WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

KELANTAN KE SEPARUH AKHIR RAGBI

Kelantan mara ke peringkat separuh akhir kejohanan ragbi Piala Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) setelah muncul naib juara Kumpulan A. Kelantan muncul naib juara kumpulan di belakang Negeri Sembilan setelah menang tipis 16-15 ke atas juara bertahan, Kedah.

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan, Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan 5-13. Dua kemenangan ke atas Kelantan dan Kedah membolehkan Negeri Sembilan muncul juara Kumpulan A.

Kelantan bangkit daripada kekalahan kepada Negeri Sembilan dengan menyusun strategi dan akhirnya memenangi perlawanan ke atas Kedah menerusi penalti saat akhir yang tidak dipersia-siakan oleh Mohd. Saizul Hafis Md. Noor.

Presiden Persatuan Ragbi Kelantan, Najib Rashdan Abdul Rahman berkata, Kelantan yang diperkuatkan dengan gandingan pemain muda dan yang berpengalaman, telah menunjukkan kerjasama sepasukan di sepanjang kejohanan kali ini.

''Kami sentiasa mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Kelantan pada setiap perlawanan yang kami lalui. Usaha ahli jawatankuasa persatuan ragbi negeri yang tidak mengenal penat, menguatkan semangat pemain untuk meneruskan perjuangan pada peringkat separuh akhir,'' katanya.

Kedudukan naib juara kumpulan itu bermakna Kelantan berdepan juara Kumpulan B, Angkatan Tentera bulan depan. Kejayaan mara ke separuh akhir melayakkan Kelantan secara automatik ke kejohanan ragbi paling berprestij, kejohanan Piala Agong Disember ini.

''Kami berharap Kelantan dapat mengulangi kejayaan muncul juara Piala Agong pada tahun 2005,'' kata Najib Rashan.

Saingan peringkat kumpulan Piala KRM bermula pada 16 hingga 20 November lalu dengan perlawanan Kumpulan A berlangsung di Seremban manakala perlawanan Kumpulan A pula diadakan di Kuala Lumpur.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.