanyak RM100 juta. Beliau berkata, melalui dana CIP500, para pemohon yang layak boleh membuat permohonan pembiayaan maksimum sebanyak dua kali.

Katanya, dana tersebut dikhususkan untuk projek perkembangan pengkomersialan produk teknologi seperti teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), bioteknologi, sains hayat, semikondutor dan teknologi pembersihan.

"Cradle sudah mengeluarkan pembiayaan dana untuk 372 idea di bawah program CIP yang memperlihatkan 48 peratus daripada idea itu sudah dikomersialkan. Ini menunjukkan sebanyak 247 idea sudah dibiaya di bawah program CIP dengan setiap satu idea menerima pembiayaan sebanyak RM50,000. Baki daripada idea itu dianggarkan bernilai RM150,000,'' katanya.

Nazrin menambah, pihaknya menyasarkan untuk mengkomersialkan 50 peratus daripada idea yang dikeluarkan oleh pemohon pembiayaan pada suku pertama tahun depan. Katanya, sebelum ini, dana pembiayaan Cradle kebanyakannya diagihkan untuk syarikat teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Ujarnya, sebanyak 70 peratus pembiayaan dana adalah untuk syarikat berasaskan ICT. Selain itu, menurut Nazrin, pihaknya berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak kisah kejayaan syarikat-syarikat teknologi dalam mengkomersialkan produk masing-masing.

"Kami mahu lebih banyak cabang teknologi dikembangkan di negara ini. Kita mempunyai pengetahuan dalam teknologi tetapi sehingga kini ia kurang menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu, melalui dana pembiayaan CIP 500 ini, ia dijangka akan meningkatkan pembangunan dalam bidang berkenaan,'' ujarnya.

Pengerusi Cradle ialah Datuk Mohd. Sallehuddin Othman.

EXXONMOBIL SERAH GERAN PENYELIDIKAN RM150,000

ExxonMobil Malaysia hari ini menyerahkan geran penyelidikan berjumlah RM150,000 kepada empat buah universiti awam bagi mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang relevan dalam industri tenaga di negara ini.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan ExxonMobil Malaysia, Farid Jaafar berkata, sebanyak lima geran yang setiap satunya bernilai RM30,000 diserahkan kepada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan dua projek oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Fokus utama syarikat adalah membangunkan bidang sains dan teknologi serta menggalakkan penyelidikan dalam bidang itu bagi mencari alternatif baru untuk memastikan bekalan tenaga yang berterusan dengan cara efisien dan selamat tanpa menjejaskan alam sekitar," katanya.

ExxonMobil Malaysia merupakan anak syarikat ExxonMobil iaitu syarikat petroleum dari Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di lebih 200 negara.

Farid berkata, pihaknya menerima 62 kertas cadangan daripada 10 buah universiti awam tempatan dan hanya lima yang terbaik dipilih untuk menerima geran penyelidikan itu.

"Diharapkan program sumbangan ini akan dapat mempertingkat dan menyemarakkan lagi penglibatan para penyelidik tempatan dalam bidang sains dan teknologi," katanya

Selain itu, katanya, sumbangan tersebut turut melambangkan komitmen syarikat sebagai warga korporat yang prihatin serta aktif membangunkan pendidikan dan peningkatan sains serta teknologi tempatan.

KELANTAN KE SEPARUH AKHIR RAGBI

Kelantan mara ke peringkat separuh akhir kejohanan ragbi Piala Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) setelah muncul naib juara Kumpulan A. Kelantan muncul naib juara kumpulan di belakang Negeri Sembilan setelah menang tipis 16-15 ke atas juara bertahan, Kedah.

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan, Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan 5-13. Dua kemenangan ke atas Kelantan dan Kedah membolehkan Negeri Sembilan muncul juara Kumpulan A.

Kelantan bangkit daripada kekalahan kepada Negeri Sembilan dengan menyusun strategi dan akhirnya memenangi perlawanan ke atas Kedah menerusi penalti saat akhir yang tidak dipersia-siakan oleh Mohd. Saizul Hafis Md. Noor.

Presiden Persatuan Ragbi Kelantan, Najib Rashdan Abdul Rahman berkata, Kelantan yang diperkuatkan dengan gandingan pemain muda dan yang berpengalaman, telah menunjukkan kerjasama sepasukan di sepanjang kejohanan kali ini.

