SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA KPLI JQAF 2011
Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) dan KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 Anjuran Bahagian Pendidikan Guru
UNIVERSITI ISLAM PERTAMA DI CALIFORNIA
Sebuah universiti Muslim pertama dibuka di California, Amerika Syarikat, bertujuan mengatasi kebencian dan ketidakpercayaan terhadap Islam dengan menonjolkan versi Islam Amerika lebih sederhana.
Walaupun kelas pertamanya hanya mempunyai 15 pelajar dan menyewa blok ruang pejabat daripada kampus Universiti California. Kolej Zaytuna berharap akan menjadi universiti Muslim AS pertama yang diiktiraf, setanding dengan gergasi akademik yang mempunyai kaitan agama seperti Universiti Columbia dan Rutgers.
Setiap kumpulan agama yang datang ke AS akhirnya akan sampai ke tahap di mana mereka perlu membentuk sebuah institusi bagi memastikan mereka terus kekal, dan masyarakat kami sudah tiba ke peringkat itu, kata Hamza Yusuf, pengasas bersama Kolej Zaytuna, yang juga sarjana terkemuka mengenai Islam klasik di Barat.
Lebih 30 peratus rakyat Amerika percaya Islam menggalakkan keganasan, dan ramai berpendapat agama berkenaan tiada tempatnya di negara Judeo-Kristian itu, menurut tinjauan pendapat terbaru Pusat Penyelidikan Pew.
Perdebatan masih lagi diadakan mengenai kesesuaian penempatan sebuah masjid berhampiran tapak serangan 11 September, 2001 di New York, yang dilihat oleh penganalisis sebagai petanda jelas mengenai syak wasangka AS terhadap Islam.
Pengasas Zaytuna menyatakan diskriminasi yang dihadapi Muslim di Amerika Syarikat tiada bezanya dengan pengalaman Katolik pada abad ke-19 atau Yahudi pada abad ke-20, dan hanya masa menjadi penentuan sama ada mereka diterima sepenuhnya.
Pendidikan secara umumnya adalah penyelesaian utama bagi menangani kejahilan, kata Hatem Bazian, pengerusi hal ehwal akademik Kolej Zaytuna, yang juga mengajar di Universiti California, Berkeley.
Program empat tahun itu menawarkan kursus dalam kesusasteraan Islam, perundangan, teologi dan sejarah dan terbuka kepada semua penganut agama, walaupun semua pelajar yang ada sekarang adalah Muslim, daripada pelbagai latar belakang.
Terdapat institusi pendidikan tinggi Muslim lain di Amerika, tetapi Zaytuna berharap akan menjadi yang pertama memperoleh akreditasi dalam kalangan universiti tertinggi.

PROJEK DPPT4 UNTUK PELAJAR ASEAN
Pelaksanaan Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi 4 (DPPT4) membabitkan kos anggaran RM889.2 juta atau 22 bilion yen dijadual bermula tahun depan, bakal menjadikan Malaysia sebagai hab pembelajaran teknikal dan kejuruteraan terkemuka rantau ini dengan membuka peluang kemasukan kepada pelajar dari negara ASEAN dan Jepun.
Projek kerjasama dalam bidang pendidikan antara Kerajaan Malaysia dan Jepun di bawah Dasar Pandang Ke Timur akan memberikan peluang kepada 1,890 pelajar dari Malaysia, Jepun dan ASEAN meneruskan pengajian bidang pengkhususan dari peringkat sarjana muda hingga doktor falsafah (PhD).
Dana projek DPPT diperkenalkan sejak 1993, disumbangkan Kerajaan Malaysia dan Jepun pada nisbah 40:60, masing-masing menerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) di mana pelajar ditaja diwajibkan mengikuti pengajian empat tahun iaitu dua tahun di Malaysia dan selebihnya di Jepun.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata daripada jumlah itu 1,600 pelajar program peringkat ijazah membabitkan 800 penerima biasiswa dari Malaysia, 400 pelajar Jepun dan 400 pelajar dari negara ASEAN terpilih, selain 240 pelajar peringkat sarjana dan 50 pelajar PhD.
DPPT4 akan membantu membuka landasan baru bukan saja untuk pelajar Malaysia tetapi negara lain di rantau Asia.
Shafie berkata, JICA sebelum ini menyatakan kesediaannya meneruskan pembiayaan DPPT4 selama 10 tahun bermula tahun depan, yang turut memperkenalkan tiga program pengajian baru dalam bidang Pengurusan Industri, Bio-Teknologi dan Teknologi Maklumat.
Katanya, DPPT sebelum ini menawarkan biasiswa dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik melahirkan hampir 1,300 graduan Bumiputera dalam bidang pengkhususan sejak diperkenalkan 17 tahun lalu.
Shafie berkata, impak projek DPPT cukup besar apabila ia menjadi saluran terbaik memindahkan kepakaran dan teknologi tinggi Jepun, khususnya dalam bidang kejuruteraan ke negara ini.
Ternyata projek diilhamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah retorik kerana keberkesanannya ternyata mampu memartabatkan ekonomi Malaysia pada kedudukan lebih kukuh, katanya.

