MENGUMPUL BAHAN BUANGAN BAWA PULANGAN
Apakah persamaan antara segulung ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan perusahaan mengumpul akhbar-akhbar lama? Kedua-duanya boleh menjana wang untuk menyara kehidupan.
Seseorang individu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana mungkin kerana mahu menggandakan pendapatan sedia ada dengan bekerja di sektor awam atau swasta. Sementara itu, pengumpul bahan-bahan buangan lama juga berusaha saban hari untuk mengaut keuntungan daripada penjualan yang dilakukan.
Menyedari persamaan itu, Frankki Oh, seorang bekas graduan Universiti Birmingham, United Kingdom (UK) memilih untuk menjadi pengumpul dan penjual bahan-bahan lama. Lelaki berbangsa Cina yang kelulusan MBA itu juga sanggup melepaskan jawatannya sebagai pengurus pemasaran di salah sebuah firma di ibu kota lapan tahun lalu.
Alasannya, profesion mengumpul bahan buangan membawa pulangan yang lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji sebelum itu. Lelaki berusia 47 tahun itu dapat menghidu potensi industri berasaskan pengumpulan bahan buangan seperti kertas, besi dan lain-lain lagi. Walaupun item-item yang dikumpul itu adalah barangan lama, namun bak kata pepatah Inggeris, 'buah anggur yang lebih lama, lebih enak rasanya'. Justeru, Frankki percaya longgokan akhbar lama dan peralatan besi buruk mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.
Sebelum menceburi perniagaan itu, Frankki pernah mengharungi banyak pahit getir kehidupan. Dengan latar belakang keluarga yang serba miskin bersama tujuh orang adik-beradik, bapa Frankki hanya bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Namun, kesusahan itulah yang banyak mengajar lelaki itu erti kehidupan.
Menetap dengan berumah teres binaan kombinasi batu dan kayu miliknya dalam serba sederhana tanpa sebarang perabot mewah, sebaliknya dilengkapi dengan perkakasan rumah lama di Seri Kembangan. Sebuah van berjenama Ford warna putih yang diletakkan di hadapan rumah itu adalah satu-satunya sumber pengangkutan lelaki itu. Persekitaran rumah yang dipenuhi besi-besi lama itu jelas menunjukkan kehidupan Frankki yang serba sederhana.
Menurut lelaki yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur itu, walau segigih mana pun seseorang itu berkhidmat di mana-mana syarikat, akhirnya pada hujung bulan, mereka hanya menerima pulangan yang ditetapkan. Cuma, mereka mungkin dapat menikmati sedikit tambahan wang kerana bekerja lebih masa.
"Setelah melihat lumrah dunia pekerjaan yang gagal memberi peluang untuk memperoleh keuntungan 100 peratus dan permainan politik dalaman pihak pengurusan yang banyak mempengaruhi hidup saya, maka saya memutuskan untuk memulakan perniagaan sendiri. Dalam kesibukan bekerja di bahagian pemasaran, saya masih melakukan kerja sambilan seperti mengedar makanan yang diproses ke pasar-pasar di kawasan berhampiran. Antaranya mi, rempah ratus, jem buah-buahan, minuman tin, daging yang diproses, jeruk dan sebagainya," jelas Frankki. Bagaimanapun, lokasi edaran yang lemah dan dominasi peniaga lain menyebabkan kerja-kerja tersebut tidak dapat diteruskan. Dengan semangat yang masih membara, Frankki mencari peluang perniagaan lain sementara beliau masih bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat swasta.
Pada April 2001, secara kebetulan Frankki berjumpa beberapa orang rakan lama. Pertemuan mereka lebih banyak menjurus kepada alam persekitaran, promosi kerajaan mengenai bahan kitar semula dan para pengumpul bahan buangan lama. Tiga daripada rakan-rakan Frankki memang sudah lama menceburi bidang perniagaan mengumpul bahan-bahan buangan lama dan kitar semula.
Pada peringkat awal, Frankki berasa ragu untuk berkongsi pengalaman masing-masing mengenai perniagaan itu. Lama-kelamaan, topik perbualan semakin hangat dan seorang demi seorang mula membongkar rahsia cara-cara mengumpul, tempat jualan dan menceritakan keuntungan yang diperoleh daripada bahan-bahan tersebut. Hasil perkongsian idea itu memberi inspirasi kepada Frankki dan beliau mendapat idea baru untuk memulakan perniagaan sendiri.
Anak keempat daripada tujuh orang adik beradik itu berkata, rakan-rakannya turut berkongsi keghairahan terhadap perniagaan itu. Mereka banyak membantu mengajar Frankki mengenai perkara-perkara asas untuk memulakan perniagaan. Misalnya, cara mengumpul bahan-bahan buangan, perolehan pendapatan dan proses menukar bahan tersebut untuk mendapatkan pulangan tunai.
"Dengan modal kira-kira RM4,000, saya memulakan proses mengumpul bahan-bahan lama seperti bateri, pintu besi, buku-buku terpakai, mesin basuh, ampaian kain, basikal, kipas dan sebagainya. Kerja-kerja rondaan untuk mendapatkan bahan dimulakan seawal pukul 9 pagi hingga 2 petang. Setelah itu, rondaan kali kedua diteruskan sekitar pukul 5 petang hingga 7 malam. Selain mengumpul dari sekitar kawasan Seri Kembangan dan Kuala Lumpur, saya berjalan sehingga ke Seremban dan Kajang untuk mengumpul bahan-bahan tersebut. Pada hari pertama perniagaan, saya berjaya memperoleh kira-kira RM150 melalui penjualan bahan tersebut. Di situlah, saya menyedari kelebihan perniagaan ini dan bertekad untuk meneruskannya. Oleh kerana, perniagaan ini melibatkan urusan jualan tunai, maka para pengumpul jarang menanggung kerugian dan apa yang dikumpul dapat dijual pada hari itu juga," katanya yang kini dapat menjana pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap bulan.
Menurut Frankki , pada peringkat awal, keluarga terutama bapanya kecil hati dan bimbang dengan keputusannya untuk menjalankan perniagaan seperti itu. Namun, seiring dengan peredaran masa dan kesungguhannya dalam mencari wang, ia berjaya mengubah persepsi bapanya. Bahkan bapanya pernah berkata: "Jadilah hero dalam apa juga perkara yang dilakukan." Kata-kata semangat dan kepercayaan bapanya itulah yang mendorong Frankki untuk mengembangkan perniagaan tersebut.
Walaupun Frankki belum memiliki sebuah kilang ataupun firma besar seperti pengumpul yang lain, fokus utamanya adalah bekerja tanpa kongkongan. Katanya, dia kini bebas melakukan apa juga tanpa sekatan daripada mana-mana pihak majikan. Lelaki berzodiak Leo itu memberitahu, pekerjaan mengumpul bahan lama juga secara tidak langsung menanam sikap memelihara alam sekitar. Sebagai tanda menyokong seruan kerajaan, biasanya dia menggunakan kertas-kertas lama yang dikumpul untuk pelbagai urusan harian.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.