WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

TESCO MALAYSIA JANGKA BINA CAWANGAN LAGI

Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia) dijangka menerapkan konsep pasar raya mesra alam yang kurang menggunakan tenaga untuk pasar raya barunya pada masa depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Hobbs berkata, setakat ini pihaknya telah membuka 11 buah pasar raya yang cekap penggunaan tenaga.

Beg mesra alam yang fabriknya dihasilkan daripada botol plastik yang dikitar semula itu direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim. Beg tersebut dijual pada harga RM4.99 dan Tesco Malaysia akan menyumbang sebanyak 50 sen kepada program 'GREENaid' dalam usahanya menyokong program pemuliharaan dan aktiviti pendidikan alam sekitar di Malaysia untuk setiap beg yang dijual.

Menurut Hobbs, pasar raya Tesco di Mergong, Kedah yang dibuka pada tahun lalu dengan pelaburan sebanyak RM2.2 juta menjadi perintis kepada inisiatif tenaga itu. Tambah beliau, Tesco Malaysia percaya syarikat perlu memainkan peranan dengan memberi insentif kepada pelanggan untuk menggunakan kaedah mesra alam dan mewujudkan kaedah yang lebih murah untuk melakukan sesuatu yang mesra alam

Jelas beliau, pihaknya telah berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan dan pelanggan untuk mengurangkan penggunaan beg yang kemudiannya dibuang. Sementara itu, Rizalman berkata, beliau bekerjasama dengan Tesco Malaysia bagi menghasilkan beg mesra alam itu sebagai sumbangannya kepada masyarakat untuk memulihara alam sekitar.

"Pada kebiasaannya, orang ramai berpendapat (rekaan) Rizalman adalah untuk golongan atasan tetapi dengan melakukannya (mereka beg mesra alam), mereka (orang ramai) kini boleh memiliki (rekaan) Rizalman pada harga yang murah," ujarnya.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.