WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

PERHATIAN KEPADA NUFFNANGER

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.

Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:

- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,

Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd






PENGASAS PONDOK KEROH KE RAHMATULLAH

Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi (30 September 2010) selepas mengalami sesak nafas.

Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh telah mendirikan pusat pengajian pondoknya pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak. Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.

Beliau di lahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.

Kemudian Pak Teh meneruskan pengajiannya ke Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh (Madrasah Ad-Diniah Bakriah), Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967. Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa. Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.

Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nizomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para rasul dan nabi, syuhada dan solihin di atas kegigihannya memperjuangkan agama Allah.





MAHER ZAIN [BARAKA ALLAHU LAKUMA






HABIB JEWELS BUKA HOTEL DI KELANTAN

Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) yang terkenal sebagai pengeluar, pemborong dan peruncit barang-barang kemas di negara ini mengembangkan sayap perniagaannya dengan menceburi sektor perhotelan. Hotel pertama syarikat yang terletak di Jalan Maju itu yang memiliki 32 bilik telah mula beroperasi di bandar Kota Bharu.

Habib Jewels memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk pelaburannya dalam bidang perhotelan kerana yakin dengan perkembangan ekonomi yang pesat di negeri berkenaan.

Pengurus Besar Habib Jewels Holding, Abdul Razak Abdul Kader, berkata setelah setahun pihaknya membuat kajian berhubung perkara itu, akhirnya bulan Ogos lalu, hotel yang bercirikan ‘butik’ itu beroperasi di Kelantan.

Bagaimanapun, ianya akan dibuka secara rasmi pada 14 Oktober 2010 ini di mana satu majlis perasmian akan diadakan. Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi peluang ekonomi di Kelantan akan bertambah maju pada masa akan datang.

“Kerana itu kami sebagai orang bisnes sanggup melabur di negeri Kelantan dalam aset yang lain pula. Bangunan ini telah dibeli daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sejak tiga tahun lalu kerana kami yakin ia berpotensi. Kami telah membelanjakan sebanyak RM8 juta untuk membeli dan menaiktaraf bangunan tersebut untuk dijadikan hotel dan juga untuk cawangan baru Habib Jewels,” katanya.

Tambahnya, pada masa yang sama ianya juga bakal memberi peluang pekerjaan pada masyarakat Kelantan apabila sebahagian besar pekerja di hotel tersebut termasuk ‘show room’ Habib Jewels dan kilang terdiri dari masyarakat Kelantan.

Sambung Razak lagi, sambutan orang ramai terhadap hotelnya hampir memenuhi sasaran sebagaimana yang dijangkakan walaupun baru sebulan dibuka. Ini kerana, katanya lebih 50 peratus pengunjung telah mendiami hotel tersebut yang terdiri dari ahli perniagaan, kakitangan kerajaan Persekutuan dan pelancong tempatan.

Hotel Habib menawarkan dua pilihan kepada pelanggannya iaitu Superior dengan harga RM130 dan Deluxe RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 32 bilik. Kedudukannya yang begitu strategik di tengah bandar Kota Bharu di jangka akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa akan datang.





ADUN GALAS MENINGGAL DUNIA

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Galas, Che Hashim, Sulaima 48, telah meninggal dunia pada pukul 4.35 petang semalam (27 September 2010). Beliau yang menghidap kanser paru-paru telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di hadapan dua isterinya, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 anaknya yang berusia antara 19 tahun hingga enam bulan.

Jenazah Allahyarham di mandi dan di kafankan di Masjid Jamek Kampung Baru, sebelum di sembahyangkan yang diimamkan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Jenazah kemudiannya di bawa menaiki van ke Masjid Tunku Faiz, Gua Musang, Kelantan kira-kira jam 6.45 petang untuk disembahyangkan sekali lagi, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting /
Kampung Kuala Betis, Gua Musang lewat malam tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.

Ketika ditemui isteri pertama Allahyarham, Che Bongsu, 48, berkata beliau reda dengan kematian suaminya itu dan berpuas hati kerana dapat menjaga suaminya dengan baik sepanjang arwah sakit sejak setahun lalu. Beliau yang kelihatan tenang, berkata suaminya kelihatan tidak sihat dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak enam hari lalu.