PTD WAJIB IKUTI LATIHAN ASKAR WATANIAH
Semua Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) lantikan baru yang mengikuti Diploma Pengurusan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan diwajibkan menjalani latihan Askar Wataniah bermula pengambilan November 2010.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, latihan Askar Wataniah akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang menjadi kursus mandatori bagi setiap PTD lantikan baru.
"Pihak INTAN sudah bersedia dengan modul latihan Askar Wataniah dan akan dilaksanakan pada pengambilan November ini. Selain modul latihannya sendiri, INTAN akan turut menerapkan modul kursus perkhidmatan berpakaian seragam lain seperti Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia. Penekanan latihan Askar Wataniah berkait rapat dengan elemen patriotisme, ketahanan psikologi, keutuhan disiplin dan kecergasan jasmani selain mempunyai kekuatan membangunkan serta memantapkan modal insan penjawat awam dalam membantu transformasi negara," katanya.
Pelancaran Askar Wataniah di JPA adalah antara inisiatif yang diambil untuk memperkenalkan kegiatan sukarelawan kepada penjawat awam di JPA dan perkhidmatan awam keseluruhannya.
Mengenai pelancaran Askar Wataniah di JPA itu, Abu Bakar berkata, satu unit khas Askar Wataniah akan ditubuhkan bagi menumpukan kepada pelaksanaan Askar Wataniah untuk kakitangannya yang berminat.
Beliau berkata, unit itu akan bekerjasama dengan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia serta bertanggungjawab memantau keahlian serta modul latihan di kalangan warga JPA.

KELANTAN TANDATANGANI MOU DENGAN SYARIKAT GERGASI CHINA
Enam syarikat gergasi dari China, Kazahstan, telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Kelantan.
Perjanjian persefahaman yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa bagi pihak kerajaan Kelantan meliputi beberapa bidang khususnya pendidikan.
Selain itu, ianya juga menyentuh soal pelancongan, kesihatan (perubatan tradisional), perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi termasuk kesukanan.
Enam syarikat atau pendidikan terbabit diwakili Universiti Antarabangsa Qinghai, yang diwakili Qi Fumin, Liu Chang Jiang mewakili Government of Zhangjiangchuan Muslim Autonomous Country Gansu Province.
Selain itu Presiden Association Dungan of Kazahstan, Zhu Yan yang mewakili China Council For The Promotion of Internantional Trade Qinghaiu Provincial Committee. Turut menjayakan perjanjian persefahaman, Ishaq Ma, Setiausaha Agung Persatuan China Muslim dan Presiden Counselor of Public Association Donggang, Junusov Abduljalil Majitovich.
Hasil perjanjian usahawama itu, rakyat Kelantan yang terpilih akan mengikuti pengajian dan kebudayaan China secara percuma di Taiwan. Ekoran perjanjian itu juga, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai hubungan terus dengan beberapa wilayah di negara China dan Asia Tengah.
Untuk itu, Kerajaan Kelantan akan meningkatkan prestasi dalam bidang ekonomi, kebudayaan Islam, pelancongan dan lain-lain lagi demi untuk kepentingan rakyatnya.
Husam pada sidang medianya juga seterusnya memberitahu, tahun hadapan kerajaan negeri akan menghantar pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian berkenaan dalam masa antara tiga minggu hingga tiga bulan.
Menurutnya lagi, Ekspo Cheng Ho yang berlangsung tidak hanya akan berakhir di situ sahaja, sebaliknya akan dilanjutkan kerjasama dalam bidang-bidang yang telah ditentukan demi untuk kepentingan rakyat Kelantan.

KELANTAN TUMPU PROGRAM EKONOMI 3 NEGARA
Kelantan akan menumpukan program ekonomi dengan tiga buah negara dunia yang kini sedang meningkat prestasi ekonominya, iaitu China, India dan Indonesia.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata pemegang ekonomi dunia sekarang bukan Amerika atau Jepun, sebaliknya tiga buah negara terbabit.
“Kelantan akan mewujudkan hubungan dua hala antara negara-negara terbabit khususnya sempena program Ekspo Cheng Ho 2010, yang akan berlangsung bermula 21 hingga 26 November ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan membina Cheng Ho City sebagai medan usahawan untuk para peniaga peringkat antarabangsa memasarkan produk halal mereka di situ.
Menurutnya, projek yang akan diadakan di Kampung Bukit Apam, Machang, menelan belanja jutaan ringgit di atas tanah seluas 500 ekar.
“Projek ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat,” ujarnya.

