WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

SASARAN 1,000 JUTAWAN

WorldWellness Network Sdn. Bhd. menyasarkan untuk melahirkan 1,000 jutawan menjelang tahun 2015 melalui program yang sedang dilaksanakannya. Syarikat yang dimiliki 100 peratus bumiputera, menawarkan peluang kepada usahawan baru menceburi bidang perniagaan selain mampu meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Noordin Darus mendakwa, setakat ini, syarikat telah berjaya melahirkan lima orang jutawan daripada sistem perniagaan yang mereka perkenalkan.

''Bukan mudah untuk mencapai sasaran tersebut kerana pelbagai usaha perlu dijalankan dan syarikat telah merencanakan beberapa program dalam merealisasikan impian ini. Kami kini menjalankan perniagaan penjagaan kesihatan dan berada dalam pasaran sejak tujuh tahun lalu. Pencapaian yang diraih setakat ini, membuktikan bahawa kesungguhan kami membuahkan hasil'' katanya.

WorldWellness merupakan perniagaan penjagaan kesihatan dan produk penjagaan menjurus kepada empat bidang utama iaitu air, makanan, udara dan penjagaan diri. Buat masa ini syarikat mempunyai sebanyak 13 rangkaian produk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri serta mempunyai 14 stokis di seluruh negara.

Noordin berkata, syarikat itu merancang beberapa program yang merangkumi kepada empat program. Beliau menjelaskan, program pertama merupakan Program Satu Rumah Satu Rx-Water yang merupakan produk utama syarikat memberikan kesihatan yang baik kepada peminumnya.

Tambahnya, Rx-Water yang juga dikenali sebagai Terapi Air Penyembuh Aura menyucikan air untuk dijadikan minuman selain mempunyai unsur tenaga dan aura dalam molekulnya. Noordin berkata, program-program lain adalah program Akademi Jutawan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan di mana ia melatih mereka yang ingin belajar berdiri dalam dunia perniagaan. Katanya, program lain yang disusun adalah program Terapi MiFiro (Minda Fizikal dan Rohani) dan program rangkaian perniagaan 'Tiru macam saya'.

''Kesemua program tersebut direncanakan bagi membolehkan syarikat mencapai sasaran untuk melahirkan ramai jutawan dalam tempoh enam tahun lagi,'' jelas beliau.

Noordin berkata, setakat ini, syarikat mempunyai 50,000 ahli selepas ditubuhkan tujuh tahun lalu dan bilangan dijangka mencapai 70,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

''Menjelang 2015 nanti kami harap agar dapat membantu seramai satu juta orang dan sama-sama melahirkan usahawan yang berjaya bersama syarikat.'' kata beliau.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, beliau berkata, syarikat akan menjalankan penambahbaikan kepada produk sedia ada. Katanya, syarikat itu juga sedang menjalankan kajian dalam menghasilkan produk yang dapat mengamalkan awet muda yang juga menggunakan prinsip aura dan produk yang sama.

''Kesemua produk syarikat adalah antikanser yang mana memberikan kesihatan yang baik kepada pengguna kami di samping dapat meningkatkan taraf hidup mereka,'' katanya.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan dan memerlukan keterangan lahjut, bolehlah menghubungi WorldWellness di talian 03-77887791 atau melayari LAMAN WEB.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.