“Suami pesan suruh jaga anak baik-baik dengan memberi pelajaran sempurna dan minta anak-anak belajar rajin,” katanya yang ditemani anak bongsunya, Ahmad Najhan, 10.

Nasharuddin menyifatkan pemergian Allahyarham suatu kehilangan yang besar kepada parti dan seluruh jawatankuasa Pas Pusat merakam ucapan takziah kepada keluarga arwah. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud, berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secepat mungkin sama ada hari ini atau esok selepas menerima sijil kematian.

Pada Pilihan Umum 2008, Che Hashim memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi selepas menewaskan penyandang dari Barisan Nasional, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN yang mendapat 3,753 undi. Galas adalah DUN yang terletak dalam Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sebelas pilihan raya kecil sebelum ini ialah Parlimen Permatang Pauh yang diadakan pada 26 Ogos 2008, Parlimen Kuala Terengganu (Januari 2009), Parlimen Bukit Gantang (April 2009), DUN Bukit Selambau (April 2009), Batang Air (April 2009), Penanti (Mei 2009), Manek Urai (Julai 2009), Permatang Pasir (Ogos 2009), DUN Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010) dan Parlimen Sibu (16 Mei 2010).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik saja menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi itu.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun dari tarikh pilihan raya umum yang lalu. Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya.

Semetara itu, Polis Kelantan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya.

Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti terbabit dalam suasana aman dan harmoni.

Dalam pada itu,
Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti. Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.






CROSSFIRE [ANTARA KITA]






MALAYSIA CAREER AND TRAINING FAIR 2010

Date: 8 - 10 Oktober 2010
Time : 10 AM – 7 PM
Location: Mid Valley Exhibition Centre

The MCTF’10 (Malaysia Career & Training Fair 2010) is back in October featuring 100 over companies from various industries - companies looking for talented, enthusiastic, and bright people like you. Meet them face-to-face at the fair, speak to them, and impress them. Don’t miss this chance to showcase your resume and attract both local and international top companies from this career fair.

1.Philip Morris (M) Sdn Bhd (Silver Sponsor)
2.RBC Dexia I.S (M) Sdn Bhd (Silver Sponsor)
3.ING Insurance Berhad (Silver Sponsor)
4.Honeywell Engineering Sdn Bhd
5.AEON Co. (M) Bhd.
6.Robert Bosch Sdn Bhd
7.Q-Cells Malaysia Sdn Bhd
8.Top Glove Group of Companies
9.Exact Asia Development Centre Sdn Bhd
10.SCG Industries Malaysia Sdn Bhd
11.Tele Dynamics Sdn bhd
12.IRIS Corporation Bhd
13.Masterskill Education Group Berhad
14.INTEL Technology Sdn Bhd
15.Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd
16.Hewlett-Parkard (M) Sdn Bhd
17.Wong Kian Meng Agency Sdn Bhd
18.Steelcase Office Solution
19.Certis CISCO Security Pte Ltd
20.Materialise Software Sdn Bhd
21.Walton International Property Group (M) Sdn Bhd
22.Maxis Mobile Sdn Bhd
23.Unisem (M) Berhad
24.Contact Singapore (Sembcorp Marine Ltd)
25.Contact Singapore (Xilink Asia Pacific Pte Ltd)
26.Contact Singapore
27.STS Wealth Management Sdn Bhd
28.Renesas Semiconductor KL Sdn Bhd
29.Contact Singapore (Globalfoundries)
30.AWC Berhad
31.Revertex (Malaysia) Sdn Bhd
32.Price Solutions Sdn Bhd
33.Sigma Elevator (M) Sdn Bhd
34.Western Digital (Malaysia) Sdn Bhd
35.Fisher Scientific (M) Sdn Bhd
36.Hong Leong Assurance Berhad
37.Sushi King Sdn Bhd
38.UTS Marketing Solution Sdn Bhd
39.Jotun (M) Sdn Bhd
40.Parkson Corporation Sdn Bhd
41.Sunrise Berhad
42.RHB Banking Group
43.Public Bank Berhad
44.MCIS ZURICH Insurance Berhad
45.KFC Holdings (M) Berhad
46.Taylor's Education Sdn Bhd
47.Frencken Mechatronics (M) Sdn Bhd
48.Marcus Evans (M) Sdn Bhd
49.KFC Holdings (M) Berhad
50.LB Aluminium Berhad
51.CKL Holdings Sdn Bhd
52.Tan Chong Group
53.Genting Group
54.Super Group (SG Puchong Agency)
55.Reliance Pacific Berhad
56.O.Y.L. Manufacturing Company Sdn Bhd
57.Silverlake System Sdn Bhd
58.Cyber Village Sdn Bhd
59.Scope International (M) Sdn Bhd
60.Kum Hoi Engineering Industries Sdn Bhd
61.HSBC Electronic Data Processing (M) Sdn Bhd
62.EON Bank Group
63.United Overseas Bank (M) Berhad
64.Lyreco Office Supplies (M) Sdn Bhd
65.Sportathlon (M) Sdn Bhd
66.American Express (M) Sdn Bhd
67.Revenue Valley Sdn Bhd
68.DNP Clothing Sdn Bhd
69.Freescale Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
70.Dunham-Bush Industries Sdn Bhd
71.Customware Malaysia Sdn Bhd
72.Honda Malaysia Sdn Bhd
73.BAT ASPAC Service Centre Sdn Bhd
74.Manulife Technology & Services Sdn Bhd
75.Perodua Sales Sdn Bhd
76.NXP Semiconductors Malaysia Sdn Bhd
77.Prudential Assurance Malaysia Berhad
(Doreen Koh Agency)
78.Dell Global Business Center Sdn Bhd
79.And Many More