MPSJ DI NOBATKAN KERAJAAN TEMPATAN PALING BERJAYA DI SELANGOR
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa tempatan paling berjaya di Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam satu majlis.
MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR Rating Individu dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil.
MPSJ juga berjaya menduduki tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor (AIMBS) dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00. APPC merupakan salah satu bentuk pengiktirafan yang diwujudkan khas untuk jabatan dan agensi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam 7 kriteria khas penilaian.
Kriteria yang dimaksudkan ialah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan ICT, Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan Sumber Manusia, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.
Pada tahun ini, sebanyak 41 jabatan danagensi di Negeri Selangor telah menyertai APPC. Sesi penilaian dan pemeriksaan dokumen telah dilaksanakan mulai 29 September hingga 27 Oktober 2010 oleh Panel-panel khas yang dilantik, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat SUk Selangor hari ini. Anugerah itu telah disampaikan dalam perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi kerajaan Selangor tahun 2010 hari ini.
Dalam majlis tersebut, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPPNS) akan turut dilancarkan.Manual itu adalah merangkumi aspek utama perancangan dan pemajuan hartanah yang terdiri dari perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat, aspek alam sekitar dan infrastruktur serta utiliti. Ia dipersembahkan dengan cara yang mudah dirujuk dan lebih bersifat ‘user friendly’.
MGPPPNS ini akan menjadi rujukan utama dan membantu mempercepatkan proses terutama dalam proses kebenaran merancang dan permohonan perancangan yang lain, kata kenyataan itu.
Selain MPSJ, turut memenangi anugerah hari ini adalah Jabatan Penjara, Sg. Buloh dalam kategori konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif 2010, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memenangi kategori pengurusan konvensyen ini. Kedua-dua jabatan ini telah membawa pulang wang tunai RM5,000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Pejabat Tanah dan Daerah Sepang pula telah menerima anugerah prestasi kutipan hasil cukai tanah tahun 2009 apabila berjaya mengutip 97 peratus sasaran Cukai Tanah Semasa dan 89 peratus sasaran Tunggakan Cukai Tanah. Jabatan ini telah diberikan insentif RM100,000 kerana kejayaannya itu.

RAKYAT MALAYSIA POPULAR DI INTERNET
Dalam satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.
Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.
Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.
Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.
"Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.
Sementara itu, Malaysia juga mempunyai taburan meluas dalam kalangan profesional yang mencari peluang pekerjaan di luar negara. Sebab itulah, jaringan sosial itu dianggap sangat bernilai bagi mereka terus berhubung dengan teman-teman yang jauh.
Vadaketh berketurunan India dan Syria, pernah belajar di Britain dan kini menetap di Amerika Syarikat. Bukan sesuatu yang pelik jika lelaki itu mempunyai keluarga dan teman-teman di beberapa benua. Itu sudah dianggap perkara biasa bagi generasi Malaysia yang celik dunia maya.
"Saya pernah tidak mempedulikan Facebook untuk sementara hinggalah saya tidak mempunyai pilihan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding e-mel. Saya sentiasa mengikuti perkembangan atau mendapat jemputan ke majlis-majlis keraian menerusi Facebook," katanya.
Bagi Pengarah Digital Bahagian Dalam Talian Nielsen, Mark Higginson, cara rakyat sesebuah negara menggunakan media sosial dipengaruhi ciri kenegaraan masing-masing.
Perkara itu diperjelaskan melalui reaksi keterbukaan rakyat Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia, berbanding rakyat negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan yang konservatif.
"Jepun adalah pengguna besar media sosial cuma mereka hanya tidak begitu serasi dengan Facebook manakala penggunaan platform Twitter baru saja hendak dibiasakan. Blog juga popular di Jepun. Namun, pengisiannya adalah lebih kepada catatan peribadi dan bukannya perbincangan terbuka. Jadi, saya fikir ia sesuai dengan budaya Jepun yang berkonsep pengenalan wajah dan profil yang tersusun," ujar Higginson.
Dalam pada itu, rakyat Korea lebih suka portal tempatan yang memaparkan forum perbincangan manakala di China, aktiviti paling popular adalah permainan sosial dalam talian.
"Penerimaan media sosial sangat meluas dan pelbagai. Daripada pemerhatian di negara-negara Asia Pasifik, kami menemukan maklumat yang berbeza dan menakjubkan. Higginson menambah, perbezaan tersebut memberi implikasi tertentu terhadap dunia bisnes. Satu acuan tidak sesuai untuk digunakan di kesemua kawasan seperti Asia Pasifik. Anda boleh memiliki strategi media sosial yang sama di seluruh Eropah, tetapi di sini, memahami landskap tempatan sangat penting," jelas Higginson.
James Fergusson dari TNS mengatakan bahawa kajian firma tersebut menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai 'DNA digital' yang unik.
"Malaysia, sama seperti beberapa negara Asia lain, sangat terbuka untuk membina persahabatan dalam talian, sedangkan di Jepun, mereka lebih teliti dalam memilih teman-teman dalam talian. Pengguna rangkaian sosial di Jepun cenderung untuk menghindarkan maklumat peribadi mereka didedahkan kepada umum. Mereka lebih gemar menggunakan identiti samaran," katanya.
Di beberapa negara di Asia, kekurangan kebebasan media juga telah mendorong kemunculan blog dan laman rangkaian sosial yang membolehkan pengguna bertukar-tukar maklumat secara bebas. Di Malaysia, dengan sebahagian besar media arus perdana dikawal kerajaan, telah mencetus kelahiran portal berita bebas, blog politik dan profil Twitter prolifik yang bercakap mengenai hal ehwal semasa. Penduduk Malaysia turut tidak malu menggunakan laman-laman tersebut sebagai medium pemasaran dan rangkaian untuk perniagaan kecil.
Seorang jurugambar dari Kuala Lumpur, Daniel Zain menjelaskan, dia hanya mengenali 10 peratus daripada bilangan rangkaian sosialnya yang mencapai 2,000 orang. Bagaimanapun, bilangan kenalan semakin meningkat kerana dia terus menambah pelanggan dan kenalan baru.
Dia berpendapat, rakyat Malaysia kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka membina kenalan baru dari dalam talian yang tidak pernah dikenali.
"Kami suka bertemu dengan orang dan kami juga menyukai konsep rumah terbuka seperti majlis keramaian Krismas, Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri. Kami telah mengambil konsep rumah terbuka dan meletakkannya dalam talian. Sesiapapun dijemput ke rumah terbuka anda, maka sesiapa sahaja akan dijemput untuk menyertai senarai teman Facebook anda," katanya.

