WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

NAFAS BARU PEMAIN THE RED WARRIORS

Kehadiran seorang pemimpin yang disegani dalam arena sukan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa telah berjaya memberikan nafas baru buat pemain ‘The Red Warriors’.

Dengan usaha beliau yang gigih di samping hasrat serta impian murni bagi menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bertaraf profesional di mata dunia telah menampakkan hasil apabila berjaya mengatasi masalah kemurungan bola sepak negeri ini yang pernah suram suatu masa dahulu.

Malah Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kini berpesta apabila lampu hijau yang telah diberikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya menambahkan bilangan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di tempat sendiri.

Beberapa kemudahan turut disediakan seperti asrama, tempat riadah malah Kafa berjaya membeli sebuah bas yang menjadi kebanggaan kepada pemain pasukan Kijang. Dengan kemudahan yang telah disediakan sekali gus mampu memberi keselesaan buat pemain.

Usaha beliau untuk mengadakan sebuah wisma yang diberi nama Wisma Kafa sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan segala aktiviti yang berkaitan dengan bola sepak negeri berjaya menaik tarafkan imej Persatuan Bola Sepak Kelantan serta mengharumkan nama Kelantan di mata dunia.

Kejayaan yang berjaya diperoleh selaku naib johan Piala FA musim lalu dan tempat keenam Liga Super di mana sasaran di tangga ketujuh berjaya membuktikan yang pasukan ini sedang berusaha untuk memulihkan prestasi dengan mengadakan beberapa siri latihan yang dijalani di Manchester United.

Walau tewas 5-2 dalam perlawanan persahabatan ketika bertemu pasukan Manchester City, pasukan ini bukan sahaja berjaya membuktikan yang mereka mampu memberikan saingan kepada pasukan tersebut apabila dua gol kenangan telah dihadiahkan oleh Muhammad Nizat dan Faizul Che Noh.

Malah kekalahan ketika menentang pasukan Birmingham, 5-0, juga membe-ikan pengalaman yang amat berharga buat pasukan Pahlawan Merah apabila berpengalaman bermain bersama bintang ternama bola sepak seperti Sebastian Larsson, Garry O’Connor, Kevin Phillips dan lain-lain.

“Pemerhatian saya bola sepak berkait dengan aspek ‘psikologi’ dan kecergasan seseorang pemain. Sesebuah pasukan dapat pertahankan rentak permainan jika tidak terdapat gangguan yang boleh menjejaskan konsentrasi pemain.

“Kafa mempunyai beberapa perancangan untuk mengadakan program yang boleh memupuk semangat kerjasama antara pemain pasukan selain ‘be part of winning team’,” antara petikan kata-kata Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.

Sekiranya program ini berjaya ia mampu untuk melahirkan pasukan yang lebih baik dengan sebilangan pemain yang berupaya menjadi bintang seperti Ronaldo, Michael Owen, David Beckham dan Zine Zidane.

“Saya yakin jika mereka berjaya mencapai prestasi seperti ini kalau harga tiket RM20 pun orang datang tengok. Contohnya kutipan harga tiket ketika pasukan Malaysia menentang Manchester United berharga RM58 pun masih dibeli.

“Sekiranya harga tiket dinaikkan menjadi RM20 pada saya peminat Kelantan akan tetap memberikan sokongan tanpa ragu-ragu kerana mereka sedar pasukan yang mereka sokong akan menjadi sebuah pasukan pilihan di masa akan datang,” kata Ketua Pegawai Operasi Kafa, Mohd Noor Yaacob.

Kafa berharap agar semua pihak terus memberikan sokongan kepada pasukan kebanggaan negeri Cik Siti Wan Kembang dan persatuan yang dipimpin Tan Sri Annuar Musa agar beliau terus memimpin Kafa setelah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk melihat anak-anak muda Kelantan berjaya dalam bidang sukan bola sepak.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.