BIODATA RASULULLAH SAW

Nama penuh:
Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa:

'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu:

Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk:

Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun.

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah R.A
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah R.A
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian R.A
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin' - Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, Baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila Baginda telah agak dewasa, Baginda telah mula menjalankan perdagangan Baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana Baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan Beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika Baginda berusia dua puluh lima tahun, Baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, Baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, Baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin:
Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35 tahun:
Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
Wahyu pertama di terima Rasulullah pada hari Isnin, 17 Ramadhan (6 Ogos 610 M)
Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
Wahyu tersebut diterima Baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
Wahyu kedua ini menandakan pelantikan Baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat Nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu Nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri Nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)





KULIAH YB DR USTAZ FADHLI DATO' HAJI HASSAN






BILL GATES ORANG TERKAYA AMERIKA SYARIKAT

Pengasas firma Microsoft, Bill Gates kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).

Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin (23 September 2010) menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu (2009).

Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu (2009).

Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).

Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).

Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion).





ISMAIL BAJU JARANG KE RAHMATULLAH

Ismail Baju Jarang merupakan seorang penggiat dikir barat Kelantan yang terkenal, telah kembali ke rahmatullah pada pagi kelmarin (23 September 2010) kerana sakit darah tinggi. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di letakkan bersama orang-orang yang beriman. Jasa beliau dalam seni dikir barat amatlah di hargai.








FENDI KENALI [KELATE KITO]






SAINTIS AMERIKA BUKTIKAN NABI MUSA BELAH LAUT

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.





GUEST [KU KENAL SIAPA PILIHAN MU]






TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA [SULTAN MUHAMMAD KE LIMA]

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-V untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 yang lalu.

"Baginda telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media untuk mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya.

Firman Allah, mafhumnya: Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah: Ayat 42)

Firman Allah lagi, mafhumnya: Dan katakanlah, “Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik), sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. (Surah Al-Israk: Ayat 81)

InsyaAllah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V akan berusaha sedaya-upaya Baginda untuk melaksanakan amanah memerintah negeri Kelantan Darul Naim sebaik mungkin di antara lainnya dengan berdasarkan kepada panduan-panduan berikut:

1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

2. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan munkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. (Surah An-Nahli: Ayat 90)

3. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah Al-Hujurat: Ayat 9)

4. Ya Allah, barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia membuat kesengsaraan kepada mereka maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia menunjukkan kasih sayang kepada mereka, baik ucapan ataupun perbuatannya, maka kasih sayangilah orang itu. (Riwayat Muslim)

5. Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu ialah orang-orang yang kamu mencintai mereka dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci kamu, juga yang kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu. (Riwayat Muslim)