PINJAMAN PELAJAR KELAS PERTAMA DILUPUSKAN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman.
"Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPTN berhubung pembayaran balik pinjaman mereka.
"Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPT Nuntuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit," katanya.

PM BERGAJI RM22,826.65 SEBULAN
Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004 yang lepas.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri pula dibayar sebanyak RM18,168.15 sebulan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, manakala bagi Jemaah Menteri, mereka menerima gaji sebanyak RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004, yang lalu" katanya.
Dalam pada itu menurut Mohamed Nazri lagi, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun 2009 ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Bagi 2007, gaji tahunan yang telah dibayar ialah sebanyak RM5,858,529.60 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

KAHWIN PERDANA 2010 NEGERI KELANTAN
Unit Pembangunan Keluarga akan menganjurkan Program Kahwin Perdana Peringkat Negeri Kelantan 2010. Seramai 100 pasangan diperlukan bagi menjayakan program. Syarat kelayakan untuk menjadi peserta ialah Muallaf, Orang Kurang Upaya, Orang Asal, Ibu Tunggal dan Berpendapatan Rendah. Kepada yang berminat bolehlah ajukan sebarang pertanyaan kepada pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan. Borang hendaklah dihantar sebelum 15 November 2010 kepada pejabat urusetia.
PENDAFTARAN KE INSTITUT TAHFIZ BINTULU [ITB] DI BUKA
Pendaftaran ke I.T.B untuk tahun 2011 di buka sekarang!!
Tawaran Kemasukan ke Institut Tahfiz Bintulu (ITB) sedang di buka sekarang untuk pelajar-pelajar yang berumur 13 tahun pada tahun 2011. I.T.B mengalu-alukan permohonan daripada semua pelajar yang berminat untuk bersama-sama membina masa depan Islam yang gemilang di bumi Sarawak.
Tempat adalah terhad dan tertakluk kepada 'First Come First Serve Basis'.
Pemohon yang berminat bolehlah mengisi borang yang di lampirkan dan di kembalikan borang pendaftaran anda kepada :-
INSTITUT TAHFIZ BINTULU
D/A Masjid Darul Hidayah
Lot 2976 – Block 26 KLD , Jalan Abang Tek
97300 Kidurong, Bintulu, Sarawak.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Ustaz Abd Mutallif bin Abd Rani di talian : 086-253968 atau 017-4847758

