WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

EXXONMOBIL SERAH GERAN PENYELIDIKAN RM150,000

ExxonMobil Malaysia hari ini menyerahkan geran penyelidikan berjumlah RM150,000 kepada empat buah universiti awam bagi mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang relevan dalam industri tenaga di negara ini.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan ExxonMobil Malaysia, Farid Jaafar berkata, sebanyak lima geran yang setiap satunya bernilai RM30,000 diserahkan kepada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan dua projek oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Fokus utama syarikat adalah membangunkan bidang sains dan teknologi serta menggalakkan penyelidikan dalam bidang itu bagi mencari alternatif baru untuk memastikan bekalan tenaga yang berterusan dengan cara efisien dan selamat tanpa menjejaskan alam sekitar," katanya.

ExxonMobil Malaysia merupakan anak syarikat ExxonMobil iaitu syarikat petroleum dari Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di lebih 200 negara.

Farid berkata, pihaknya menerima 62 kertas cadangan daripada 10 buah universiti awam tempatan dan hanya lima yang terbaik dipilih untuk menerima geran penyelidikan itu.

"Diharapkan program sumbangan ini akan dapat mempertingkat dan menyemarakkan lagi penglibatan para penyelidik tempatan dalam bidang sains dan teknologi," katanya

Selain itu, katanya, sumbangan tersebut turut melambangkan komitmen syarikat sebagai warga korporat yang prihatin serta aktif membangunkan pendidikan dan peningkatan sains serta teknologi tempatan.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.