WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

MOHD ZIN DILANTIK PENGERUSI KTMB

Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantikan Tan Sri Lim Ah Lek berkuatkuasa 1 Oktober 2009.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat KTMB hari ini, pelantikan itu dibuat Kementerian Kewangan untuk tempoh dua tahun.

Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang, Selangor, pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam syarikat terkemuka di negara ini termasuk anggota Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Putrajaya dan Telekom Malaysia Berhad.

Beliau memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam peringkat sarjana dari Universiti Bradley, Peoria, Amerika Syarikat, dan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia selain Ahli Persatuan Jurutera Awam Amerika Syarikat.

Pembabitan politik beliau bermula pada 1986 dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk penggal kedua dan Ketua Umno Bahagian Sepang sejak 2004 selain pernah menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

Mohd Zin adalah Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dari 2004 hingga 2008.

PIALA EMAS RAJA-RAJA 2009

Pusingan awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2009 bermula dari 20 hingga 22 November, suku akhir (30 November dan 5 Disember), separuh akhir pada 12 dan 19 Disember, dan perlawanan akhir ditetapkan pada 26 Disember 2009.

Kumpulan A (Zon Tengah)
Selangor (Tuan Rumah)
Kuala Lumpur
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum)

Kumpulan B (Zon Selatan)
Johor (Tuan Rumah)
Negeri Sembilan
Singapura
Melaka

Kumpulan C (Zon Utara)
Pulau Pinang (Tuan Rumah)
Kedah
Perlis
Perak

Kumpulan D (Zon Timur)
Terengganu (Tuan Rumah)
Kelantan
Pahang
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

PIALA AGONG 2009 : JUARA BERSAMA

Kelantan dan Johor dinobatkan juara bersama dalam perlawanan akhir Piala Agong 2009 setelah terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan sebenar di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Gol jaringan Azlan Ismail pada minit ke-28 tidak mengcukupi buat tuan rumah mengenggam Piala Agong pada tahun ini setelah jaringan Kelantan dipadamkan pemain Johor yang menyudahkan jaringan melalui sepakan percuma menarik tiga minit selepas itu.

Babak pertama dimulakan dengan Kelantan mengatur serangan ke kubu Johor melalui pemain berbisa yang pernah mewakili Malaysia, Azlan Ismail tetapi hampa kerana kekebalan penjaga gol Johor.

Johor berpeluang menjaringkan gol tetapi sepakan penalti yang dihadiahkan kepada mereka disia-siakan kapten pasukan untuk melegakan hampir 1500 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-17, Azlan berjaya merampas bola sebelum mengumpan kepada Zool Ihsan yang keseorangan tetapi dia memilih untuk menyepak liar melepasi palang gol walau hanya berdepan dengan penjaga gol.

Setelah melakukan asakan demi asakan, Azlan Ismail berjaya mendapat bola sebelum melepaskan sepakan padu tetapi berjaya ditepis sebelum melantun kembali kepadanya dan tindakan susulan Azlan selepas itu berjaya meletakkan bola kedalam jaring untuk gol pertama Kelantan.

Tidak lama meraikan gol, kubu Kelantan akhirnya dibolosi setelah pemain mereka berjaya menyudahkan sepakan percuma langsung gagal ditepis keluar penjaga gol Kelantan untuk gol penyamaan pada minit ke-31.

Johor yang berjaya menyamakan kedudukan, mula mengatur gerak tetapi dihampakan ketangkasan Jenggo dan Mohd Aras di bahagian pertahanan Kelantan.

Pemain Johor yang kadang kala melakukan kekasaran akhirnya menerima padah apabila pemain tengah mereka dilayangkan kad merah setelah mengutip kad kuning kedua pada minit ke-40. Kad merah dilayangkan setelah pemain tersebut cuba menghalang sepakan percuma Kelantan menyebabkan berlakunya insiden sepak menyepak dengan Zool Ihsan.

Bersambung babak kedua, Kelantan mengandakan asakan untuk mencari gol pendahuluan tetapi semua percubaan gagal disudahkan seterusnya menghampakan penyokong yang setia berada di tempat duduk walau hujan mulai turun dengan lebatnya.

Zool Ihsan yang juga ketua pasukan Kelantan hampir menjaringkan gol tetapi percubaan cantiknya diselamatkan penjaga gawang Johor yang dilihat cemerlang menafikan percubaan demi percubaan pemain Kijang.

Kemasukan Khairul Zal dan Mohd Hanif tidak memberi sebarang makna apabila mereka gagal melakukan sebarang ancaman kepada pintu gol pelawat.

Wisel penamat dibunyikan untuk kedudukan terikat 1-1 dan perlawanan penentuan sepakan penalti tidak dapat dilakukan kerana hujan semakin lebat. Pengadil perlawanan mengambil keputusan yang padang tidak dapat digunakan kerana air semakin banyak menakungi padang perlawanan.

Pihak PBSMM yang bermesyuarat memutuskan perlawanan ditamatkan dengan kedua-dua pasukan dinobatkan juara bersama Piala Agong 2009.

SUMBER

SUBUR : PEMBERIAN SUBSIDI BERAS

Menyelami kehidupan golongan miskin ini, tiada pekerjaan tetap dan pendapatan yang tidak menentu menyebabkan mereka perlu berhadapan dengan pelbagai kepayahan terutama untuk membeli keperluan makanan ruji iaitu beras.

Prihatin dengan keadaan tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sokongan dan bantuan untuk membela nasib golongan itu menerusi pemberian subsidi beras.

Jenis subsidi beras

Ketika ini, terdapat tiga bentuk subsidi yang diperkenalkan dalam usaha memastikan beras Super Tempatan (ST) 15 peratus di Semenanjung dan Beras Super 15 Peratus di Sabah dan Sarawak dijual dengan harga berpatutan kepada golongan susah dan berpendapatan rendah.

Subsidi pertama merupakan bayaran sebanyak RM750 untuk setiap tan metrik (tm) kepada pihak pengilang untuk mengeluarkan beras jenis tersebut menerusi sasaran pengeluaran sebanyak 64,000 tan metrik sebulan.

Kedua, kerajaan membayar subsidi kepada pihak Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi membekalkan kira-kira 9,000 tan metrik beras di Sabah dan 6,000 tan metrik di Sarawak.

Inisiatif ketiga pula adalah bayaran subsidi kepada pengilang di Sabah dan Sarawak bertujuan mengurangkan kos pengeluaran beras tempatan bagi membantu petani mendapatkan harga belian padi yang tinggi dan seterusnya menggalakkan mereka menanam padi.

Terbaru, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah bersetuju untuk melaksanakan program subsidi beras melalui pemberian baucar yang dikenali sebagai Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR).