SEMAKAN MICRO TEACHING MARA
Sesi micro teaching adalah untuk menilai kemahiran calon berkomunikasi, mengajar, merancang, mengurus masa dan mengaplikasi kaedah pembelajaran dalam bilik darjah yang kreatif disamping mempunyai kemahiran penggunaan teknologi maklumat yang baik. Calon di kehendaki mempraktik kaedah (P&P) pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan rancangan pengajaran (lesson plan).
1.Di maklumkan perlaksanaan sesi Micro Teaching adalah 1 tempat 1 subjek sahaja dengan itu sebarang permohonan pertukaran adalah tidak di benarkan.
2.Tempoh masa mengajar di peruntukan untuk seorang calon adalah 15 minit sahaja. Bawa bersama 3 salinan rancangan pengajaran untuk rujukan panel penilai.
3.Calon hendaklah bijak mengatur masa dan mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Calon boleh mempelbagaikan kaedah P&P dengan menggunakan segala jenis ‘visual aids’ yang sesuai.
4.Topik atau silibus pengajaran adalah bebas dan mengikut subjek yang di pohon. Pastikan topik adalah mengikut sukatan matapelajaran tingkatan 1 hingga 5.
5.MARA hanya akan menyediakan kemudahan dan alatan bantuan mengajar seperti papan putih, komputer dan LCD projector.
6.Sila pastikan bahan pengajaran menggunakan versi microsoft office 2003 di sediakan atau backup version, bagi mengelak sebarang kesulitan semasa persembahan micro teaching.
7.MARA tidak menyediakan sebarang kemudahan audio visual, internet dan perisian komputer, sekiranya di perlukan calon di kehendaki membawa sendiri keperluan tersebut.
8.Penggunaan kemahiran berbahasa Inggeris dalam pengajaran adalah wajib ke atas subjek berikut (Pemasaran, Money & Bangking, Accounting, Pengurusan Perniagaan, Keusahawanan, Logistik, Ekonomi dan Business Law) serta subjek Matematik, dan Sains Komputer.
9.Calon subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan sila semak lampiran 2 untuk pilihan topik pengajaran.
10.Calon subjek Fizik dikehendaki membuat persembahan latihan amali dan pengajaran mikro bertajuk “ You are required to teach and carry out an experiment on the factors that affect the elasticity of springs” dalam Bahasa Inggeris.
11.Calon subjek Biologi dikehendaki membuat persembahan latihan amali dan pengajaran mikro bertajuk “You are required to teach and carry out an experiment to determine the food value of a peanut” dalam Bahasa Inggeris.
12.Calon subjek Kimia dikehendaki membuat persembahan latihan amali dan pengajaran mikro bertajuk “You are required to teach and carry out an experiment on synthesizing salt” dalam Bahasa Inggeris.
13.Calon subjek Kaunseling dan Bimbingan perlu melalui sesi penilaian kaunseling berkelompok sahaja. Topik perbincangan hanya akan di maklumkan pada masa sesi kaunseling.
Calon yang berjaya dalam sesi penilaian micro teaching sahaja akan di hubungi oleh pihak MARA untuk ke peringkat ke 3 sesi temuduga di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan berhubung micro teaching ini boleh di ajukan kepada urusetia temuduga di talian 2691 5111 samb : 1838/1836 atau 2690 3693.

LIM GUAN ENG BERCERITA
"Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu."
Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam Khalifah Umar Abdul Aziz.
Sepanjang ucapannya, beliau hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan banyak lagi.
Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."
Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat di bazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri.
Dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ini. Orang Islam pun ramai yang tak tahu. Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Beliaulah yang membekalkan kepada saya buku-buku berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.
Bagaimana kita orang Islam?.
Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. Awak masih belum Islam."
Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu."

JALAN KE UUM DI TUTUP
1 November 2010 - Hujan lebat sejak malam tadi telah menyebabkan paras air Sungai Badak di Sintok meningkat sehingga melimpah ke atas leburaya UUM-Kuala Perlis. Pagi ini, pada jam 9.00 pagi, kami mendapati pihak pengurusan lebuhraya berkenan telah menutup jalan menuju ke UUM. Kenderaan yang menuju ke UUM di arah berkongsi laluan yang bertentangan. Keadaan ini besar kemungkinan akan menyulitkan para graduan dan rombongan yang datang untuk mengambil ijazah masing-masing pada sesi petang ini dan sesi esok hari.
Sehingga berita ini di tulis, hujan masih turun mencurah-curah. Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti sehingga malam ini, besar kemungkinan bencana banjir besar di Utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.
Jalan Changlun - Titi Kerbau juga terputus. Highway depan balai polis Changlun air dah naik paras pinggang pada pukul 5.45 petang tadi.
Jalan alternatif untuk melepasi Changlun ialah Jalan Kg. Langsat. Dari UUM terus saja ambil highway ke Perlis. Sebelum sempadan Kedah-Perlis, belok kiri dan ambil Jalan Kg Langsat.