6. Barangsiapa yang diserahi oleh Allah akan sesuatu kekuasaan dari beberapa urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian orang itu menutup diri (tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakiran orang-orang yang di bawah kekuasaannya maka Allah juga akan menutup diri (yakni tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakirannya sendiri pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)





JANGAN CELUPAR MULUT TERHADAP ANAK

Doa ibu bapa kepada anak-anak adalah mustajab dan cepat diterima oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, janganlah di ucapkan kata-kata yang kurang enak dan tidak baik kepada anak-anak yang nakal atau cerdas, kerana tersebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang kena zalim atau kena aniaya ke atas orang yang menzaliminya, doa orang yang sedang belayar dan doa ibu bapa ke atas anaknya." (Hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kanak-kanak yang nakal atau cerdas menunjukkan ia cerdik dan pandai. Mereka akan sentiasa bergerak, dan ada sahaja perkara yang hendak dibuatnya. Mereka tidak ingin duduk diam. Kelakuan ini adalah sifat semula jadi kanak-kanak. Karenah seperti ini kadang-kadang menimbulkan rasa tidak menyenangkan kepada setengah ibu bapa. Bagi ibu bapa yang kurang kesabaran, mereka akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik seperti menyumpah seranah dan lain-lain perkataan yang boleh membawa akibat yang tidak baik ke atas anak mereka.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah melayani anak-anak mereka dengan penuh sabar dan sifat kasih sayang, sebab di tangan ibu bapalah yang akan mencorakkan warna-warni kehidupan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa tentulah berharap anak-anak mereka akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara pada masa yang akan datang. Bahagia anak-anak ada di tangan ibu bapa, demikian juga sebaliknya. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW:

"Tidak ada seorang kanak-kanak yang dilahirkan melainkan dalam keadaan suci (fitrah), maka kedua ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah SWT memerintahkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak mereka daripada terjerumus ke jurang api neraka. Dalam hubungan ini, tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik, mengajar dan membimbing mereka dengan tunjuk ajar, nasihat, adab sopan, pelajaran agama, mengerjakan ibadat sembahyang dan lain-lain ibadat wajib, cara berpakaian dan sebagainya dari sejak mereka kecil lagi. Firman Allah: Tafsirnya:

"Hai mereka yang beriman, ambil perlindungan diri kamu dan ahli-ahli kamu, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu daripada api neraka dengan berbuat taat kepada Allah dan beramal dengan hukum-hakam Allah." (Surah at-Tahrim:6)

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang sahih daripada sahabat Jabir RA telah berkata : "Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Jangan kamu doakan (menyumpah seranah) di atas diri kamu, jangan kamu menyeranah di atas anak-anak kamu, jangan kamu menyeranah di atas pakaian kamu, jangan kamu menyeranah di atas pekerjaan kamu, jangan kamu menyeranah di atas harta-harta kamu, jangan kamu berjumpa suatu saat yang diterima doa kamu dengan seranah kamu itu, maka Allah akan menerimanya daripada kamu, yakni ada saat-saat dan waktu yang sangat dilulus permintaan dan doa seseorang itu. Oleh takutilah kamu akan saat yang baik jadi tempat diterima doa jahat dan seranah kamu itu." (Sahih Muslim)

Di dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Sunni, daripada sahabat Huzaifah Radhiallahu Anhuma telah berkata:

"Saya mengadu kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan jahat mulut saya," sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Di mana kamu daripada mengucap istighfar, yakni jangan jauh daripada istighfar, bahawa demi saya (Rasulullah SAW) yang mengucapkan yakni mohon ampun daripada Azzawajalla tiap-tiap hari 100 kali."

Di dalam kitab Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah daripada sahabat Ibnu Abbas RA telah berkata: 'Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa selalu mengucap Istighfar nescaya Allah lepaskan dia daripada segala kesusahan dan daripada segala masalah dan daripada segala perkara berbangkit yang menyusahkan, dan Allah lepaskan dia daripada segala sedih dan bimbang dan Allah murahkan rezekinya dan diberi rezeki daripada pihak yang tidak disangka."

Oleh yang demikian, khusus kepada ibu bapa atau siapa saja yang celupar mulutnya hendaklah memperbanyak ucapan istighfar setiap hari supaya terhindar daripada ucapan-ucapan yang tidak baik kepada anak atau orang lain.