''Kami sentiasa mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Kelantan pada setiap perlawanan yang kami lalui. Usaha ahli jawatankuasa persatuan ragbi negeri yang tidak mengenal penat, menguatkan semangat pemain untuk meneruskan perjuangan pada peringkat separuh akhir,'' katanya.

Kedudukan naib juara kumpulan itu bermakna Kelantan berdepan juara Kumpulan B, Angkatan Tentera bulan depan. Kejayaan mara ke separuh akhir melayakkan Kelantan secara automatik ke kejohanan ragbi paling berprestij, kejohanan Piala Agong Disember ini.

''Kami berharap Kelantan dapat mengulangi kejayaan muncul juara Piala Agong pada tahun 2005,'' kata Najib Rashan.

Saingan peringkat kumpulan Piala KRM bermula pada 16 hingga 20 November lalu dengan perlawanan Kumpulan A berlangsung di Seremban manakala perlawanan Kumpulan A pula diadakan di Kuala Lumpur.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA MENANG EMAS

Dua pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Norshuhada Shiratuddin dan Prof. Madya Fadzilah Siraj merangkul pingat emas dalam penyelidikan masing-masing bagi kategori sains sosial dan kemanusiaan yang bertemakan Driving Research Innovation Towards Value Creation, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan seperti Main Gallery, Biosciences & Biotechology, Health & Allied Sciences, Information & Communication Technology, Physical Sciences & Engineering dan Social Sciences & Humanities.

Penyelidikan Norshuhada yang bertajuk, 1Malaysia Through Local Content merupakan produk yang menawarkan perkhidmatan mobile game. Ia boleh mendidik pengguna dalam dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Penyelidikan Fadzilah yang bertajuk, Integrating Behavioural Academic Self Esteem Using Hybrid Intelligent Approach pula mengetengahkan sistem gabungan psikologi dan teknologi maklumat bagi mengukur tahap keyakinan pelajar sama ada rendah mahupun tinggi.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Dahlan Ismail berkata, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam usahanya menggalakkan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi telah mengambil inisiatif menaja dan menganjur ekspo penyelidikan yang diadakan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam yang diadakan setiap dua tahun.

Katanya, ekspo yang bertujuan mempamerkan hasil, ciptaan dan inovasi penyelidikan institusi pengajian menggabungkan persidangan dan pameran ciptaan hasil penyelidikan yang diberi nama baru iaitu PECIPTA (Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa).

PECIPTA 2009 bertujuan mempamerkan hasil, ciptaan dan inovasi yang dihasilkan oleh semua IPT di Malaysia dan juga luar negara, sambil membuka peluang kepada peserta menjalinkan silaturahim dan usahasama bagi membangunkan prototaip dan pengkomersialannya.

"Ini merupakan kali kelima UUM menyertai PECIPTA. Pada tahun 2005, UUM menghantar 20 produk penyelidikan diikuti pada 2007 dengan penyertaan 22 produk penyelidikan. Pada tahun 2009, UUM menyertai IPTA-IPTA lain pada pameran yang sama dengan 12 produk penyelidikan," katanya lagi.

Dr. Dahlan berkata, PECIPTA 2009 juga menyokong hasrat kerajaan memacu pembangunan negara melalui penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan serta mempamer hasil, ciptaan dan inovasi penyelidikan dan pembangunan dari IPT.

Selain itu katanya, ia mempamerkan produk dan reka cipta IPT yang telah berjaya dikomersialkan dan memasarkan kepakaran penyelidikan berdaya saing setempat dan antarabangsa, meningkat keyakinan sektor industri dan pihak luar terhadap kepakaran dan kebolehan penyelidikan tempatan dengan harapan menyepadankan peluang kerjasama (business matching) antara kedua-dua pihak.

LAZATNYA BUDU BACHOK KELANTAN

Budu sememangnya terkenal sebagai antara satu makanan tradisi masyarakat di Kelantan sejak zaman berzaman dan bagi Hamidah Mohd Amin, 40, budu jugalah yang mengubah nasib mereka sekeluarga.

Pengusaha budu berasal dari Kampung Hujung Repek, Bachok, Kelantan, ini sudah berkecimpung dalam industri pembuatan budu sejak lebih 18 tahun lalu menggunakan resipi tradisi warisan bapanya Mohd Amin Jenal, 70, dan namanya sudah cukup sinonim dengan masyarakat di negeri itu.