VIDEO
Keadaan banjir di sekitar Changlun di dapati semakin kritikal. Hujan masih turun walaupun sudah melebihi 24 jam. Terdapat banyak kawasan rendah yang sudah di tenggelami air bah misalnya sekitar Kampung Tradisi, Taman Sri Meranti, Kampung Bendang Tok Leh, Pekan Changlun, dan Paya Nongmi.
LALUAN ALTERNATIF bagi mereka yang mahu menuju ke selatan - gunakan jalan Kampung Langsat. Untuk mendapatkan jalan ini, dari Changlun, anda hendaklah naik ke lebuhraya UUM - Kuala Perlis. Bergerak menuju Perlis. Kemudian lebih kurang 5 kilometer dari Changlun, anda akan dapat lihat papan tanda menunjukkan arah ke Padang Sera dan Jitra di sebelah kiri lebuhraya itu. Terus saja masuk simpang itu dan anda akan sampai ke Jitra dalam masa lebih kurang 25 minit. Dari Jitra, masuk ke lebuhraya PLUS.
MALAYSIA NEGARA KE 43 PALING AMAN
Malaysia berada di tangga ke-43 daripada 110 negara di dunia yang tersenarai dalam Indeks Kemakmuran berdasarkan laporan terkini Legatum Prosperity Index 2010 yang disediakan Legatum Institute. Manakala Indeks Legatum 2010 meletakkan negara Malaysia ke-8 termakmur di Asia Pasifik
Pada peringkat rantau Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga kelapan mengikut kajian sama dilakukan badan bebas berkenaan.
‘The Prosperity Index’ atau Indeks Kemakmuran memberikan penekanan kepada asas ekonomi, kesihatan, kebebasan, sistem pentadbiran, keselamatan, pendidikan, peluang perniagaan dan hubungan sosial boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan tahap kebahagiaan rakyatnya.
Legatum Institute adalah badan bebas berpangkalan di United Kingdom yang memberi fokus kepada kajian bebas dan sokongan dasar bagi mempromosikan kebebasan individu, politik dan ekonomi di negara seluruh dunia.
Menariknya, corak pemilihan indeks kemakmuran oleh institut ini ialah ahli panel tidak hanya melihat kepada pembangunan ekonomi semata-mata seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga tujuh bidang seperti keusahawanan dan peluang perniagaan, sistem pentadbiran, pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebebasan individu dan modal sosial.
Hasil kajian badan itu mengekalkan kedudukan Malaysia seperti tahun lalu, melalui tujuh bidang berkenaan iaitu ekonomi di tangga ke-21; keusahawanan dan peluang perniagaan (34); sistem pentadbiran (34); pendidikan (45); kesihatan (44); keselamatan (52); kebebasan individu (90) dan hubungan sosial (90).
Rumusan kajian ini meletakkan asas ekonomi serta keusahawanan dan peluang perniagaan serta sistem pentadbiran dilihat sangat kukuh tetapi kebanyakan bidang lain berada dalam keadaan sederhana.
Kajian itu meletakkan Norway pada kedudukan pertama, manakala Zimbabwe pula di tangga yang terakhir.
Singapura pula negara Asia Tenggara yang menduduki tempat tertinggi berbanding negara jirannya dengan menduduki tempat ke-17 sama seperti tahun lalu, manakala Thailand pula tangga ke-52 (naik dua anak tangga daripada tangga 54), Filipina turun daripada 61 ke-64 dan Vietnam turun daripada 50 ke-61.
Jepun adalah negara Asia yang menduduki tempat tertinggi tahun ini, iaitu tempat ke-18 susut dua anak tangga berbanding tahun lalu, manakala China di tangga ke-58, manakala India (88).
Namun mengejutkan kedudukan Hong Kong yang merosot kepada kedudukan ke-20, sedangkan dua tahun lalu menduduki antara 10 negara makmur di dunia dengan menduduki tempat kelapan.
TV ALHIJRAH (TVAH) CETUS PERUBAHAN
Bagi memastikan penonton menyedari kemunculan TV Alhijrah (TVAH) di arena penyiaran tanah air, tempoh sebulan bermula 1 November ini dijadikan sesi perkenalan stesen baru itu bagi menarik perhatian penonton. Manakala penyiaran secara penuhnya pula berkuat kuasa pada 1 Disember depan.
Sehubungan itu, penonton berpeluang menyaksikan bagaimana rencah perjalanan program diketengahkan TVAH yang ditubuhkan atas inspirasi bercirikan Islam.
Apapun, pada peringkat awal, siaran bermula dari jam 3 petang hingga jam 12 tengah malam, setiap Isnin hingga Khamis manakala hujung minggu pula iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad lebih awal dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Menjadi satu stesen TV percuma yang baru, penyiarannya berpusat dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Malah, lima transmisi tersedia untuk memancarkan siaran kepada penonton di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.
Siaran ini mencakupi 55 peratus daripada penonton televisyen tempatan. Bagaimanapun, siaran TVAH bersifat menyeluruh. Bagi golongan Islam, TVAH menjadi sumber ilmu serta maklumat manakala bukan penganut Islam dapat melihat keindahan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir berkata, TVAH mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton terutama golongan sasar iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan muda dan sehubungan itu, program disiarkan pelbagai.
“Namun, ketetapan kandungan siarannya ialah 60 peratus terbitan tempatan manakala 40 peratus lagi dari luar negara. Biarpun masih baru, 30 peratus daripada keseluruhan kandungan program disiarkan adalah terbitan pihak TVAH sendiri. TVAH sebaik mungkin menyediakan program yang terbaik untuk masyarakat. Seiring dengan visi menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah. Malah, penonton diajak berubah ke arah kebaikan.
“Penubuhan TVAH juga bukanlah untuk bersaing dengan stesen TV sedia ada. Tetapi, kemunculannya sekadar memberi ruang untuk penonton membuat pilihan. Mereka menonton dan menilai setiap program yang disiarkan mengikut cita rasa sendiri. Pihak TVAH hanya berusaha menyediakan paparannya. Berminat atau tidak, ia milik penonton. Apa yang pasti, kandungan siaran dimuatkan dengan program seperti drama, filem, ehwal semasa, dokumentari, berita, animasi dan hiburan,” katanya.
Menyentuh soal dana penubuhan TVAH, beliau berkata kerajaan menyalurkan sumber kewangannya. Memandangkan perancangan sudah dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek, dana sebanyak RM60 juta dilaburkan untuk penubuhan TVAH.
TVAH di terajui Bukhari Che Muda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan beliau bukan nama asing dalam dunia penyiaran kerana pernah berkhidmat dengan TV9 sebagai ketua pegawai operasi. Bukhari berharap penonton tempatan dapat menerima kemunculan TVAH.
Katanya, setakat ini persediaan rapi dan mantap sudah dilakukan untuk menyertai stesen TV lain menyalurkan pelbagai maklumat serta program ilmiah kepada masyarakat.
“Bersandarkan ruang dan peluang yang ada, saya akan memastikan penonton mendapat apa yang mereka mahu. TVAH akan berusaha gigih memberikan yang terbaik dan memenuhi kehendak penonton. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada karyawan dan penggiat seni tanah air yang sudi bekerjasama dengan TVAH bagi menyemarakkan industri penyiaran tanah air. TVAH sentiasa membuka peluang kepada karyawan tempatan menghasilkan produk mereka untuk disiarkan,” katanya.
Untuk permulaan ini antara filem terbaik di sediakan TVAH seperti Last Queen of The Earth (Iran), Bila Cinta Bertasbih (Indonesia), The Memories of Tomorrow (Jepun), Half of Confession (Jepun), Leaps & Bounds (Turki) serta Winky Horse (Belanda).
Semua filem itu pernah mendapat rating tertinggi termasuk memenangi pelbagai anugerah. Apapun, antara program tempatan disediakan ialah siri Alauddin yang pertama kali menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu serta penyebaran Islam. Ia dipersembahkan dalam bentuk imej penjanaan komputer (CGI), kesan khas dan serat kostum.
Drama antarabangsa seperti King Farouq dan Saifullah Khaled Ibn Waleed pula adalah dua siri drama Arab terbaik yang pastinya memancing perhatian penonton. Tidak ketinggalan, TVAH juga menyiarkan berita konprehensif, dokumentari dalam dan luar negara. Bagi memenuhi kehendak penonton kanak-kanak pula TVAH akan menayangkan animasi terbaik, Pada Zaman Dahulu yang di hasilkan produksi Les Copaque.
JUALAN KENDERAAN DI JANGKA CECAH 590,000 BUAH
Jualan kenderaan motor Malaysia mungkin lebih tinggi daripada yang di jangkakan, mencecah sehingga 590,000 unit menjelang akhir tahun ini (2010), demikian menurut Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, momentum jualan sekarang mungkin membawa jumlah kuantiti kenderaan mengatasi unjuran Persatuan Automotif Malaysia pada 570,000 buah.
"Berdasarkan kepada aliran jualan (semasa), jumlah kuantiti industri dijangka melepasi sasaran 570,000 unit," katanya.
Beliau memberitahu bahawa jualan Perodua mungkin juga melepasi sasarannya pada 185,000 unit menjelang akhir tahun kerana jualan sembilan bulan pengeluar kereta nasional itu telahpun melebihi 141,100 unit.
Menurut Aminar Rashid, Perodua yakin dapat melepasi paras 185,000 kerana pelancaran varian ViVA baharu, edisi ViVA Executive, di jangka meningkatkan lagi jualan. Harga bagi varian tersebut, model ViVA yang diberi wajah baru dan dinaik taraf, dijangka naik sedikit kerana segmen pasaran itu sensitif harga.
Ditanya sama ada Perodua mempunyai rancangan mengeluarkan kereta hibrid untuk memanfaatkan insentif kerajaan bagi kenderaan hibrid, Aminar Rashid berkata, buat masa sekarang Perodua akan terus mengeluarkan kenderaan enjin pembakaran dalaman.
"Bagi kenderaan kompak, masih ada ruang bagi kami untuk menambah baik dan ini mungkin boleh jadi sebaik enjin hibrid," katanya.
Aminar Rashid berkata, Perodua akan menumpu membangunkan enjin dengan pelepasan karbon dioksida yang kurang dan cekap dari segi bahan api.
"Walaupun kami menyambut baik insentif yang diberikan kerajaan bagi kereta hibrid dalam bajet baru-baru ini, kami mahu mencadangkan insentif diberikan bagi kereta dengan pelepasan karbon dioksida yang kurang," katanya.
Beliau juga berkata, Perodua menyasar teknologi enjin masa depan dan kemungkinan mengusahakan teknologi tinggi dan bahagian-bahagian canggih dalam negara.

