KOMPLEKS PENDARATAN IKAN TOK BALI
Kompleks pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, akan berperanan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi dan mengubah wajah bandar baru nelayan di pesisir pantai apabila ia mula beroperasi awal tahun depan. Projek mega yang dibangunkan dan dirancang di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) itu akan menjadikannya sebuah bandar baru yang termoden di wilayah ini.
Lengkap dengan pelbagai kemudahan terutama ruang pendaratan, kemudahan dermaga, pusat pemprosesan berasaskan ikan, pusat jualan, bekalan subsidi minyak diesel atau petrol dan pejabat pentadbiran, kompleks berkenaan akan mengubah taraf hidup nelayan yang kini masih berada dalam belenggu kemiskinan.
Malah ia merupakan pemangkin dan pelengkap kepada proses pembangunan bandar baru itu yang kini membangun agak perlahan tidak seiring dengan pembangunan pesat di negeri jiran terutama Terengganu dan Pahang. Timbalan Ketua Pengarah LKIM, Mohad Khazin Hamzah berkata, pada mulanya kompleks itu akan beroperasi selepas menyambut Aidilfitri yang lepas tetapi terpaksa ditunda selewat-lewatnya awal tahun depan atas sebab masalah teknikal.
”Ini terutama masalah pendawaian elektrik yang belum selesai dilaksanakan oleh kontraktor,” katanya.
Kompleks berharga lebih RM80 juta yang dibina mengandungi beberapa fasa itu terletak di kawasan strategik kira-kira satu kilometer dari Laut China Selatan dengan menyusuri Terusan Semerak, yang mula dibina sejak lima tahun lepas dengan membabitkan kawasan seluas lebih 40 hektar.
Mohad berkata, kompleks itu dijangka dilanggani lebih 1,000 orang sehari yang terdiri pemborong ikan dari seluruh negeri Kelantan dan sebahagian Terengganu untuk mendapatkan harga yang berpatutan selain ikan yang lebih segar. Beliau berkata, ia sangat berpotensi dan dapat mengatasi kompleks-kompleks LKIM di Kuantan dan Terengganu berasaskan kepada beberapa kelebihan terutama berupaya mendaratkan ikan dengan jumlah yang berskala besar.
Terdapat antara 300 dan 400 buah bot laut dalam tidak termasuk bot nelayan pantai yang kini mendarat di merata tempat akan diwajibkan mendarat di situ sebaik ia beroperasi.
Mohad berkata, selain itu ia beroperasi di kawasan yang lebih menarik dengan membabitkan kawasan lebih 40 hektar berbanding 10 hektar di Kuantan. Pihaknya juga menyediakan 15 tapak untuk menempatkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah ECER bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.
“Kompleks berkenaan akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada nelayan miskin di mana penempatan mereka menerusi projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) dengan kos RM27 juta dijangka siap dibina tidak lama lagi,” katanya.
Selain itu katanya, pembangunan kompleks tersebut lebih terserlah apabila jalan baru dari Alor Pasir ke kompleks itu sejauh 10 kilometer siap dibina pada tahun depan selepas beberapa kali pembinaannya tergendala disebabkan masalah kontraktor gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Jalan berkenaan yang berharga lebih RM60 juta yang merintangi Sungai Semerak akan memberi kemudahan kepada penduduk di Jajahan Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah termasuk Jeli apabila ia dapat memendekkan perjalanan hampir lima kilometer berbanding jalan sekarang dari Tebing Tinggi ke Tok Bali,” katanya.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.