“Sebelum membuka kilang budu, saya dan suami, (Mohd Asri Mokhtar, 42,) menjalankan perusahaan memproses kicap, tetapi tidak bertahan lama sebelum beralih kepada perusahaan budu. Berbekalkan modal awal sebanyak RM12,000, saya hanya menjalankan perusahaan ini bersama keluarga, sebelum mengembangkan perniagaan secara komersial,” katanya.

Jelasnya, bukan mudah untuk menghasilkan makanan unik ini, apatah lagi cabaran untuk mengekalkan mutu rasanya kerana jika tersilap ramuan ia boleh merosakkan keasliannya. Sehubungan itu, bagi menghasilkan budu, ikan bilis yang siap diproses digaul dengan garam, sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas secara berperingkat dan diperam antara tiga bulan hingga setahun.

Selepas proses itu, ikan bilis akan dikeluarkan daripada bekas khas untuk dikisar menggunakan mesin khas dan dimasak menggunakan kawah besar untuk dijadikan budu. Biasanya budu akan dimasukkan perasa dan pewarna dibenarkan. Sebelum dibotolkan budu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia berkualiti tinggi. Hamidah memasak budu menggunakan cara tradisional iaitu dapur kayu bagi mengekalkan rasa budu berkualiti tinggi, kaedah sama yang digunakan sejak dulu.

“Rahsia untuk menghasilkan budu yang berkualiti tinggi adalah terletak pada tempoh ia diperam, cara memasak dan ramuan digunakan. Ramuan perlu menepati timbangan ditetapkan kerana ia akan menentukan rasa dan kualitinya,” katanya.

Bahan asas untuk menghasilkan budu berkualiti tinggi dan disukai ramai ialah menggunakan ikan bilis usang. Hamidah berkata, syarikatnya mengeluarkan dua jenis budu yang berbeza, iaitu budu rasa asli tidak dicampur dengan perasa serta pewarna serta budu biasa. Bezanya budu asli warnanya agak kehitaman.

Kini, ibu kepada empat anak ini mampu tersenyum bangga apabila budu keluarannya turut menembusi pasaran Thailand. Budu keluaran syarikatnya yang dikenali sebagai Pati Bilis Sejati dan Selera Kampung Cap Petai itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar pengeluarannya mencecah sehingga 24,000 botol sebulan.

“Budu ini dijual dengan harga antara RM1 hingga RM1.70 sebotol. Saya bersyukur dengan perusahaan ini, saya mampu menampung kehidupan keluarga dan memenuhi impian untuk memiliki kereta dan rumah idaman. Lebih membanggakan, perusahaan ini sebenarnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar kampung ini. Sehingga kini kami mempunyai 20 pekerja, semuanya penduduk kampung ini,” katanya.

Kebanyakan pekerja adalah wanita terdiri daripada suri rumah yang ditugaskan di bahagian pembungkusan termasuk kerja mengisi budu yang siap dimasak ke dalam bot sebelum dipasarkan. Beliau mengakui menghadapi masalah mendapatkan bekalan ikan bilis terutama menjelang musim Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh kerana ketika itu nelayan tidak turun ke laut menangkap ikan disebabkan ombak besar dan angin kencang.

Bagi mengatasi masalah bekalan ikan tidak menentu pada musim tengkujuh, beliau terpaksa mengimport ikan bilis segar daripada negara jiran, Thailand.

PROFIL

NAMA: Hamidah Mohd Amin UMUR: 40 LAHIR: 1969

SUAMI: Mohd Asri Mokhtar, 42

ANAK:

Nor Fatma Mohd Asri, 17;

Nor Hafiza Mohd Asri, 14;

Nor Najihah Mohd Asri, 11;

Mohd Adlin Mohd Asri, 5.

PENDIDIKAN:

Sekolah Kebangsaan (SK) Badak, Kelantan.

Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Bachok, Kelantan.

NAMA PRODUK:

Pati Bilis Sejati

Selera Kampung Cap Petai

KELANTAN 2 - 0 PERLIS SEPARUH AKHIR PERTAMA







PENGERUSI BARU MAXIS

Lembaga Pengarah Maxis Bhd melantik Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi syarikat peneraju perkhidmatan telekomunikasi tempatan itu.