Pengenalan SUBUR yang bermula 1 Disember ini bakal menggantikan semua program subsidi beras sedia ada, bertujuan memastikan bantuan kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Selain itu, ia juga menetapkan objektif untuk menghentikan aktiviti penyelewengan dan penyalahgunaan subsidi oleh pihak pemborong serta peruncit yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, SUBUR merupakan medium terbaik untuk memastikan hak golongan miskin dikembalikan kepada mereka semula. Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita amat berharap serta yakin jika program SUBUR ini dilaksanakan dengan jujur dan amanah, ia akan mencapai matlamat yang ditetapkan. Menerusinya juga, ia secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan,'' katanya.

Antara golongan sasar yang layak menerima subsidi dalam bentuk baucar ini terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin berdasarkan pendaftaran dalam program e-Kasih. Selain itu, rumah kebajikan swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga layak untuk menerima subsidi berkenaan. Penentuan kategori golongan miskin ini adalah berdasarkan kepada pendapatan isi rumah di mana Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri akan mengemaskini senarai tersebut dari semasa ke semasa.

Penentuan kadar sekeping baucar untuk menebus beli beras adalah berbeza mengikut penerima iaitu RM10 untuk golongan miskin, RM24 untuk miskin tegar, RM10 untuk mudah miskin dan RM10 bagi rumah kebajikan.

Setiap keluarga miskin tegar, miskin dan mudah miskin akan menerima satu hingga tiga keping baucar sebulan bergantung kepada bilangan isi rumah dalam keluarga. Bilangan isi rumah satu hingga dua orang akan menerima sekeping baucar, tiga hingga empat orang menerima dua keping dan lima orang ke atas menerima tiga keping baucar. Sementara itu, pemberian baucar bagi rumah kebajikan pula bergantung kepada bilangan penghuni dengan kadar tiga keping baucar RM10 setiap satu bagi lima orang penghuni.
Mekanisme pelaksanaan

Melihat kepada mekanisme pelaksanaannya, baucar akan diserahkan kepada para penerima mengikut kawasan Parlimen melalui Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) setiap enam bulan sekali.

Menggunakan baucar itu, keluarga terlibat boleh menebus beli beras ST 15 peratus atau Super Special Tempatan (SST) lima peratus di mana-mana premis perniagaan yang menjual beras sama ada kedai runcit, pasar raya atau pasar raya besar. Untuk tujuan itu, semua peruncit telah diarahkan menerima baucar yang ditebus guna oleh golongan sasar tersebut. Peruncit yang enggan menerima baucar akan diambil tindakan sewajarnya.

Di bawah pelaksanaan itu juga, peruncit boleh menggunakan baucar sebagai sebahagian daripada bayaran untuk mendapatkan bekalan beras daripada pemborong. Pihak pemborong pula kemudiannya boleh menuntut bayaran balik daripada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras di setiap negeri.

Dalam memastikan tiada aktiviti penyalahgunaan, baucar itu akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Di samping itu, pihak Pegawai Penguatkuasa Padi dan Beras juga akan menjalankan tugas pemantauan serta penguatkuasaan pelaksanaan sistem tersebut.

Bagi yang mahu menyertai program ini, borang permohonan boleh diperolehi daripada pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian dan Industri Asas Tani atau melalui LAMAN WEB

Pertanyaan dan aduan juga boleh dibuat melalui Bilik Gerakan SUBUR di talian 03-8870 1734 atau 03-8870 1738.

TESCO MALAYSIA JANGKA BINA CAWANGAN LAGI

Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia) dijangka menerapkan konsep pasar raya mesra alam yang kurang menggunakan tenaga untuk pasar raya barunya pada masa depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Hobbs berkata, setakat ini pihaknya telah membuka 11 buah pasar raya yang cekap penggunaan tenaga.

Beg mesra alam yang fabriknya dihasilkan daripada botol plastik yang dikitar semula itu direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim. Beg tersebut dijual pada harga RM4.99 dan Tesco Malaysia akan menyumbang sebanyak 50 sen kepada program 'GREENaid' dalam usahanya menyokong program pemuliharaan dan aktiviti pendidikan alam sekitar di Malaysia untuk setiap beg yang dijual.

Menurut Hobbs, pasar raya Tesco di Mergong, Kedah yang dibuka pada tahun lalu dengan pelaburan sebanyak RM2.2 juta menjadi perintis kepada inisiatif tenaga itu. Tambah beliau, Tesco Malaysia percaya syarikat perlu memainkan peranan dengan memberi insentif kepada pelanggan untuk menggunakan kaedah mesra alam dan mewujudkan kaedah yang lebih murah untuk melakukan sesuatu yang mesra alam

Jelas beliau, pihaknya telah berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan dan pelanggan untuk mengurangkan penggunaan beg yang kemudiannya dibuang. Sementara itu, Rizalman berkata, beliau bekerjasama dengan Tesco Malaysia bagi menghasilkan beg mesra alam itu sebagai sumbangannya kepada masyarakat untuk memulihara alam sekitar.

"Pada kebiasaannya, orang ramai berpendapat (rekaan) Rizalman adalah untuk golongan atasan tetapi dengan melakukannya (mereka beg mesra alam), mereka (orang ramai) kini boleh memiliki (rekaan) Rizalman pada harga yang murah," ujarnya.

MAYBANK CATAT KEUNTUNGAN RM881.8J

Di sebalik keraguan yang dilontarkan sebelumnya, Maybank hari ini membuktikan bahawa pembelian Bank Internasional Indonesia (BII) mampu berdaya maju dan mulai membuahkan hasil.

Maybank atau Malayan Banking Berhad hari ini mengumumkan keuntungan selepas cukai suku pertama berakhir 30 September lalu yang lebih baik sebanyak RM881.8 juta berbanding RM572.2 tempoh yang sama tahun lalu. Peningkatan sebanyak 54.1 peratus itu turut disumbangkan oleh BII sebanyak RM48.9 juta dan juga pelaburan asing lain seperti MCB Bank Ltd. di Pakistan dan AnBinh bank di Vietnam, masing-masing sebanyak RM22.9 juta dan RM2.6 juta.

Tiada sumbangan keuntungan BII sebelum ini kerana pengambilan alihnya hanya selesai pada 30 September 2008. Secara keseluruhan, keuntungan sebelum cukai kumpulan Maybank berjumlah RM1.16 bilion dalam suku berkenaan, meningkat 31.1 peratus berbanding RM881.77 juta tempoh sebelumnya.

Dengan persekitaran perniagaan yang lebih baik, perbendaharaan kumpulan, operasi antarabangsa dan perbankan pelaburan menjadi penjana utama prestasinya, masing-masing menyumbang 87 peratus, 50 peratus, 61 peratus dan 201 peratus kepada pertumbuhan keuntungan sebelum cukai. Pendapatan sesaham bagi suku yang baru berakhir meningkat 12.46 sen daripada 11.72 sen selepas diselaraskan bagi terbitan hak pada Mac 2009.

