WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

PERIKSA STATUS JANTINA KOMPUTER ANDA

1. Buka Notepad yang ada dalam komputer anda.

2. Copy script di bawah ini.

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3. Save' sebagai love u.vbs
(pastikan save sebagai .vbs jangan .txt atau lain-lain)

4. Save di desktop (supaya senang).

5. Double klik pada icon tersebut dan dengar suara yang akan muncul. Pastikan speaker di hidupkan dengar suara jantina apa yang akan keluar.






ASID LEMAK UNTUK WANITA HAMIL

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dijumpai dengan jumlah yang banyak dalam otak dan sistem saraf. Memandangkan asid lemak omega-3 tidak dapat dihasilkan badan, diet yang kaya dengan omega-3 adalah penting untuk memastikan proses tumbesaran dan perkembangan yang baik.

Kajian mendapati DHA terkumpul dalam otak janin semasa kehamilan dan berterusan sepanjang beberapa tahun terawal kehidupan. Pengambilan DHA yang tinggi semasa kehamilan menjurus kepada tahap DHA yang lebih tinggi di kalangan bayi semasa kelahiran dan merangsang perkembangan kognitif, daya tumpuan, kualiti pergerakan dan ketajaman penglihatan dari peringkat bayi hingga usia persekolahan.

Pakar dari The International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) mengesyorkan wanita hamil dan menyusu mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari. Penyusuan ibu secara berterusan akan memindahkan LCP ibu kepada bayi melalui susu ibu. Dengan itu, para ibu seharusnya mengekalkan pengambilan DHA semasa tempoh penyusuan. Manakala wanita yang kekurangan DHA lebih berkecenderungan untuk mengalami kemurungan selepas bersalin.

TEKNIK MENYIMPAN SUSU IBU

Sekiranya memerah susu di tempat kerja, sebaik-baiknya simpan perahan susu ibu di dalam peti sejuk. Jika di tempat anda bekerja tidak ada peti sejuk, bolehlah disimpan dengan menggunakan cara ini:

Guna kotak 'piknik' yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu. Ini adalah antara kaedah terbaik demi memastikan perahan susu ibu sentiasa sejuk sebelum tiba di rumah. Gunakan termos air panas yang diubahsuai supaya ia sejuk.

Mula dengan memasukkan ketulan-ketulan ais ke dalamnya beberapa hari sebelum anda mula bekerja. Isikan juga ketulan ais sebelum dibawa ke tempat bekerja. Buangkan semua ketulan ais sebelum isi perahan susu ibu. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah untuk menyusukan bayi.

Ibu perlu memerah susu 1 - 2 kali di tempat kerja untuk di bawa balik. Perahan susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari. Jika menggunakan termos yang berisi ketulan ais, pastikan bila anda memerah kali kedua/ketiga, perahan susu ibu mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dicampur dengna perhan susu ibu sebelumnya.

Bekas sesuai untuk menyimpan perahan susu ibu.

Bekas atau botol plastik yang boleh tahan beku dan panas.

Botol susu berukuran 120 ml.

Perahan susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk dua pintu sebaik-baiknya dihabiskan dalam masa dua minggu. Letakkan bekas-bekas yang berisi PSI ke tempat penyejuk (chiller) rak pertama - bukan di rak di tepi pintu. (Tahan 24 jam).

CARA MENANAM KURMA

Menanam pokok kurma terbahagi kepada dua iaitu:

A) Menanam pokok kurma dari anak kurma.

Pokok pokok kurma dewasa kebiasaannya akan mengeluarkan anak-anak kurma di pangkal pokok dan jumlahnya bergantung kepada umur pokok dewasa. Anak-anak pokok kurma ini boleh dipisahkan daripada batang pokok kurma dewasa dan ditanam di tempat lain. Kerja-kerja memisahkan anak kurma amat rumit dan jika tidak dilakukan dengan cermat akan merosakkan anak kurma dan juga pokok kurma dewasa.

Menurut sesetengah pendapat mengatakan 70 peratus anak-anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa adalah baka pokok betina dan boleh menghasilkan buah. Manakala 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan. Anak-anak pokok kurma yang telah dipisahkan dari pokok kurma mestilah dibekalkan dengan cukup air. Ini kerana kebanyakan akar anak-anak kurma ini telah terputus.

Cara yang terbaik merawat akar-akar anak kurma ini ialah dengan membalut akar yang terputus itu dengan guni basah. Cara lain ialah dengan merendam sebahagian pangkal anak-anak kurma ini dalam air sehingga akar-akar baru tumbuh.

Sekiranya memilih untuk menanam anak-anak kurma sebaik sahaja dipisahkan, adalah sangat perlu menyiram dua kali sehari dengan kadar air yang cukup. Pastikan tanah sekitar anak kur yang bar ditanam lembap selama antara dua dan tiga bulan.

B) Menanam kurma menggunakan biji.

Biji-biji kurma mudah didapati selepas memakan buah kurma kering. Ia diasingkan bagi tujuan penyemaian. Kita boleh menentukan jenis-jenis kurma yang popular yang biasa dibawa pulang dari tanah Arab ialah ajwah dan ambar.

Rahsia pendebungaan

Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jantina menghasilkan bunga.

Tahukah anda bahawa bunga-bunga kurma tidak menghasilkan bau dan rasa?

Oleh kerana itu, serangga dan lebah tidak membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma. Pencantuman bunga jantan dan bunga betina harus dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan. Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga. Proses pendebungaan boleh dilakukan dari dari tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok.