Maxis dalam kenyataannya berkata, Arshad, 62, ketika ini turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Bhd dan Khazanah Nasional Bhd.

Beliau sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Danamodal Nasional Bhd dan juga berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

KRISTIAN AKTIF DI PENEMPATAN ORANG ASLI

Kerajaan Kelantan menyedari kehadiran ramai mubaligh Kristian yang memasuki beberapa penempatan Orang Asli di negeri ini untuk menyebarkan fahaman mereka secara aktif.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, usaha yang dilakukan itu semakin berleluasa ketika ini dan sukar dibendung.

Jelasnya, kerajaan negeri sejak sekian lama telah menjalankan beberapa dasar termasuk melatih kalangan Orang Asli sebagai ustaz dan diberi bayaran elaun untuk menyebarkan dakwah di kawasan pedalaman. Bagaimanapun katanya, kekangan kewangan yang dihadapi menyebabkan tidak semua penempatan tersebut dapat dimasuki.

"Kita mengakui memang banyak usaha penganut agama lain menyebarkan fahaman mereka di beberapa pos Orang Asli di seluruh negeri. Malah ada beberapa kawasan yang sangat jauh dan memakan masa sehingga lima jam berjalan kaki pun mereka sudah sampai sedangkan kita sendiri belum pernah ke tempat itu," katanya.

Mohd. Amar berkata, mubaligh-mubaligh Kristian mempunyai sokongan dana yang kuat untuk melancarkan aktiviti mereka sehingga ke kawasan yang sukar dijejaki. Selain itu katanya, golongan itu mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dengan pasangan Orang Asli dan tinggal bersama bagi memudahkan penyebaran ajaran agama mereka.

Sehubungan itu Mohd. Amar berkata, kerajaan masih lagi meneruskan pemberian insentif sebanyak RM10,000 kepada mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang sanggup berkahwin dan tinggal dengan masyarakat Orang Asli.

"Insentif ini masih ada sampai sekarang selain banyak lagi usaha kita seperti memilih golongan ini menjadi peserta ladang rakyat dan diberi bayaran elaun," tambahnya.

DEFISIT KELANTAN DIJANGKA MELEBAR RM29.50 JUTA TAHUN DEPAN

Kerajaan PAS Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2010 dengan defisit dijangka melebar kepada RM29.50 juta berbanding RM20.29 juta pada tahun ini.

Dalam bajet yang bertemakan Bajet Memacu Dalam Hemat itu, perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM416.88 juta manakala perolehan hasil berjumlah RM387.38 juta.

Anggaran hasil tahun 2010 menunjukkan peningkatan 12.24 peratus berbanding anggaran hasil 2009 yang berjumlah RM339.98 juta, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.

Bajet itu memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu penjanaan ekonomi untuk rakyat, pembinaan insan kamil melalui Islam dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan nasib golongan daif, kurang upaya, ibu tunggal dan warga emas.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa membentangkan bajet itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peningkatan hasil pada tahun depan berpunca daripada kenaikan beberapa sumber tertentu akibat penyemakan semula oleh jabatan-jabatan setelah mengambil kira pungutan sebenar hasil yang diperoleh tahun ini.

Hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM110.59 juta atau 28.55 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil namun ia menunjukkan penurunan sebanyak RM6.38 juta dibandingkan dengan Bajet 2009.

''Kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan kesedaran kepada pemilik-pemilik tanah agar menjelaskan premium dan cukai tanah serta tunggakan menerusi kempen dan usaha bersepadu oleh semua Pejabat Tanah," ujar Husam.

Katanya, kerajaan negeri juga berharap semua agensinya berusaha mempertingkatkan hasil dan mencari punca hasil baru melalui pendekatan kreatif dan proaktif.

Perhutanan pula menyumbangkan sejumlah RM107.48 juta atau 27.74 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil iaitu peningkatan sebanyak RM12.51 juta.

Daripada keseluruhan anggaran bajet, RM181.30 juta diperuntukkan untuk projek pembangunan termasuk RM95 juta daripada sumber pinjaman dengan penekanan kepada usaha meningkatkan prasarana bagi memajukan tahap sosio ekonomi.

Menurut Husam, selain mengharapkan royalti minyak bagi menambahkan lagi punca hasil, kerajaan negeri telah membuat tuntutan caj kawasan tadahan dan caj stratum Empangan Pergau kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM91 juta bersama dengan bayaran ke belakang sejak 1923.