MALAYSIA CUP [KELANTAN 3-3 KL PLUS]

Gol-gol Kelantan di sumbangkan oleh Indra Putra Mahayuddin (minit ke-35 dan 60) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (minit ke-64), manakala tiga gol KL Plus di jaringkan oleh Azi Shahril (minit ke-52), Rusydee Samsudin (minit ke-90) dan Mohd Zaidi Ahmad (minit ke-91)



KHASIAT UBI GADUNG

Berdasarkan kajian saintifik, terdapat kandungan steroid yang tinggi dalam ubi ini berbentuk gula iaitu saponin. Steroid merupakan sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormon manakala saponin juga bersifat antiagresif platlet iaitu boleh menghalang pengetulan (agresif) platlet di dalam darah.

Justeru, secara tidak langsung saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis.

Selain itu, negara-negara lain turut menanam ubi gadung untuk tujuan komersial kerana ekstrak ubi ini dipercayai boleh diproses menjadi pil pencegah kehamilan, hormon seks dan bahan kortison di samping dikatakan boleh membunuh siput perosak.

Di Mexico, ubi ini ditanam secara komersial untuk tujuan penghasilan steroid manakala di Kashmir pula ubi gadung digunakan untuk membasuh bulu biri-biri sebelum dijadikan pakaian atau barangan perhiasan bagi membunuh kutu dan serangga. Pun begitu, disebabkan kesukaran membuang racun yang terdapat pada ubi berkenaan menyebabkan ubi gadung kurang dikomersialkan berbanding ubi kayu dan ubi keledek.

Bagaimanapun, cabaran tersebut disahut oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu bagi mengkomersialkan ubi tersebut sebagai makanan ruji masyarakat di negara ini. Penyelidikan bakal melibatkan 10 projek utama yang diterajui oleh 20 penyelidik terdiri daripada pensyarah, pelajar pasca siswazah dan pegawai sains dari universiti terbabit.

Kajian meliputi penyelidikan agronomi, etnobotani, morfologi, anatomi, taksonomi, germplasm, pembiakbakaan, penyaringan fitokimia, pencarian kimia seni, biopesticde, teknologi in-vitro, sifat antibakteria dan antiinflamasi, pengendalian lepas tuai, kejenteraan dan pengkomersialan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA, Prof. Dr. Abd. Manaf Ali, bagi tujuan peringkat awal ini, pihaknya memulakan kajian terhadap bidang agronomi iaitu kaedah penghasilan tanaman ubi gadung secara produktif.

Katanya, selain itu, kajian turut ditumpukan dalam penyelidikan racun serangga kerana ubi berkenaan mempunyai ciri-ciri biopesticide yang baik iaitu berpotensi besar dalam menghasilkan racun serangga selain kegunaan untuk sumber makanan dan farmaseutikal.

"Mengikut kebiasaannya, ubi ini perlu direndam selama tiga hari dalam air yang mengalir iaitu seperti air sungai yang mana ia mengambil masa terlalu lama.Oleh itu, kita akan mengkaji secara mendalam tentang kaedah yang lebih baik menggunakan teknologi moden seperti membuat kajian untuk sekilogram ubi itu perlu melibatkan berapa banyak air dan berapa banyak toksin daripada ubi itu dapat dinyahkan. Selain itu, kita juga dalam usaha untuk menghasilkan tanaman ini dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja melalui program penambahbaik benih dan kaedah penanaman sistematik," katanya.

HUJAN + MIRWANA [TIKA MASANYA]

MALAYSIA CUP [PKNS FC 0-1 KELANTAN]

Kelantan selaku Naib Juara Piala Malaysia dan Piala FA 2009, kembali mencerahkan peluang ke suku akhir dengan melonjak ke tangga kedua Kumpulan A setelah menghampakan tuan rumah, Selangor PKNS 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua di Stadium Petaling Jaya, malam tadi (17 September 2010).

Dalam pada itu, Kelantan patut berbangga di atas ketangkasan penjaga gol, Syed Adney yang telah menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada di bolosi kerana telah menyelamatkan sepakan penalti. Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah kerana mendakwa S Subramaniam menahan bola dengan tangan ketika perlawanan hampir di tamatkan.

