MEMBINA LAMAN WEB YANG MEMBUAT DUIT
(jika ada yang belum mempunyai akaun adsense lagi, boleh klik di sini) dan juga laman web atau blog yang juga adalah percuma (jika anda sendiri yang membuatnya).
Tapi jangan gembira terlalu awal, kerana mengikut kajian, hanya 2% dari mereka yang menyertai program Adsense berjaya. Kajian ini menunjukkan ia tidak sesenang yang disangka, kerana untuk berjaya, kita perlukan taktik dan strategi yang tersendiri; sama seperti kita mahu berperang, sudah tentu kita perlukan taktik dan strategi yang mantap untuk mengalahkan musuh kita.
Kepadatan keyword (keyword density)
Sebelum meletakkan code adsense di web anda, pastikan kepadatan keyword anda di tahap yang boleh dikatakan ok. Ini untuk memastikan iklan yang betul muncul di web anda, tidaklah nanti web anda tentang kasut, tapi iklan pula keluar pasal komputer. Siapa pula nak klik kan? Satu cara mudah dan percuma memastikan iklan yang betul akan keluar di web anda adalah dengan pergi SINI
Jika iklan yang keluar tidak sesuai dengan web anda, jangan bersedih kerana apa yang anda perlu buat hanyalah menukar keyword anda, semudah itu! Jika anda tidak pasti keyword apa yang perlu digunakan, boleh dapatkan cadangan keyword dari Overture ataupun Word Tracker.
Fokus
Iklan yang akan muncul di web anda tidak bergantung kepada keyword semata-mata, ia juga bergantung kepada isi kandungan web anda. Jadi keyword dan content anda sepatutnya berkait rapat, janganlah content tentang ubi kentang, tapi buat keyword “Cara nak cepat kaya” pula.. ;P
Kerap menulis
Lebih banyak maklumat lebih baik. Mengapa? Lebih banyak maklumat di web anda, lebih banyak pelawat akan datang. Ada yang mencadangkan anda menulis satu artikel baru setiap hari memandangkan tidak ada orang mahu membaca artikel yang sama setiap kali mereka melawat web anda!
Pilih format yang betul
Adsense membenarkan kita memilih sendiri format untuk iklan mereka. Kajian menunjukkan iklan yang lebar lebih banyak diklik berbanding format iklan yang lain. Antara format yang menjadi pilihan;
- 336×280 large rectangle
- 300×250 medium rectangle
- 160×600 wide skyscraper
format 468×15 untuk diletakkan di bawah menu juga tidak boleh diabaikan.
Warna itu penentu!
Anda mempunyai pilihan untuk menentukan warna untuk iklan adsense anda, akan tetapi perkara yang terbaik boleh dilakukan ialah, pilih warna yang serasi dengan warna web adsense anda. Contoh yang selalu dilakukan, warna border dan background iklan sama warna dengan background web. Teknik sebegini amat popular buat masa ini.
Kedudukan juga menjadi penentu!
Sudah diketahui umum bahawa, pelawat akan menentukan laman web kita itu berbaloi untuk dilawati ataupun tidak. Jadi, susun atur laman web seharusnya menarik dan senang dibaca. Begitu juga dengan iklan adsense, kita perlu menentukan kedudukan yang paling sesuai dan senang dilihat oleh pelawat.
Maximumkan iklan anda
Adsense membenarkan anda meletakkan 3 unit iklan dalam setiap page, 2 unit search box dan juga 1 unit ad link. Dengan meletakkan semuanya di dalam satu page, anda akan memaksimakan peluang untuk iklan adsense tersebut diklik.
Fikir-fikirkanlah 7 tips adsense ini, kerana jika dipraktikkan dengan sebaiknya, saya yakin clickthrough rates anda akan meningkat, sekaligus meningkatkan pendapatan adsense anda.
0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.