Di samping itu, kerajaan negeri bercadang memperkenalkan skim pelaburan berbentuk perkongsian melalui tawaran pembelian saham dalam industri perladangan kelapa sawit seluas 400 hektar yang dijangka dapat menjana hasil RM200 juta.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika ditemui di luar dewan mempersoalkan sikap kerajaan negeri yang tidak berusaha mencari sumber baru bagi menambahkan hasil negeri.

''Yang ada disebut pun soal tuntutan royalti minyak. Saya tidak mempersoalkan hak dan keistimewaan itu tetapi sepatutnya kita menggunakan akal fikiran untuk terus menjana pendapatan lebih besar bagi kesejahteraan rakyat.

''PAS sudah memerintah hampir 20 tahun dan mengapa cuma terus bergantung kepada sumber-sumber alam sedia ada. Kewangan yang terbatas tidak harus selamanya dijadikan alasan," ujarnya.

Beliau menarik perhatian perancangan mengatasi soal pengangguran dan peluang pekerjaan bagi lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak disentuh dalam bajet.

BAHAYANYA PUTING BAYI

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut. Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.

Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya. Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.

Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

RM198 : MURAH UNTUK GRADUAN

WorldWellness Network Sdn. Bhd. (WorldWellness) akan menggiatkan usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada kumpulan graduan bagi menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang dilihat mempunyai prospek tinggi di negara ini.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Noordin Darus berkata, untuk tujuan tersebut, pihaknya akan menyediakan peluang perniagaan kepada sekurang-kurangnya 5,000 graduan yang bakal menjadi ahli sepenuh masa atau secara sambilan menjelang akhir tahun ini melalui pakej perniagaan khas yang bermodalkan hanya RM198.

Menurutnya, pakej itu melibatkan pemilikan lapan kotak Rx-Coffee Aroma Cappuccino yang boleh menjana pendapatan terkumpul sebanyak RM250 bagi setiap pakej.

"Pakej RM198 itu juga sekali gus membolehkan golongan graduan menganggur menjadi ahli WorldWellness dengan yuran sebanyak RM9.90 seumur hidup berbanding dengan kadar biasa iaitu RM70 sebelum ini.

"Malah apabila mereka menjadi ahli, selain memiliki produk berkenaan graduan itu juga boleh menjual 13 lagi produk syarikat walaupun tidak mempunyai modal untuk membelinya. Apa yang mereka boleh lakukan ialah mendapatkan tempahan dan kami akan membekalkan mengikut tempahan itu," katanya.

KENAPA PERTANIAN THAILAND BERJAYA?

Rakyat Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara iaitu Thailand.

Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar. Mengapa demikian? Adakah kerana produk pertanian kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219 sebagai contoh, belum begitu berdaya saing.

Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini dijawab jelas oleh seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand yang berpejabat di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Pada pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi beberapa persoalan untuk direnungi bersama.

Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand lebih baik dan kenapa sayur negara berkenaan mampu bersaing dalam pasaran eksport. Persoalannya yang tidak kurang pentingnya ialah kenapa keluaran padi negara berkenaan cukup berkualiti dan mampu memnuhi keperluan eksport?

Persoalan-persoalan tersebut berada dalam lingkungan sektor agro makanan dan selanjutnya beliau membawa kepada persoalan lain iaitu kenapa kita mampu berada dalam kedudukan pertama dalam industri kayu getah. Beliau yang berasal dari Kedah, menjelaskan terdapat beberapa perkara yang mendukung kejayaan Thailand dalam bidang pertanian.

Pertama, ia berkaitan dengan tenaga kerja yang mana mereka komited, tidak ortodoks dan menguasai teknologi baru. ''Kerajaan Thailand sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian serta asas tani kepada golongan petani mereka'' ujarnya.

Perkara kedua berkaitan dengan sistem atau pendekatan pertanian di negara berkenaan. Shazryl Eskay merujuk kepada sikap petani yang menganggap pertanian adalah satu industri. Katanya, oleh kerana sumber tanah adalah terhad, petani mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam.

''Di Malaysia, kita memberi tumpuan kepada pokok sehektar demi sehektar berbanding tumpuan kepada sepokok demi sepokok.