M RAJOLI KE RAHMATULLAH

Pelakon dan pelawak, Haji Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Bin Mohamed Zain atau lebih di kenali dengan nama M Rajoli (64 tahun), telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi (17 September 2010) akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit Barah Kelenjar Otak. Akibat kesan dari penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota. M. Rajoli yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat Kuala Lumpur, di masukkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis. Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang alim dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff (23 tahun).

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Hajah Wan Chik dan lapan orang anak. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha (34 tahun), Nur Muhammad (33 tahun), Siti Nazirah (27 tahun), dan Mohd. Ariff (23 tahun).

Biodata M Rajoli

Nama Penuh : Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin
Tarikh Lahir : 7 April 1945
Tempat Lahir : Pasir Mas, Kelantan
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pelukis

M RAJOLI [BACAAN TALKIN]



ANTARA LAKONAN M RAJOLI


ZAIDI BULUH PERINDU & ROSALINDA [ADUH SUKA]

FITNAH AKHBAR TEMPATAN TERHADAP INSTITUSI DIRAJA KELANTAN

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010, satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Sukri Mohamed ke atas akhbar Kosmo! di atas laporan (tentang sidang akhbar Dato’ Sukri Mohamed di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010) bertajuk “Gelaran Ayah Bonda Di Tarik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010.

Kandungan laporan akhbar Kosmo! yang dipertikaikan adalah:

1. “Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.”

2. “Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.”

3. “Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”

Tujuan laporan polis ini dibuat adalah kerana laporan akhbar Kosmo! ini menggambarkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, telah bertindak zalim ke atas ayahanda dan bonda Baginda dengan menarik balik gelaran ‘Tuanku’ dan gelaran ‘Tengku’ daripada ayahanda dan bonda Baginda hanya sehari selepas Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan sedangkan pada hakikat sebenarnya Baginda tidak pernah berbuat demikian manakala Dato’ Sukri Mohamed pula tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan demikian atau perkataan-perkataan yang membawa maksud demikian di dalam sidang akhbar tersebut.

Laporan akhbar Kosmo! ini telah membuat satu tuduhan yang amat berat kepada kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan dan Dato’ Sukri Mohamed serta merupakan satu fitnah yang sengaja diada-adakan di mana perbuatan memfitnah adalah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Siasatan ke atas laporan ini sedang dibuat oleh pihak polis.

Selain membuat laporan polis ini, Dato’ Sukri Mohamed juga telah membuat satu permintaan bertulis kepada akhbar Kosmo! supaya mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu. Permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis ini diminta dibuat di dalam akhbar itu di dalam masa 24 jam dari tempoh penghantaran notis itu.

Permintaan bertulis yang sama telah turut dibuat ke atas akhbar Sinar Harian di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ ditarik balik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Sinar Harian yang dipertikaikan adalah:

1. “Gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ yang dikurniakan kepada Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan ditarik balik berikutan pemasyhuran anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan kelmarin.”

2. “Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, penarikan balik gelaran itu dilakukan kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”

Permintaan bertulis yang sama juga telah dibuat ke atas akhbar Utusan Malaysia di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ Sultan Ismail dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan gugur” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Utusan Malaysia yang dipertikaikan adalah:

1. “Gelaran ‘Tuanku’ yang dipakai bekas Sultan Kelantan dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini gugur secara automatik berikutan pemasyhuran anakanda sulung baginda berdua, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kelmarin.”

2. “Ketika menjelaskan perkara tersebut, jurucakap Istana Kelantan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ hanya diberikan kepada Sultan yang memerintah serta permaisuri baginda sahaja.”

Salah satu dari tiga akhbar ini, iaitu akhbar Sinar Harian, telah mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu pada 16 September 2010.

Akhbar-akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia pula telah gagal mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu dan kini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dato’ Sukri Mohamed.

KAJOL & ABE ROHIM [LAWA PERASENYO LAWA]

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke tarikh yang lain iaitu 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ianya disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Sebelum ini ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia tetapi mulai tahun 2010, Hari Malaysia telah diishytiharkan sebagai cuti umum untuk semua negeri di Malaysia.