Proses membuat debunga daripada bunga jantan

1.Membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah. Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga. Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas rak yang kering.
2 Setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai, goyangkanlah bunga kurma jantan tadi bagi mendapatkan debunga kurma jantan.
3. Bunga-bunga kurma jantan dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.
4.Setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar. Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil.

HAMPAS TEBU TAPIS UDARA TERCEMAR

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum Officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.

Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.

Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.

Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus

Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

8 CARA MENJADI SUAMI YANG HEBAT

1. Imam Solat

Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan Ilmu-ilmu Agama

Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami Yang Matang

Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak

Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami Yang ‘Independent’

Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai Prinsip dan Pendirian

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-anak Bersama Isteri

Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah Suami Serba Tahu

Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua serta masyarakat.

MELAHIRKAN ANAK YANG CERDAS

Siapa yang tidak mahu melihat anak yang sedang membesar menjadi individu yang bijak dan boleh menggunakan setiap bahagian otaknya dengan baik. Selain boleh berlari, ibu bapa juga pasti mahu melihat anak mereka boleh mengimbangi sesuatu yang bersifat rasional dan emosi. Sehubungan itu, berikut beberapa tip untuk melahirkan anak yang memiliki minda cerdas.

Makanan

Anak-anak yang kekurangan gizi secara umumnya memiliki otak yang kurang berkembang. Pengambilan makanan seperti ikan, vitamin dan mineral secukupnya merupakan cara terbaik untuk perkembangan otak.

Pergaulan

Semakin besar pergaulan hidup anak anda, semakin baik perkembangan otaknya. Warna, bentuk, orang di sekeliling dan suasana yang berbeza lebih mudah merangsang fungsi otak berbanding anak-anak yang hidup bersendiri.

Pengalaman emosional

Anak-anak sangat peka terhadap rangsangan dan pengalaman emosi. Semua pengalaman emosi yang berlaku dalam lingkungan awal usia mempengaruhi proses pembentukan jalinan antara sel saraf.

Pada usia tersebut, ciri-ciri seperti kawalan diri, kesabaran, kerjasama, empati dan sebagainya lebih mudah dilatih dan tertanam kuat dalam otak berbanding kemahiran mengira, membaca atau kegiatan-kegiatan lain.

Stimulasi rasional

Perkara-perkara baru lebih cepat mempengaruhi otak. Justeru, anda harus memperkenalkan perkataan-perkataan, teknik dan tugasan baru kepada anak-anak setiap hari.

Origami iaitu seni melipat kertas adalah salah satu cara memperbanyak hubungan sel saraf. Minta anak untuk memerhatikan alur, warna, bentuk dan ciri-ciri lain yang tidak jelas jika hanya dilihat sepintas lalu.

Perhatian ke atas perkara-perkara kecil seperti bentuk dan warna boleh membuatkan cabang saraf bertambah banyak.

Aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal mempengaruhi otak dengan tiga cara iaitu meningkatkan pengedaran darah ke otak, mempengaruhi pengeluaran hormon NGF (faktor pertumbuhan saraf) dan merangsang penghasilan dopamin.

Anda disarankan melatih emosi anak lebih dulu. Kematangan emosi memerlukan waktu tertentu untuk berkembang, sedangkan kecerdasan rasional dapat ditingkatkan pada bila-bila sahaja.

BUAT DUIT SELAIN BLOG

Saya ingin senaraikan beberapa cara membuat duit di internet. Sebenarnya ada banyak cara, tapi saya senaraikan mengikut pendapat saya sahaja. Lain orang lain rasanya, jadi ini pendapat saya cara-cara membuat duit online yang terbaik.

1 ) Buat duit dengan blog
2 ) Buat duit dengan affiliate
3 ) Buat duit melalui video
4 ) Buat duit melalui ebay
5 ) Buat duit melalui jualan ebook/ produk digital
6 ) Buat duit melalui produk fizikal
7 ) Buat duit dengan forex
8 ) Buat duit dengan adsense
9 ) Buat duit dengan clickbank

SABILY - UBUNTU VERSI ISLAMIK

Sabily diambil dari Bahasa Arab bermaksud - Jalan, dalam Bahasa Melayu.

SABILY adalah sebuah sistem operasi seperti microsoft window dan Mac OS X. Tanpa sistem operasi ini sebuah komputer akan menjadi tidak berguna. Perlu diingat bukan Windows sahaja yang terdapat di dunia ini untuk di jadikan OS komputer anda, ada banyak lagi OS yang dibangunkan secara percuma seperti Ubuntu, Opensuse, Slax, dan pelbagai lagi.

Antara yang menarik Ubuntu Muslim Edition - Sabily. Dibangunkan khas untuk orang Islam. Software utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) - Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar - Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain.

Software biasa yang dimasukkan seperti OpenOffice (word processor, spreasheet, presentation), Firefox (web browser), Pidgin (instant messaging), F-spot (photos management), Gimp (image manipulation program) dan software multimedia lain.

Sabily ini mengambil contoh dari Ubuntu dan mengubahsuai menjadi OS edisi muslim dan yang lebih menarik lagi, Sabily ini dibina oleh sukarelawan dari seluruh dunia. Anda juga boleh terlibat dalam membentuk versi Sabily yang lebih baik lagi.

Anda perlu download fail ISO Sabily dan burn ke DVD, kemudian boot atau start komputer anda dengan DVD tersebut, boleh memilih sama ada ingin install atau mencuba terlebih dahulu. Jangan risau, jika anda mencuba, ia tidak mengganggu sistem operasi sedia ada. Anda juga boleh mencuba terus didalam windows dengan menggunakan Virtual Box image tanpa mengganggu sistem operasi windows anda.