Setiap petani juga, katanya, diajar bahawa untuk berjaya dalam pertanian, amalan secara holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat. Pokok yang sihat pula bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah.

Pada masa sama, kerajaan negara berkenaan juga meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin).

Faktor ketiga yang beliau kongsi ialah penggunaan benih yang bermutu. Katanya, klon benih memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis dan cantik. Keseragaman klon juga penting dalam industri buah khususnya untuk pengetinan, selain kualiti tahan penyakit.

Faktor keempat yang tidak kurang pentingnya ialah baja. Menurut beliau, baja yang baik mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme.

''(Kebanyakan) baja yang berada di pasaran kini tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja," katanya. Beliau mempersoalkan kenapakah pokok yang yang telah diberi baja masih mengalami masalah seperti penyakit, tidak mengeluarkan getah dan buah tidak berkualiti. Apa yang berlaku dakwanya ialah masalah 'defiseinsi nutrin' kerana pokok tidak mendapat kuantiti dan baja yang diperlukan.

''Pokok perlu 16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain diabaikan," katanya. Katanya, negara berkenaan memanfaatkan baja untuk melakukan transformasi industri pertanian dan nama baja yang digunakan ialah Silicon 23 iaitu sejenis baja mineral dan natural dari negara berkenaan.

Faktor kelima ialah sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang berkualiti. Oleh itu, katanya, faktor-faktor tersebut wajar diberi perhatian sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh.

Beliau bagaimanapun berkata, sektor pertanian tempatan telah memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk meningkatkan kualitinya. Bagaimanapun, tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan berkesan untuk mencapai sasaran pengeluarannya.

Shazryl Eskay menjelaskan, pembajaan penting kerana ia mampu menggantikan nutrien dan melengkapkan apa yang kurang. Katanya, kadangkala berlaku kes yang mana tanaman masih bermasalah meskipun telah diberi baja. Kelapa sawit sebagai contoh merupakan jenis monoecious yang mampu menghasilkan bunga betina atau jantan.

"Waktu pembentukan jantina adalah sangat penting bagi tanaman itu dan sekiranya berlaku stres, penghasilan bunga betina terbantut." Katanya, keadaan itu akan menyebabkan pembentukan bunga jantan yang antara lain disebabkan tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap.

Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap mengalami masalah kekurangan zat. Ia disebabkan oleh dua faktor iaitu apabila tanaman tidak mendapat kuantiti nutrien yang diperlukan dan tanaman tidak mendapat jenis nutrien yang diperlukan. Kuantiti nutrien pula bergantung kepada jenis tanah sama ada berpasir tanah liat atau berasid.

Jika berpasir, baja akan hilang melalu proses larut resap dan jika tanah liat , baja akan hilang menerusi proses pemeruwapan dan hilang apabila dalam proses larian permukaan semasa hujan. Pembajaan di tanah berasid pula akan menyebabkan fosfat terikat dan tidak dapat digunakan oleh tanaman. Justeru, waktu menabur baja penting bagi mengelakkan masalah tersebut.

Bagi jenis nutrien pula, beliau menjelaskan. tanaman memerlukan 16 jenis nutrien untuk proses tumbesaran dan pengeluaran yang baik. Nutrien yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan adalah NPK dan magnesium sahaja.

BULUH CIPTAKAN NILAIAN TINGGI

BERKAT kesungguhan dan ketekunan, seorang usahawan muda, akhirnya berjaya mengukir nama dalam perniagaan produk buluh yang diawet di negara ini, selepas meredah pelbagai kesukaran dalam hidupnya.

Menurut Mior Shariman Moksin, 37, pengasas Istana Bambu Sdn. Bhd., perniagaan tersebut menjadi pilihan kerana merasakan potensinya yang besar dan belum diterokai. Menyedari pulangan yang ditawarkan adalah lumayan, beliau yang pernah mengusahakan pelbagai perniagaan sebelum ini tetapi gagal, bertindak membawa masuk pelbagai produk buluh diimport dari negara-negara jiran terutamanya Indonesia.

Menurut Mior Shariman, perniagaan yang baru ternyata menguntungkan selain bahan bekalan yang mudah didapati, persaingan di dalam industri juga tidak terlalu kompetitif. Berikutan, permintaan yang tinggi dan saiz pasaran yang besar, beliau memutuskan untuk membawa masuk teknologi penanaman, pengawetan dan pembuatan.