Rakyat digesa menjadikan sambutan Hari Malaysia sebagai wadah untuk mengukuh dan meningkatkan rasa cinta kepada negara bertuah ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bukan sahaja akan menjamin kesatuan dan penyatuan sedia ada di negara ini, tetapi membolehkan kejayaan yang dibina sejak 47 tahun lalu dipertahankan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Dengan ini kita akan dapat memastikan apa yang bersambung tidak akan putus dan tidak akan membiarkan fahaman ekstremis dan fanatik untuk merungkai segala yang telah dikecapi hari ini. Jika 31 Ogos tarikh merdeka, 16 September adalah tarikh penyatuan dan kesatuan kita untuk menjadi sebuah negara lebih besar,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Hari Malaysia yang disambut hari ini tidak seharusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat apabila negara ini mempunyai dua tarikh keramat. Beliau menjelaskan, kedua-dua tarikh keramat itu iaitu pada 31 Ogos dan 16 September membawa makna yang amat besar, mendalam dan amat signifikan kepada negara ini.

Najib berkata, sejak disatukan di bawah Malaysia, Sabah, Sarawak dan Semenanjung telah melalui pelbagai cabaran getir termasuk tuntutan Filipina terhadap Sabah dan Ganyang Malaysia yang dilancarkan Indonesia. Katanya, semua cabaran itu berjaya dilalui dan pada hari ini kerajaan sedang berusaha untuk memastikan rakyat di Sabah dan Sarawak mengecapi nikmat pembangunan seperti di Semenanjung.

Beliau menjelaskan, kerajaan serius dalam menjayakan agenda itu seperti disaksikan dalam pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menyaksikan Sabah menerima peruntukan sebanyak RM6.1 bilion sehingga 2012 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan.

‘‘Agenda itu akan jadi kenyataan tidak lama lagi jika rakyat Sabah dan Sarawak terus memilih Kerajaan Pusat dan negeri yang komited kepada membela nasib rakyat,” katanya.

Sambutan Hari Malaysia diharap dapat mempercepatkan proses integrasi sosial dan psikologi rakyat berbilang kaum dan wilayah di negara ini demi mencapai cita-cita menjadi sebuah negara maju yang stabil, aman dan bersatu-padu menjelang 2020.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, rakyat yang cintakan negara tidak sepatutnya membenarkan sentimen kewilayahan membantutkan usaha meningkatkan integrasi nasional dan melonjakkan kemajuan negara.

Menurutnya, pembangunan dan kemajuan yang dikecapi hari ini adalah hasil perpaduan dan kerjasama yang dijalin sebagai warga Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum dan sempadan wilayah sejak sekian lama.

''Hindarilah jerat permusuhan yang sengaja dipasang oleh pihak-pihak tertentu dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan kewilayahan yang melampau semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka. Dengan semangat jitu 1Malaysia, ayuh kita bina sebuah negara Malaysia yang bersatu, aman dan makmur secara bersama. Marilah kita mengambil kesempatan pada hari yang bersejarah ini untuk memperbaharui tekad mewujudkan sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu-padu dengan mengeratkan silaturahim di antara kita. Berlandaskan prinsip Negara Persekutuan, negeri-negeri yang membentuk Malaysia mendapat jaminan hak untuk mengecap nikmat pembangunan dan kemakmuran secara adil dan pada masa sama memikul tanggungjawab serta amanah untuk sentiasa memelihara keutuhan negara dan kesepaduan warganya,'' katanya.

Tambah Muhyiddin, para pemimpin negara menubuhkan Malaysia 47 tahun yang lalu dengan satu hasrat dan tekad untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan wilayah serta memajukan negara secara bersama.

Menurutnya, masyarakat di negara ini harus bersyukur kerana sepanjang lebih empat dekad Malaysia muncul sebagai negara membangun yang paling berjaya di dunia.

''Berkat kerjasama erat seluruh rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama dan wilayah, Malaysia telah mengorak langkah sebagai negara yang bersatu, aman dan makmur. Negeri-negeri yang dahulunya mundur dan terpinggir daripada arus kemajuan telah mendapat limpahan nikmat pembangunan infrastruktur, pendidikan dan ekonomi yang bukan sedikit. Tidak dinafikan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama telah banyak mengharumkan nama negara di serata dunia, namun banyak lagi yang boleh dilakukan untuk terus memacu kejayaan Malaysia,'' ujarnya.