MAHB MELABUR RM 208 JUTA
Malaysian Airports Holding Bhd. (MAHB) yakin pelaburan sebanyak RM208 juta bagi menaiktarafkan perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, mampu menjadikan lapangan terbang itu lebih berdaya saing pada masa depan.
Pengurus Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad berkata, melalui pelaburan itu, pihaknya boleh mengatur jadual perjalanan dan kerja-kerja penyelenggaraan secara menyeluruh perkhidmatan yang menjadi nadi utama pergerakan penumpang di lapangan terbang itu.
‘‘Landasan aerotrain di KLIA tetap dua laluan tetapi melalui pelaburan itu, kita berjaya menambah jumlah aerotrain kepada tiga buah. Kita juga boleh melakukan kerja-kerja penyenggaraan terhadap mana-mana aerotrain itu tanpa menganggu pergerakan penumpang di KLIA,” katanya.
Pemberhentian sementara itu bertujuan memberikan laluan kepada pembinaan laluan pertukaran antara dua landasan aerotrain sedia ada. Bagi memastikan kelancaran pergerakan para penumpang dan petugas di KLIA, MAHB akan menyediakan 16 buah bas bagi tujuan perjalanan ulang-alik dari terminal utama ke bangunan satelit.
Selain pembelian areotrain itu, pelaburan itu turut membabitkan pembinaan sebuah bangunan berasingan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan laluan pertukaran menghubungkan bangunan itu dengan terminal utama serta bangunan satelit.
Dalam pada itu, Azmi berkata, sehingga bulan Ogos 2010 yang lalu, ketibaan penumpang di KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) meningkat kira-kira 17 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
‘‘Sasaran kita tahun ini adalah 34 juta penumpang berbanding tahun lalu, kira-kira 29.5 juta sahaja,” katanya.