Maybank dalam kenyataannya di sini berkata, pencapaian kumpulan dijana oleh pertumbuhan keseluruhan sebanyak 54 peratus dengan pendapatan bersih pada tempoh tersebut meningkat kepada RM3.15 bilion daripada RM2.05 bilion sebelumnya. Pendapatan faedah bersih kumpulan berkembang sebanyak 28.7 peratus kepada RM1.63 bilion berbanding RM1.27 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar optimis dengan prestasi semasa bank perdagangan terbesar di negara ini. Abdul Wahid berkata, pihaknya yakin mampu mengekalkan momentum pertumbuhan semasa dan mengekalkannya dalam pasaran utama di seluruh rantau ini.

‘‘Maybank gembira usaha transformasi BII telah membuahkan hasil lebih awal daripada jangkaan. Sumbangan yang menggalakkan kini datang dari BII merupakan pengiktirafan kepada kekukuhan kumpulan pengurusan yang ada dan keupayaan kami untuk meluaskan peluang dalam persekitaran kukuh ekonomi Indonesia,’’ katanya dalam kenyataan tersebut.

BII mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak 131 bilion Rupiah atau RM46.2 juta. berbanding 11 bilion Rupiah (RM3.8 juta) sebelumnya. Pendapatan operasi selepas peruntukan meningkat kepada 195 Rupiah (RM68.8 juta) berbanding kerugian 13 bilion Rupiah (RM4.59 juta) pada tahun lalu. Pinjaman di peringkat kumpulan bank asing itu berkembang sebanyak 12.6 peratus daripada Jun 2009 pada asas tahunan. Pencapaian BII juga digalakan oleh pencapaian lebih baik anak syarikatnya WOM Finance.

Mengulas mengenai prestasi perbankan Islam kumpulannya Maybank berkata, operasi perbankan itu telah mencatatkan peningkatan sebanyak 23.9 peratus dalam pendapatan kasar boleh agih kepada RM465.7 juta bagi suku tahun dalam kajian dengan disokong oleh pertumbuhan 26 peratus dalam pembiayaan.

Keuntungan sebelum cukai operasi berkenaan bagaimanapun lebih rendah sebanyak 35.2 peratus kepada RM63.1 juta disebabkan oleh kerugian pinjaman dan peruntukan yang tinggi sebanyak RM171 juta tetapi kualiti aset bertambah baik. Keuntungan sebelum cukai perbankan perniagaan dan korporat berjumlah RM50.3 juta dalam suku baru berakhir berbanding RM223.1 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. Ini disebabkan oleh persekitaran operasi yang sukar bagi perusahaan kecil dan sederhana.

Operasi perbendaharaan mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM393 juta daripada RM210 juta sebelumnya manakala keuntungan Kumpulan Perbankan Pelaburan bertambah kepada RM58.9 juta berbanding RM19.5 juta sebelumnya berikutan pendapatan yuran yang tinggi.

Pendapatan Perbankan Pelanggan turut menyaksikan kenaikan kepada RM1.06 bilion. Kumpulan itu kini menguasai pasaran sebanyak 13.8 peratus dalam gadai janji dan 17 peratus dalam pembiayaan kenderaan. Ia juga mengekalkan terajunya dalam kad kredit dan perbankan Internet.

Maybank2u kekal menjadi peneraju portal perbankan Internet dengan jumlah pengguna sebanyak 4.04 juta, dengan merekodkan lebih 50 juta sebulan dengan nilai sebanyak RM3.6 bilion.

MENGUMPUL BAHAN BUANGAN BAWA PULANGAN

Apakah persamaan antara segulung ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan perusahaan mengumpul akhbar-akhbar lama? Kedua-duanya boleh menjana wang untuk menyara kehidupan.

Seseorang individu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana mungkin kerana mahu menggandakan pendapatan sedia ada dengan bekerja di sektor awam atau swasta. Sementara itu, pengumpul bahan-bahan buangan lama juga berusaha saban hari untuk mengaut keuntungan daripada penjualan yang dilakukan.

Menyedari persamaan itu, Frankki Oh, seorang bekas graduan Universiti Birmingham, United Kingdom (UK) memilih untuk menjadi pengumpul dan penjual bahan-bahan lama. Lelaki berbangsa Cina yang kelulusan MBA itu juga sanggup melepaskan jawatannya sebagai pengurus pemasaran di salah sebuah firma di ibu kota lapan tahun lalu.

Alasannya, profesion mengumpul bahan buangan membawa pulangan yang lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji sebelum itu. Lelaki berusia 47 tahun itu dapat menghidu potensi industri berasaskan pengumpulan bahan buangan seperti kertas, besi dan lain-lain lagi. Walaupun item-item yang dikumpul itu adalah barangan lama, namun bak kata pepatah Inggeris, 'buah anggur yang lebih lama, lebih enak rasanya'. Justeru, Frankki percaya longgokan akhbar lama dan peralatan besi buruk mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Sebelum menceburi perniagaan itu, Frankki pernah mengharungi banyak pahit getir kehidupan. Dengan latar belakang keluarga yang serba miskin bersama tujuh orang adik-beradik, bapa Frankki hanya bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Namun, kesusahan itulah yang banyak mengajar lelaki itu erti kehidupan.

Menetap dengan berumah teres binaan kombinasi batu dan kayu miliknya dalam serba sederhana tanpa sebarang perabot mewah, sebaliknya dilengkapi dengan perkakasan rumah lama di Seri Kembangan. Sebuah van berjenama Ford warna putih yang diletakkan di hadapan rumah itu adalah satu-satunya sumber pengangkutan lelaki itu. Persekitaran rumah yang dipenuhi besi-besi lama itu jelas menunjukkan kehidupan Frankki yang serba sederhana.

Menurut lelaki yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur itu, walau segigih mana pun seseorang itu berkhidmat di mana-mana syarikat, akhirnya pada hujung bulan, mereka hanya menerima pulangan yang ditetapkan. Cuma, mereka mungkin dapat menikmati sedikit tambahan wang kerana bekerja lebih masa.

"Setelah melihat lumrah dunia pekerjaan yang gagal memberi peluang untuk memperoleh keuntungan 100 peratus dan permainan politik dalaman pihak pengurusan yang banyak mempengaruhi hidup saya, maka saya memutuskan untuk memulakan perniagaan sendiri. Dalam kesibukan bekerja di bahagian pemasaran, saya masih melakukan kerja sambilan seperti mengedar makanan yang diproses ke pasar-pasar di kawasan berhampiran. Antaranya mi, rempah ratus, jem buah-buahan, minuman tin, daging yang diproses, jeruk dan sebagainya," jelas Frankki. Bagaimanapun, lokasi edaran yang lemah dan dominasi peniaga lain menyebabkan kerja-kerja tersebut tidak dapat diteruskan. Dengan semangat yang masih membara, Frankki mencari peluang perniagaan lain sementara beliau masih bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat swasta.