Tambah beliau, teknologi pengawetan pentuing kerana ia membolehkan jangka hayat buluh mencecah sehingga puluhan tahun. Katanya, buluh adalah sumber bahan mentah yang mudah diperoleh kerana pokoknya hanya mengambil masa di antara tiga hingga lima tahun untuk matang bergantung kepada spesies buluh.

"Kami yakin industri buluh di Malaysia mempunyai prospek yang amat cerah apatah lagi ia menjadi kegilaan peminat perabot yang ingin menukar selera ke perabut buluh," kata beliau.

Mior Shahriman merancang membina sebuah kilang menghasilkan produk sendiri tanpa bergantung kepada sumber luar, selain mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat tempatan. Terdapat beberapa spesies buluh hanya terdapat di Indonesia yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran dalam dan luar negara untuk dikomersialkan.

Mior Shahriman berkata, selain aktiviti penjualan perabot, Istana Bambu turut menjalankan kegiatan pemuliharaan, penanaman buluh, penyelidikan dan pembangunan serta pengembangan produk, latihan, khidmat nasihat, jualan serta pengembangan usahawan Menurut beliau, pihaknya sedang mengusahakan kawasan tanah seluas empat hektar untuk membangunkan pusat sehenti yang dikenali perkampungan buluh.

Kegiatan yang terdapat dalam perkampungan buluh termasuk pusat pengawetan, penanaman, pembuatan, latihan kemahiran, pameran dan jualan, kajian dan pembangunan, galeri, restoran, Spa, calet dan pusat riadah. Sebagai permulaan hampir 20 buah galeri akan dibangunkan sebelum proses secara berperingkat disiapkan menjelang tahun depan.

Antara produk yang ditawarkan ialah buluh yang diawet, perabot, hiasan dalaman, landskap, binaan bangunan (rumah kediaman, resort, calet dan restoran), kraftangan, bahan industri dan kontrak penanaman. Beliau juga menawarkan pelbagai peluang perniagaan seperti kontrak penanaman, menjadi pengedar dalam dan luar negara, pembangunan tanah secara usaha sama dan pemilikan syarikat bersama.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi Istana Bambu Sdn. Bhd., di Lot 841-844, Jalan Hulu Kelang 68000 Ampang, Selangor atau menghubungi 019-338 1858 / 019-343 7500 atau layari LAMAN WEB atau email istanabambu@gmail.com.

SASARAN 1,000 JUTAWAN

WorldWellness Network Sdn. Bhd. menyasarkan untuk melahirkan 1,000 jutawan menjelang tahun 2015 melalui program yang sedang dilaksanakannya. Syarikat yang dimiliki 100 peratus bumiputera, menawarkan peluang kepada usahawan baru menceburi bidang perniagaan selain mampu meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Noordin Darus mendakwa, setakat ini, syarikat telah berjaya melahirkan lima orang jutawan daripada sistem perniagaan yang mereka perkenalkan.

''Bukan mudah untuk mencapai sasaran tersebut kerana pelbagai usaha perlu dijalankan dan syarikat telah merencanakan beberapa program dalam merealisasikan impian ini. Kami kini menjalankan perniagaan penjagaan kesihatan dan berada dalam pasaran sejak tujuh tahun lalu. Pencapaian yang diraih setakat ini, membuktikan bahawa kesungguhan kami membuahkan hasil'' katanya.

WorldWellness merupakan perniagaan penjagaan kesihatan dan produk penjagaan menjurus kepada empat bidang utama iaitu air, makanan, udara dan penjagaan diri. Buat masa ini syarikat mempunyai sebanyak 13 rangkaian produk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri serta mempunyai 14 stokis di seluruh negara.

Noordin berkata, syarikat itu merancang beberapa program yang merangkumi kepada empat program. Beliau menjelaskan, program pertama merupakan Program Satu Rumah Satu Rx-Water yang merupakan produk utama syarikat memberikan kesihatan yang baik kepada peminumnya.

Tambahnya, Rx-Water yang juga dikenali sebagai Terapi Air Penyembuh Aura menyucikan air untuk dijadikan minuman selain mempunyai unsur tenaga dan aura dalam molekulnya. Noordin berkata, program-program lain adalah program Akademi Jutawan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan di mana ia melatih mereka yang ingin belajar berdiri dalam dunia perniagaan. Katanya, program lain yang disusun adalah program Terapi MiFiro (Minda Fizikal dan Rohani) dan program rangkaian perniagaan 'Tiru macam saya'.

''Kesemua program tersebut direncanakan bagi membolehkan syarikat mencapai sasaran untuk melahirkan ramai jutawan dalam tempoh enam tahun lagi,'' jelas beliau.

Noordin berkata, setakat ini, syarikat mempunyai 50,000 ahli selepas ditubuhkan tujuh tahun lalu dan bilangan dijangka mencapai 70,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

''Menjelang 2015 nanti kami harap agar dapat membantu seramai satu juta orang dan sama-sama melahirkan usahawan yang berjaya bersama syarikat.'' kata beliau.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, beliau berkata, syarikat akan menjalankan penambahbaikan kepada produk sedia ada. Katanya, syarikat itu juga sedang menjalankan kajian dalam menghasilkan produk yang dapat mengamalkan awet muda yang juga menggunakan prinsip aura dan produk yang sama.

''Kesemua produk syarikat adalah antikanser yang mana memberikan kesihatan yang baik kepada pengguna kami di samping dapat meningkatkan taraf hidup mereka,'' katanya.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan dan memerlukan keterangan lahjut, bolehlah menghubungi WorldWellness di talian 03-77887791 atau melayari LAMAN WEB.

SEDUTAN VIDEO PERLAWANAN BOLA SEPAK KELATE





BUAT DUIT SELAIN BLOG

Saya ingin senaraikan beberapa cara membuat duit di internet. Sebenarnya ada banyak cara, tapi saya senaraikan mengikut pendapat saya sahaja. Lain orang lain rasanya, jadi ini pendapat saya cara-cara membuat duit online yang terbaik.

1 ) Buat duit dengan blog
2 ) Buat duit dengan affiliate
3 ) Buat duit melalui video
4 ) Buat duit melalui ebay
5 ) Buat duit melalui jualan ebook/ produk digital
6 ) Buat duit melalui produk fizikal
7 ) Buat duit dengan forex
8 ) Buat duit dengan adsense
9 ) Buat duit dengan clickbank

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 2009 : 13 OKTOBER 2009

Kumpulan A

KL Plus
Pahang

0 - 1
6 - 0

Perlis
Melaka

Kumpulan B

N. Sembilan
Johor

2 - 0
5 - 0

Terengganu
Sarawak

Kumpulan C

Perak
UPB MyTeam

1 - 1
3 - 1

Johor FC
Kuala Lumpur

Kumpulan D

KM Naza
PDRM

2 - 2
2 - 2

Selangor
Sabah

Kumpulan E

Kelantan
Pulau Pinang

5 - 0
0 - 4

ATM
Kedah



CARTA PENUH PIALA MALAYSIA 2009

Kumpulan A


Pasukan P M S K J B MT
1 KL Plus* 6 4 1 1 14 5 13
2 Perlis* 6 4 1 1 13 5 13
3 Pahang 6 1 3 2 14 11 6
4 Melaka 6 0 1 5 4 24 1


Kumpulan B


Pasukan P M S K J B MT
1 N.Sembilan* 6 6
0 0 15 1 18
2 Terengganu* 6 4 0 2 14 5 12
3 Johor 6 2 0 4 12 10 6
4 Sarawak 6 0 0 6 1 26 0


Kumpulan C


Pasukan P M S K J B MT
1 Johor FC*
6
4 1 1 14 6 13
2 Perak* 6 3 2 1 11 4 11
3 Kuala Lumpur 6 1 2 3 3 9 5
4 MyTeam 6 1 1 4 7 16 4


Kumpulan D


Pasukan P M S K J B MT
1 Selangor* 6 4 2 0 15 7 14
2 KM Naza 6 3 1 2 12 8 10
3 PDRM 6 1 2 3 5 12 5
4 Sabah 6 1 1 4 7 12 4


Kumpulan E


Pasukan P M S K J B MT
1 Kelantan* 6 5 0 1 12 4 15
2 Kedah 6 3 1 2 9 3 10
3 Pulau Pinang 6 2 1 3 7 11 7
4 ATM 6 0 2 4 5 15 2


*Pasukan berhuruf tebal layak ke suku akhir Piala Malaysia 2009