Beliau seterusnya mengajak rakyat merenung semula pengorbanan pemimpin terdahulu menyatukan seluruh warga Malaysia dan memajukan negara sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan.

NIGHTMARE OF YOU [I WANT TO BE BURIED IN YOUR BACKYARD]

INDUSTRI RUMPAI LAUT

Institut Penyelidikan Rumpai Laut Negara bakal ditubuhkan tahun depan (2011) bagi mengukuhkan pembangunan industri rumpai laut negara agar dapat bersaing di peringkat negara serantau.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, bagi tujuan itu kementerian akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) melalui program pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi berkongsi kepakaran berkaitan industri itu.

''Penubuhan institut ini boleh memberi nilai tambah kepada penyelidikan yang sedang dijalankan di IPT yang telah pun mempunyai usahawan bersama mereka di samping kerjasama dengan pelabur luar. Dalam perancangan kajian ini, kita bukan setakat menanam rumpai laut malah membangunkan aktiviti-aktiviti hiliran dari pertanian ini yang memberi potensi besar dalam industri ini," katanya.

Empat buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih dalam kerjasama penyelidikan itu.

Sebanyak RM15.1 juta diperuntukkan kepada empat buah universiti tersebut dalam bentuk geran bagi membangunkan kajian dan penghasilan produk berasaskan rumpai laut. Noh berkata, program R&D itu juga akan mengenal pasti kawasan perairan lain di sepanjang rantaian nilai pengeluaran rumpai laut berbanding hanya tertumpu di Sabah.

"Kita akan mengenal pasti kawasan di Semenanjung seperti Langkawi, Pulau Pangkor dan Johor, selain di Sarawak untuk membangunkan industri ini. Perairan di Sabah pula akan dijadikan Zon Industri Akuakultur Rumpai Laut yang diterajui oleh syarikat swasta untuk menyelaras semua aktiviti berkaitan seperti pengeluaran benih berkualiti, pengkulturan dan pemprosesan produk nilai tambah," katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata, pembangunan pertanian itu telah dibangunkan di kawasan seluas 20,000 hektar di Sabah dan bercadang untuk membuka lebih banyak kawasan di samping menambah tenaga kerja berbanding 1,200 pekerja sedia ada.

''Kementerian akan menggalakkan pembangunan projek-projek berkelompok berkonsepkan estet mini dalam kawasan zon tersebut yang akan melibatkan seramai 50 peserta bagi setiap 100 hektar kawasan," katanya.

THE WANS [TEMAN SEJATI]



Walaupun mereka bukannya lahir dari keluarga yang berdarah seni, tapi minat yang mendalam terhadap seni muzik telah menyebabkan mereka terjebak ke kancah ini, dan setelah 7 tahun senang dan serasi bermain muzik sesama mereka akhirnya mereka membuat keputusan untuk bergiat secara pro-aktif dalam bidang ini dengan menubuhkan sebuah band indie dan menamakannya 'TheWans' sekitar tahun 2006.

Uniknya band ini di namakan 'TheWans' bersempena nama ahli-ahli kumpulan ini yang terdiri dari 3 orang bersaudara iaitu, Wan Syahrul Amry (lead vocal), Wan Mohd Firdaus (guitar) dan Wan Ahmad Naqiuddin (bassist) bersama rakan baik mereka Feisal Mustak (drummer) dan lead guitarist jemputan iaitu Bard Stellar.

Mengetengahkan irama versi alternative pop rock dengan penampilan imej Kelantanist Pop Culture band ini mempunyai pengaruh kuat di pantai timur tanah air, tempat kelahiran mereka, bermula denga single pertama mereka yang menyelitkan experimental nasyid pop Teman Sejati yang pernah di popularkan oleh kumpulan nasyid Brothers.

Baru-baru ini TheWans telah melahirkan single kedua mereka 'Sepak Gomo' yang ditujukan khas sebagai tanda apresiasi kepada seluruh warga The Red Warriors iaitu pasukan bola sepak Kelantan. Lagu yang di garap khas ini di harapkan dapat menaikkan lagi semangat sokongan terhadap pasukan kesayangan mereka ini.

TENGKU MUHAMMAD FARIS DI MASYHURKAN SULTAN KELANTAN YANG BARU

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini (13 September 2010).

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, kesemua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja.