DAKWAH CARA SAMI YUSUF
Penyanyi Britain lancar single terbaru, You Came To Me, sempena Ramadan
SEANDAINYA di negara ini, nama Rabbani, Raihan, Hijjaz dan Nazrey Johani (sekadar menyebut beberapa nama) dilihat antara aktivis nasyid yang terus memperjuangkan irama dengan mesej keagamaan, kemanusiaan dan masyarakat sejagat, pada peringkat antarabangsa pula, Sami Yusuf mungkin artis Islam paling dikenali peminat selain Yusuf Islam (Cat Stevens).
Dilabel sebagai Bintang Rock Islam Terbesar oleh majalah Time pada 2006, penyanyi kelahiran Tehran, Iran, ini menyinari dunia muzik dengan karya ciptaannya sendiri yang bertunjangkan lirik ketuhanan serta kehidupan sebagai seorang Muslim dalam dunia hari ini.
Dibesarkan di Barat London sejak usianya tiga tahun, lelaki berusia 29 tahun ini meminati muzik sejak kecil. Apabila meningkat remaja, dia menunjukkan kecenderungan untuk menjadikan muzik sebagai karier, lalu mendaftarkan diri di Royal Academy of Music di London.
Begitupun, pemuda yang boleh memainkan alat muzik seperti piano, biola dan genderang ini tidak melupakan akar umbi budaya serta agamanya. Justeru, dia lebih selesa menggabungkan kedua-dua elemen Barat dan Timur untuk menghasilkan muzik yang diterima ramai.
Baru-baru ini, sempena kedatangan Ramadan, penyanyi ini melancarkan single terbarunya di seluruh dunia berjudul You Came To Me, menerusi laman sesawang rasmi bagi memperingati bulan penuh keberkatan berkenaan.
Muat turun secara percuma kini boleh dilakukan peminat penyanyi British berkenaan di laman webnya sepanjang bulan puasa.
"Ketika saya mula-mula mencipta dan menulis lirik dulu, pasaran untuk muzik seperti ini bagai tidak ada langsung. Sewaktu duduk di piano atau memegang biola, saya tidak pernah memikirkan sama ada tindakan saya untuk mencipta muzik yang tidak dibuat orang lain, satu genre yang tidak wujud, ke pasaran yang tidak pernah membeli sebarang album pop pun sebelum ini, sebagai usaha yang berani ataupun bodoh.
"Begitupun, semua itu sesuatu yang cukup benar bagi saya, ia satu usaha yang jujur dan datang dari hati," kata penyanyi ini ketika berucap di Roehampton University di South-West London, Julai lalu, sewaktu dianugerahkan ijazah kedoktoran oleh universiti berkenaan, atas sumbangannya dalam dunia muzik.
Lirik tulisan Sami bercerita mengenai cintanya terhadap Islam serta ajarannya yang bertolak ansur, dengan matlamat mempromosikan gambaran sebenar tanpa prejudis terhadap agama terbabit ke seluruh dunia.
Pada ketika lagunya mengetengahkan nilai tradisi yang baik seperti ketaatan kepada ibu bapa serta menyayangi mereka yang sudah berusia, video Sami pula dibuat dalam bentuk yang moden, licik serta bersifat kosmopolitan. Ia dirakam di London, Istanbul, Delhi dan Kaherah.
Keupayaannya menyanyi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Parsi, Turki, Arab, Bosnia dan Urdu, membolehkan muzik dan mesej yang cuba disalurkan menerusinya sampai kepada generasi Islam lebih muda, serta mereka yang memperjuangkan keamanan sejagat.
Berdasarkan kejayaannya sehingga kini, muzik Sami benar-benar memikat jutaan peminatnya. Sejak 2003, dua album pertama Sami, masing-masing berjudul Al-Mu’allim (2003) dan My Ummah (2005) sudah dijual melebihi 5 juta unit di seluruh dunia dan album ketiganya yang turut memuatkan lagu You Came To Me, kini hampir siap sepenuhnya.
Baru-baru ini, penyanyi ini berdepan kontroversi membabitkan kontrak bersama syarikat rakaman Awakening Records. Dia sepatutnya menghasilkan lima album bersama syarikat terbabit. Bagaimanapun, akibat pertelagahan kontrak, album ketiganya lewat dipasarkan. Hanya pada Januari tahun ini, album Without You muncul di pasaran.
Namun, Sami mendakwa album itu diterbitkan tanpa persetujuan dan pengetahuannya. Dia juga mendakwa album terbabit tidak menepati piawaian yang sering dihasilkannya sebelum ini, lalu mengajak peminat memboikot album berkenaan.
Sami turut mengadakan persembahan di serata dunia termasuk sebuah konsert di Istanbul, yang dibanjiri kira-kira 250,000 peminat.
Sami benar-benar berharap peminatnya akan terhibur dengan lagu terbarunya itu yang dianggap begitu dekat dengan dirinya, serta mempunyai mesej yang amat relevan dengan bulan puasa.
"Saya mencipta irama dan lirik lagu ini pada awal pagi 23 November tahun lalu, ketika saya dibuai pelbagai perasaan termasuk kehilangan, dikhianati, terluka dan kecewa. Pada ketika itulah saya berasakan betapa diri ini sebenarnya begitu dirahmati kerana saya dilahirkan sebagai hamba-Nya Yang Satu. Ketika itulah juga saya nampak sebuah perjalanan menuju kepada-Nya jelas terbentang di hadapan," kata Sami sebagaimana dipetik di laman web rasminya.
Peminat dan pengikut setia penyanyi ini boleh memuat turun single terbaru You Came To Me secara eksklusif dari WEB sepanjang Ramadan. Trek berkenaan diterbitkan dalam empat versi iaitu Inggeris (versi utama), Inggeris-Arab, Inggeris-Parsi dan Inggeris-Turki.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.