Pada April 2001, secara kebetulan Frankki berjumpa beberapa orang rakan lama. Pertemuan mereka lebih banyak menjurus kepada alam persekitaran, promosi kerajaan mengenai bahan kitar semula dan para pengumpul bahan buangan lama. Tiga daripada rakan-rakan Frankki memang sudah lama menceburi bidang perniagaan mengumpul bahan-bahan buangan lama dan kitar semula.

Pada peringkat awal, Frankki berasa ragu untuk berkongsi pengalaman masing-masing mengenai perniagaan itu. Lama-kelamaan, topik perbualan semakin hangat dan seorang demi seorang mula membongkar rahsia cara-cara mengumpul, tempat jualan dan menceritakan keuntungan yang diperoleh daripada bahan-bahan tersebut. Hasil perkongsian idea itu memberi inspirasi kepada Frankki dan beliau mendapat idea baru untuk memulakan perniagaan sendiri.

Anak keempat daripada tujuh orang adik beradik itu berkata, rakan-rakannya turut berkongsi keghairahan terhadap perniagaan itu. Mereka banyak membantu mengajar Frankki mengenai perkara-perkara asas untuk memulakan perniagaan. Misalnya, cara mengumpul bahan-bahan buangan, perolehan pendapatan dan proses menukar bahan tersebut untuk mendapatkan pulangan tunai.

"Dengan modal kira-kira RM4,000, saya memulakan proses mengumpul bahan-bahan lama seperti bateri, pintu besi, buku-buku terpakai, mesin basuh, ampaian kain, basikal, kipas dan sebagainya. Kerja-kerja rondaan untuk mendapatkan bahan dimulakan seawal pukul 9 pagi hingga 2 petang. Setelah itu, rondaan kali kedua diteruskan sekitar pukul 5 petang hingga 7 malam. Selain mengumpul dari sekitar kawasan Seri Kembangan dan Kuala Lumpur, saya berjalan sehingga ke Seremban dan Kajang untuk mengumpul bahan-bahan tersebut. Pada hari pertama perniagaan, saya berjaya memperoleh kira-kira RM150 melalui penjualan bahan tersebut. Di situlah, saya menyedari kelebihan perniagaan ini dan bertekad untuk meneruskannya. Oleh kerana, perniagaan ini melibatkan urusan jualan tunai, maka para pengumpul jarang menanggung kerugian dan apa yang dikumpul dapat dijual pada hari itu juga," katanya yang kini dapat menjana pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap bulan.

Menurut Frankki , pada peringkat awal, keluarga terutama bapanya kecil hati dan bimbang dengan keputusannya untuk menjalankan perniagaan seperti itu. Namun, seiring dengan peredaran masa dan kesungguhannya dalam mencari wang, ia berjaya mengubah persepsi bapanya. Bahkan bapanya pernah berkata: "Jadilah hero dalam apa juga perkara yang dilakukan." Kata-kata semangat dan kepercayaan bapanya itulah yang mendorong Frankki untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

Walaupun Frankki belum memiliki sebuah kilang ataupun firma besar seperti pengumpul yang lain, fokus utamanya adalah bekerja tanpa kongkongan. Katanya, dia kini bebas melakukan apa juga tanpa sekatan daripada mana-mana pihak majikan. Lelaki berzodiak Leo itu memberitahu, pekerjaan mengumpul bahan lama juga secara tidak langsung menanam sikap memelihara alam sekitar. Sebagai tanda menyokong seruan kerajaan, biasanya dia menggunakan kertas-kertas lama yang dikumpul untuk pelbagai urusan harian.

KENALI USTAZAH ASNI ABU MANSOR AL-HAFIZAH (ASTRO OASIS DAN TV3)

Pada peringkat awal kemunculannya di kaca televisyen menerusi program-program dakwah, mungkin tiada siapa yang mempedulikannya. Hari ini, ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah semakin dikenali masyarakat. Lagak spontan dan gaya bersahaja beliau ketika mengendalikan beberapa rancangan televisyen berjaya menarik perhatian penonton. Segmen Khazanah Dari Syurga dan Kalamullah yang disiarkan di saluran Astro Oasis dan TV3 sepanjang bulan Ramadhan lalu secara tidak langsung melonjakkan nama Asni dalam dunia dakwah tanah air.

Kemahirannya bermain kompang sambil mengajar kanak-kanak membaca al-Quran memperlihatkan keunikan Asni dalam mendidik mereka. Di sebalik perjalanan kerjayanya dalam bidang dakwah di Malaysia, wanita berusia 34 tahun itu sebenarnya mempunyai cita-cita yang berbeza daripada bidang yang diceburinya sekarang. Memperoleh keputusan cemerlang iaitu pencapaian 11 agregat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah pasti Asni mudah menyambung pengajian dalam bidang yang diminatinya iaitu perubatan. Apatah lagi, sejak kecil, beliau memang mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor kerana menganggap ia satu pekerjaan yang mulia dan dapat membantu mereka yang berada dalam kesakitan.

Tetapi kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Sewaktu sibuk memerah otak ketika menghadapi peperiksaan SPM, wanita yang berasal dari Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan itu terbaca sepotong hadis dan terus mengubah pendiriannya dalam memilih hala tuju masa depan.

Hadis yang berbunyi: "Barangsiapa yang menghafaz al-Quran, nescaya Allah akan memakaikan ibu bapanya di akhirat kelak dengan mahkota yang begitu indah dan bersinar cahayanya melebihi cahaya matahari yang menyinari dunia," ternyata berjaya meresap masuk ke dalam lubuk hatinya.

"Saya sendiri tidak menyangka betapa besarnya kesan yang diterima sebaik sahaja membaca hadis tersebut di dalam sebuah buku bertajuk Fadilat Al-Quran. Niat asal saya cuma untuk merehatkan fikiran selepas puas menelaah buku-buku ilmiah. Alhamdulillah, dengan ungkapan yang penuh indah itu, ia berjaya membuka pintu hati saya untuk bergelar hafiz al-Quran. Hasrat saya cuma satu iaitu menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa dengan memberikan 'hadiah' paling bernilai untuk mereka," ungkap Asni yang menetap di Bandar Baru Bangi.

Walaupun pada awalnya, niat Asni untuk beralih arah dalam jurusan tahfiz al-Quran dipersoalkan oleh anggota keluarga terdekat kerana beliau cemerlang dalam pelajaran, namun beliau nekad.

"Ketika itu, saya merasakan semua orang berpeluang untuk masuk ke universiti, tetapi bukan semua orang dipilih Allah untuk menjadi hafiz al-Quran. Jadi, hasrat murni saya tetap diteruskan," jelasnya.

Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran melalui pengajian peringkat diploma di Darul Quran di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asni mengakui ia bukan satu tugas mudah untuk dilaksanakan. Banyak pantang larang perlu dipatuhi untuk bergelar penghafaz al-Quran. Ini termasuklah dalam aspek pemakanan dan akhlak diri. Menurut Asni lagi, apa yang paling penting adalah menjaga ketakwaan diri kerana dengan cara itu, ilmu dapat diperoleh dengan penuh berkat.

"Apa yang dimaksudkan dengan ketakwaan itu adalah kita perlu menjaga amal seperti solat dan membaca al-Quran, menjaga perangai atau tingkah laku serta tahu batas pergaulan dan adab dengan ibu bapa, sahabat mahu pun guru. Ia antara kunci untuk seseorang mencapai kejayaan dalam menuntut ilmu," jelas Asni lebih lanjut.

Bergelar seorang hafizah Quran, Asni amat bertuah kerana turut bersuamikan seorang hafiz Quran. Meskipun perkahwinannya dengan Ustaz Mohd. Nasir Rustam al-Hafiz, 36, diatur oleh abangnya sendiri, ternyata kebahagiaan tetap menjadi milik pasangan itu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata berusia antara empat hingga 10 tahun. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang dapat digambarkan kepada anak-anak comel pasangan bahagia itu.

Yasmin Sofea, 10; Muhammad Adam Shauqi, 9; dan Mariam Hani, 7; masing-masing telah menunjukkan kebolehan menghafaz al-Quran berkat bimbingan ibu bapa mereka. Seorang lagi anak Asni bernama Muhammad Naufal Kholili. Sebagai anak sulung, Yasmin Sofea mengakui ingin menunjukkan contoh terbaik kepada adik-adiknya. Justeru, dia bersungguh-sungguh untuk menghafaz al-Quran.

"Saya berasa amat seronok kerana berpeluang mendalami ilmu tahfiz seperti mama dan baba. Kalau boleh, saya ingin menjadi seperti mereka. Sekarang, saya sudah berjaya menghafaz tiga juzuk al-Quran. Insya-Allah, jika terus berusaha, saya pasti akan berjaya," ujar Yasmin Sofea yang menuntut di Madrasah Maahad Ad-Dirasatil Islamiyyah, Bandar Baru Sri Petaling.
Dalam mendidik anak-anak, Asni dan Nasir sepakat menjadikan al-Quran sebagai teman baik mereka. Ujar Nasir, jika anak-anak kekal berpegang pada al-Quran dan menjadikan ia satu budaya hidup, mereka pasti mampu berhadapan dengan godaan duniawi.

"Sebenarnya, setiap ibu bapa harus mendekatkan diri mereka dan anak-anak dengan amalan membaca al-Quran. Dengan cara inilah, generasi muda yang berakhlak mulia dapat dibentuk," kata Nasir yang menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun sambil menambah Asni merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai untuknya.

Bukan sahaja Nasir, tetapi ibu kandung Asni, Rokiah Suhada, 72, pasti menjadi insan paling gembira melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan berjaya menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara. Mengakui amat rapat dengan anak bongsu daripada enam beradik itu, Rokiah berkata, sejak kecil Asni memang rajin mengikutnya ke surau.

"Tanpa perlu disuruh, dia setia mengekori mak cik ke mana sahaja mak cik pergi terutama apabila ke surau untuk mendengar ceramah agama atau mengaji al-Quran. Tiada apa yang dapat mak cik katakan, selain pujian kesyukuran kepada Allah di atas apa yang dikurniakan," tutur Rokiah yang masih sihat walaupun semakin dimamah usia.

ETIQA MAHU LAHIRKAN 50 JUTAWAN

Etiqa Insurance & Takaful (Etiqa), pengedar pelbagai rangkaian produk insurans dan takaful yang juga ahli kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank), menyasarkan untuk melahirkan 50 jutawan agensi takaful menjelang tahun 2012.

Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengarahnya, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, untuk mencapai matlamat tersebut pihaknya akan memberikan sokongan bagi memperkukuhkan lagi perniagaan ejen-ejennya.

Pada masa sekarang, syarikat memiliki lebih daripada 34,000 ejen di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut lima daripada mereka telah dibantu sejak dua tahun lalu untuk berada di tahap tertinggi iaitu jutawan yang kini memiliki komisyen penuh melebihi RM1 juta.

Menurut beliau, sebagai langkah utama bagi mencapai sasaran tersebut, Etiqa telah menyasarkan beberapa ratus ejen berpotensi berdasarkan pencapaian mereka selama ini.

KENAPA YAHUDI LEBIH BERKUASA?

Jawapannya:

PENDIDIKAN, PELAJARAN, ILMU.

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia , 2 juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

ANTARA TOKOH-TOKOH YAHUDI

Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini'.

Sigmund Freud adalah bapa psikoanalisis melalui teori id, ego dan super-ego.

Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama.

Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia.

Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B.

Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit.

Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama.

George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia.

Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya).

Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara 3 dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama.

Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama.

Peter Schultz (kabel gentian optik).

Charles Adler (lampu isyarat).

Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel).

Isador Kisee (sistem suara di pawagam).

Emile Berliner (mikrofon untuk telefon).

Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Ralph Lauren (Polo).

Levis Strauss (Levi's Jeans).

Howard Schultz (Starbuck's).

Sergey Brin (Google).

Michael Dell (Dell Computers).

Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY).

Irv Robbins (Baskin & Robbins).

Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin (Presiden Yale Universiti).

Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS).

Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush).

Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union).

David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura).

Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia).

Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian).

Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB).

Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal).

Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada).

Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis).

Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British).

Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria).

Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Wolf Blitzer (CNN).

Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post).

Henry Grunwald (Ketua Editor Time).

Katherine Graham (penerbit The Washington Post).

Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times).

Max Frankel (The New York Times).

George Soros menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Mark Spitz membolot 7 pingat emas di dalam sukan Olimpik.

Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik.

Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya adalah Yahudi.

Pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo ' s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel .

William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik.

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia , 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.

MENGAPA ORANG ISLAM TERLALU LEMAH

Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian' Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

KESIMPULAN

Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion.

Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion.

China AS$8 trilion, Jepun AS $3.8 trilion dan Jerman AS $2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion.

Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion.

Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

BUKTI KEBENARAN AL QURAN

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun.

Sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.

Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. Saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

c) Dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.

Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan olehpe nurunan semula Nabi Isa.

Hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

Semua ini telah dikaji. Yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

KOMPLEKS PENDARATAN IKAN TOK BALI

Kompleks pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, akan berperanan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi dan mengubah wajah bandar baru nelayan di pesisir pantai apabila ia mula beroperasi awal tahun depan. Projek mega yang dibangunkan dan dirancang di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) itu akan menjadikannya sebuah bandar baru yang termoden di wilayah ini.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan terutama ruang pendaratan, kemudahan dermaga, pusat pemprosesan berasaskan ikan, pusat jualan, bekalan subsidi minyak diesel atau petrol dan pejabat pentadbiran, kompleks berkenaan akan mengubah taraf hidup nelayan yang kini masih berada dalam belenggu kemiskinan.

Malah ia merupakan pemangkin dan pelengkap kepada proses pembangunan bandar baru itu yang kini membangun agak perlahan tidak seiring dengan pembangunan pesat di negeri jiran terutama Terengganu dan Pahang. Timbalan Ketua Pengarah LKIM, Mohad Khazin Hamzah berkata, pada mulanya kompleks itu akan beroperasi selepas menyambut Aidilfitri yang lepas tetapi terpaksa ditunda selewat-lewatnya awal tahun depan atas sebab masalah teknikal.

”Ini terutama masalah pendawaian elektrik yang belum selesai dilaksanakan oleh kontraktor,” katanya.

Kompleks berharga lebih RM80 juta yang dibina mengandungi beberapa fasa itu terletak di kawasan strategik kira-kira satu kilometer dari Laut China Selatan dengan menyusuri Terusan Semerak, yang mula dibina sejak lima tahun lepas dengan membabitkan kawasan seluas lebih 40 hektar.

Mohad berkata, kompleks itu dijangka dilanggani lebih 1,000 orang sehari yang terdiri pemborong ikan dari seluruh negeri Kelantan dan sebahagian Terengganu untuk mendapatkan harga yang berpatutan selain ikan yang lebih segar. Beliau berkata, ia sangat berpotensi dan dapat mengatasi kompleks-kompleks LKIM di Kuantan dan Terengganu berasaskan kepada beberapa kelebihan terutama berupaya mendaratkan ikan dengan jumlah yang berskala besar.

Terdapat antara 300 dan 400 buah bot laut dalam tidak termasuk bot nelayan pantai yang kini mendarat di merata tempat akan diwajibkan mendarat di situ sebaik ia beroperasi.

Mohad berkata, selain itu ia beroperasi di kawasan yang lebih menarik dengan membabitkan kawasan lebih 40 hektar berbanding 10 hektar di Kuantan. Pihaknya juga menyediakan 15 tapak untuk menempatkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah ECER bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

“Kompleks berkenaan akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada nelayan miskin di mana penempatan mereka menerusi projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) dengan kos RM27 juta dijangka siap dibina tidak lama lagi,” katanya.

Selain itu katanya, pembangunan kompleks tersebut lebih terserlah apabila jalan baru dari Alor Pasir ke kompleks itu sejauh 10 kilometer siap dibina pada tahun depan selepas beberapa kali pembinaannya tergendala disebabkan masalah kontraktor gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jalan berkenaan yang berharga lebih RM60 juta yang merintangi Sungai Semerak akan memberi kemudahan kepada penduduk di Jajahan Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah termasuk Jeli apabila ia dapat memendekkan perjalanan hampir lima kilometer berbanding jalan sekarang dari Tebing Tinggi ke Tok Bali,” katanya.

8 CARA MENJADI SUAMI YANG HEBAT

1. Imam Solat

Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan Ilmu-ilmu Agama

Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami Yang Matang

Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak

Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami Yang ‘Independent’

Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai Prinsip dan Pendirian

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-anak Bersama Isteri

Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah Suami Serba Tahu

Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua serta masyarakat.

KENALI 10 CIRI AJARAN SESAT

Ajaran sesat sudah muncul di negara ini sejak abad ke-17 lagi dan tidak menghairankan apabila ramai dalang mengaku rasul dan malaikat.

Buktinya, baru-baru ini, pembawa dan penyebar ajaran sesat, Abdul Kahar Ahmad Jalal, berumur 59 tahun yang mengaku dirinya Rasul Melayu disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun selain denda juga sebatan.

Hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sehingga 2008, 55 jenis ajaran sesat sudah diwartakan haram di Malaysia tetapi selepas pelbagai operasi bersepadu dijalankan, hanya 12 yang tinggal.

Persoalan besar yang timbul ialah mengapa umat Islam masih keliru dengan ajaran Islam dan ajaran sesat itu? Tidak lain ialah kerana mereka berasa terkongkong dengan pantang larang Allah dan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu supaya segala hajatnya diperoleh melalui jalan mudah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fatihah ayat 7: “Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat,”.

Berdasarkan ayat itu, Allah menjelaskan ciri orang sesat iaitu mereka yang tidak betul kepercayaan, amal ibadat dan rosak akhlaknya. Ini bermakna, sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang didakwanya adalah ajaran Islam tetapi berlawanan dengan akidah dan syariah Islam dihukumkan sesat.

Ajaran itu dikatakan sesat apabila memenuhi satu daripada 10 ciri. Namun, ciri berkenaan hanya boleh diputuskan oleh pakar agama atau jawatan kuasa fatwa.

Ciri terbabit ialah mengingkari rukun iman dan rukun Islam, meyakini atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan syarak, meyakini turunnya wahyu selepas al-Quran, mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran, melakukan penafsiran al-Quran tanpa kaedah tepat dan mengingkari kedudukan hadis nabi Muhammad sebagai sumber ajaran Islam.

Ciri lain ialah memperlekeh atau merendahkan nabi dan rasul, mengingkari Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul terakhir, mengubah asas ibadat yang sudah ditetapkan syarak dan terakhir mengkafirkan sesama Islam tanpa dalil syarie.

Berdasarkan 10 ciri itu, diingatkan bahawa ajaran sesat akan terus berkembang dengan adanya faktor pendukung iaitu:

Perbalahan terbuka di kalangan ahli agama:
Jangan kita bersikap mementingkan diri sehingga berpecah belah dalam mencapai matlamat. Pihak penguat kuasa dan undang-undang perlu tegas supaya tidak timbul alasan tidak tahu, tiada kuasa dan sebagainya dalam menangani ajaran sesat.

Wujud pembela ajaran sesat:
Kelompok liberal yang taklid membuta-tuli sering menggunakan isu kebebasan beragama dan mentafsirkan ajaran agama sesuka hati. Di sebalik kebijaksanaan akal, yang cetek iman, mereka menghina Islam.

Demi memelihara pegangan akidah, marilah kita bersama-sama memantapkan kefahaman agama Islam secara istiqamah dari sumber yang benar dan tepat, selain beramal syariat sahih.

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya,” (Ali Imran: 19).

TABUNG HAJI SEDIA MAKANAN KEPADA JEMAAH HAJI

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyediakan makanan kepada 26,000 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji tahun ini dalam usaha menentukan mereka mendapat makanan yang bersih dan berkhasiat sepanjang tempoh berada di Tanah Suci.