PERBANKAN MUDAH ALIH DARI BIMB
Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), terus mengorak langkah menawarkan perkhidmatan terbaik apabila menjadi bank pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan perbankan mudah alih sepenuhnya melalui Perbankan Mudah Alih-i Transact At Palm (TAP) yang boleh digunakan pada semua jenis telefon bimbit dan penyedia telekomunikasi utama.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya memperkenalkan perbankan mudah alih tanpa akses Internet bagi membolehkan pemegang akaun menjalankan transaksi perbankan tidak kira di mana dan pada bila-bila masa.
Katanya, menerusi TAP pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 pengguna melanggan perkhidmatan itu dalam tempoh 12 bulan.
“Kami percaya dengan adanya perkhidmatan seperti ini pelanggan sedia ada mahupun baru menggunakannya sebagai alternatif terbaik untuk transaksi perbankan sama ada untuk memindahkan wang, membayar bil atau menyemak baki akaun. Pelanggan DiGi, Maxis mahupun Celcom boleh mengaktifkan TAP dengan mudah, namun perlu melakukan dua perkara iaitu melekatkan cip khas dibangunkan bersama syarikat telekomunikasi ke kad sim telefon bimbit dan perlu mempunyai akaun semasa atau akaun simpanan Bank Islam,” katanya.