Jurucakap Tabung Haji berkata, untuk tujuan itu pihaknya menyediakan hampir 190,000 kilogram bahan mentah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya di mana proses penyediaan makanan dikendalikan dua anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Global Services Sdn Bhd dan Tabung Haji Travel.

Menurut jurucakap itu, makanan yang disediakan ialah bagi makan tengah hari dan makan malam dan diedarkan secara terus kepada semua jemaah haji di tempat penginapan masing-masing.

Tinjauan petugas media Tabung Haji di salah sebuah dapur di Burj Abbas yang dikendalikan TH Global mendapati penyediaan makanan dikawal ketat dari segi mutu penyediaan serta pembungkusan dan setiap bungkusan makanan ditentukan sampai kepada jemaah haji dalam tempoh tidak lebih dua jam dari masa disediakan.

Ketua Pegawai Operasi TH Global, Datuk Yasmin Mohd Yazid berkata, proses memasak makanan dilakukan tiga tukang masak dengan diawasi seorang ketua tukang masak di mana mereka dipilih dari kalangan tukang masak dari hotel bertaraf lima bintang di tanah air.

“Proses penyediaan bahan mentah mengambil masa dua jam, manakala masing-masing dua jam lagi bagi proses memasak dan pembungkusan sebelum ianya diedarkan ke 10 tempatan penginapan jemaah haji atau Maktab Tabung Haji di Makkah,” katanya.

Beliau berkata, makanan siap dibungkus menggunakan bekas 'aluminium foil' yang boleh mengekalkan tahap kepanasan makanan sehingga dua jam dan setiap hidangan ditentukan mempunyai khasiat dari segi karbohidrat, protein, vitamin dan serat.

Sementara itu, Ketua Tukang Masak, Basir Hamid berkata, cabaran utama dalam penyediaan makanan bagi jemaah haji ialah bagi memenuhi cita rasa setiap jemaah haji kerana mereka berasal dari negeri dan latar belakang berbeza.

“Kami menyediakan menu yang berbeza setiap hari dan pertukaran menu dilakukan setiap dua minggu sekali,” katanya.

Mengenai bahan mentah serta rempah ratus pula, beliau berkata, ia tidak menjadi masalah kerana boleh didapati di Arab Saudi.

JAGUH MATEMATIK PALING MUDA

Tidak ramai yang tahu, bidang Matematik juga sebenarnya ada seni kreatif tersendiri. Bukan setakat bermain dengan nombor tetapi juga membabitkan pemikiran kreatif dan kritis bagi membolehkan seseorang itu layak digelar pakar Matematik. Ini bermakna, pelajar sekolah khasnya digalakkan sentiasa berfikir bagi mencari jalan penyelesaian sendiri bagi setiap permasalahan dan bukan setakat menerima dan mengamalkan kaedah tertentu dalam buku pelajaran atau diajar guru.

Mohd Suhaimi Ramly, 27, yang kini bergelar Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) Malaysia adalah antara genius Matematik yang terpilih sebagai juri termuda untuk menghakimi pengiraan markah pertandingan IMO peringkat dunia.

Anak muda itu mengakui, pertandingan IMO itu bukannya suatu yang mudah kerana ia membabitkan pelajar terpilih di seluruh dunia, namun di situlah terletaknya keseronokan menyahut cabaran sebagai peserta dan kini beliau bertindak selaku jurulatih.

Sehubungan itu, setiap kali tiba musim pertandingan IMO peringkat dunia membabitkan 108 negara, ketika itulah pasukan IMO Malaysia sibuk mencari bakat baru dan melatih mereka supaya berfikiran kreatif.

"Ramai yang tersalah anggap. Tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam Matematik dan sering mendapat markah A layak menyertai IMO. Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap soalan atau permasalahan. Mereka perlu kritis dan kreatif. Sebab itulah pada sesi latihan, hubungan mereka dengan pengajar umpama jurulatih dan pemain. Hubungan ini berbeza jika dibandingkan antara guru dengan murid kerana jurulatih akan mendedahkan taktik dan pemain akan melaksanakan dengan pelbagai cara. Sudah semestinya mereka perlu berfikir dan idea sentiasa berkembang," katanya.

Mohd Suhaimi sendiri pernah muncul antara pelajar terbaik pernah dilahirkan bagi pertandingan IMO, termasuk meraih anugerah juara Olimpiad Matematik Kebangsaan pada 1998 dan 2000. Berdasarkan kejayaan itu, Suhaimi terpilih mewakili negara selama empat tahun berturut-turut bagi IMO peringkat Asia Pasifik dan peringkat dunia di Romania, Korea dan Amerika Syarikat bermula 1999 hingga 2001.

Namun, sejak pertandingan Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan diperkenalkan mulai 1970-an, sering kedengaran rungutan pelajar dan guru mengenai masalah mereka tidak biasa dengan kaedah, soalan dan cara penyelesaiannya.

Menyedari masalah itu, Suhaimi mengambil pendekatan bijak untuk berkongsi pengalamannya melalui penulisan buku khas mengenai asas Matematik bagi pertandingan Olimpiad bertujuan memudahkan guru dan pelajar membuat rujukan.

"Buku itu mengandungi empat siri dan ia sebenarnya membabitkan nota lama yang disimpan sejak peringkat sekolah hingga sekarang. Ia terbukti banyak membantu dan pada masa sama saya sering mendapat input baru daripada pelajar yang banyak menampilkan idea bernas," katanya.

Menyingkap sejarah pembabitan awalnya dalam bidang Matematik Olimpiad, anak jati Kuala Lumpur ini mengakui ia menyedari bakatnya selepas terpilih mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk pertandingan peringkat kebangsaan dengan muncul naib juara. Tanpa sebarang latihan, beliau terkejut dengan keputusan itu seterusnya ditawarkan berlatih bersama Prof Abu Osman (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk mewakili negara. Kini beliau menjadi ketua jurulatih menggantikan gurunya dan sudah 10 tahun mengetuai kontinjen Malaysia.

Sekalipun ahli keluarga langsung tidak terbabit dalam bidang itu, beliau mengakui dorongan kuat keluarga yang banyak memberi kemudahan mendapatkan buku dan internet banyak membantunya belajar untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain menerbitkan buku panduan khas untuk Olimpiad Matematik, beliau juga banyak memberikan ceramah kepada pelajar dan guru serta terbabit dalam pertandingan peringkat MRSM dan Matrikulasi.

Profil

Mohd Suhaimi Ramly
Tarikh lahir: 29 Disember 1982
Ayah: Ramly Mustafha, 58
Ibu: Zainab Abd Ghani, 59

Adik beradik:
# Nurfariza, 31, (doktor)
# Nurul Aini, 29, (pegawai kerajaan)

Pendidikan:

# Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Selangor (1995-1997)
# Maktab Rendah Sains Mara, Jasin Melaka (1998-1999)
# Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Massachusetts Institute of Technology, US (2001-2005)

Kerjaya:

# Pengarah Urusan Ardent Eduicational Consultants Sdn Bhd
# Pengarah Eksekutif Aidan Corporation Sdn Bhd

Kepakaran:

# Matematik: Algebra, Kombinatoriks, Teori Nombor, Geometri, Analisis Fungsian
# Latihan Olimpiad Matematik kepada guru dan pelajar
# Ketua Jurulatih Malaysia ke IMO 2007 - kini

Info

Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa
# Hampir 600 pelajar terbaik dunia terpilih
# Ujian peperiksaan dua hari
# Enam soalan dalam masa sembilan jam
# Markah berdasarkan kaedah pemikiran kreatif pelajar menjawab soalan
# 108 negara bertanding.
# 100 juri profesional seluruh dunia
# Peserta mesti berusia bawah 20 tahun dan belum memasuki universiti.

PERKEMBANGAN SEJARAH HAJI DI MALAYSIA

Ibadat haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya. Catatan awal menyatakan Sultan Mansur Shah berhasrat ke Tanah Suci tetapi mangkat sebelum dapat menunaikannya

Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.

Pengamal perubatan Portugis, Tom Pires mencatatkan dua pemerintah Melaka ada menyatakan hasrat ke Makkah iaitu Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456-1477 Masihi atau 860-881 Hijrah dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488 Masihi/881-893 Hijrah). Namun, kedua-duanya tidak dapat meneruskan niat mereka kerana mangkat.

Dalam catatan itu, Tom Pires menjelaskan kedua-dua pemerintah sudah membuat persediaan, termasuk menyediakan emas yang berganda jumlahnya dan mempersiapkan kapal untuk pelayaran menunaikan haji. Catatan Tom Pires bagaimanapun, tidak boleh dianggap sebagai rekod terawal berkaitan pelayaran masyarakat Melayu menunaikan haji ke Makkah kerana ibadah haji itu sendiri adalah satu kewajipan yang dilaksanakan umat Islam.

Catatan yang tidak kurang penting mengenai jemaah haji dari Kepulauan Melayu ialah perjalanan ilmuwan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada 19 Masihi (13 Hijrah).

Tok Kenali berasal dari Kelantan melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia 18 tahun. Dicatatkan beliau mengambil masa enam bulan untuk sampai ke Makkah. Tok Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Makkah bagi menuntut ilmu, di samping menunaikan umrah dan haji.

Beliau kemudian kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun dan mengasaskan pusat pengajian Islam. Selain beliau, beberapa ilmuwan Islam di Kepulauan Melayu yang terkenal ialah Hamzah Fansuri yang belayar ke Makkah pada akhir abad ke 16 Masihi (10 Hijrah) dan Abdul Rauf Singkel menunaikan haji pada 1643 Masihi (1052 Hijrah).

Apabila tiba abad ke 19 dan 20 Masihi, muncul bukti yang lebih banyak berkaitan aktiviti mengerjakan haji masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak artifak, manuskrip, bahan bercetak dan gambar direkodkan orang Melayu yang pergi ke Makkah menunaikan haji.

Antara catatan yang menarik dihasilkan Munsyi Abdullah seorang terpelajar berasal dari negara ini yang menceritakan dengan teliti pelayarannya ke Tanah Suci pada 1854 Masihi (1270 Hijrah) melalui Hikayat Pelayaran Abdullah.

Selepas itu ramai cendikiawan Melayu dan golongan terpelajar yang pernah ke Makkah menunaikan haji dan umrah mengabdikan pengalaman mereka dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain. Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan.

Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi. Harun menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara petikan berkenaan ialah:

“susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal. Orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar... di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat... kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”

Selain Harun, ada beberapa tulisan lain yang menceritakan keterujaan mereka menunaikan haji serta gambaran perjalanan ke Tanah Suci seperti Jaafar Jusoh Al Haj (Perihal Pemergian ke Mekah dan Madinah yang diterbitkan pada 1937 Masihi (1355 Hijrah) dan Haji Ismail Haji Ishak dalam bukunya bertajuk, Ke Mekah Mengikut Jalan Darat (1975 Masihi/ 1394 Hijrah) .

Selain catatan perjalanan, ada juga ditemui penulisan jemaah haji berkisar mengenai perasaan, pandangan dan pemikiran mereka terhadap apa yang berlaku sepanjang perjalanan yang dipersembahkan dengan gaya tersendiri, termasuk karya seni seperti puisi, lukisan dan poster.

Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan.

Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi.

Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah. Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.

INFO: Kapal haji

# Mendam Berahi (abad ke-15)
# Subulus Salam (1854),
# Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)
# Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)
# Prometheus (1950-an),
# Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).

Peristiwa 1947

# 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.

# Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.

# Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal 'Kuala Lumpur'.

# Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul 'Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.

# Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan 'kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.

KELANTAN KE FINAL PIALA MALAYSIA 2009

Kelantan Darul Naim melakar sejarah dalam kejohanan Piala Malaysia apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak 1970 selepas menundukkan Perlis 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Kangar, malam tadi seterusnya menjadikan kedudukan aggregat 5-1 buat skuad yang bergelar The Red Warriors itu.

Negeri dari Pantai Timur itu akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir selepas skuad Rusa berjaya menewaskan Terengganu 3-1 (aggregat 4-1) dalam satu lagi aksi Separuh Akhir di Kuala Terengganu.

Mohd Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan selepas penyerang pasukan pelawat itu menjaring hatrik untuk menjulang skuad GOMO KELATE GOMO ke perlawanan akhir yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 November depan.

Manakala Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 3-1 hasil jaringan Mohd Zaquan Adha pada minit kesembilan dan 17 serta gol sumbangan Hairudin Omar minit ke-45. Gol saguhati Terengganu pula dijaringkan oleh Khairul Izwan Khalid pada minit ke-34. Kejayaan melangkah ke final adalah yang ketiga bagi Negeri Sembilan sejak tahun 2000.

LAPORAN KHAS: KEGANASAN PENYOKONG PERLIS

1) penyokong Kelantan di kepung di luar stadium.
2) ada yang terpaksa menerima rawatan kerana luka di kepala.
3) di baling dengan batu, botol, telur busuk dan lain-lain benda yang merbahaya.
4) kenderaan penyokong Kelantan di bocorkan tayar dan dipecahkan cermin.
5) mengekori bas penyokong Kelantan dan membaling batu ke arah bas penyokong.
6) nombor plat kereta diambil untuk dibuat laporan kepada polis.
7) mercun di lemparkan ke arah penyokong Kelantan.
8) cermin bas rombongan dari Lembah Kelang pecah akibat terkena balingan batu.