WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

CANNARIS : METAL KONTEMPORARI PANTAI TIMUR

Secara ringkasnya, asal-usul kewujudan Cannaris sebenarnya dari gabungan dua negeri, Terengganu dan Kelantan. Enam remaja yang jiwanya bergelora serta meronta-ronta kepanasan untuk adanya band sendiri maka terbentuklah Cannaris.

Sebelum ini memasing dengan band memasing tetapi dengan semangat waja kami bersatu membentuk Cannaris dengan penuh kasih sayang serta jiwa yang dipenuhi oleh perasaan kasih terhadap muzik. Sejarah telah tercatat. Segalanya ini bermula sekitar pertengahan tahun 2005.

Cannaris secara lengkapnya dibarisi oleh Mohd Faizul (vokal), Khairul Nizzam (vokal), Mohd Izwary (gitar), Mohd Afif Fikri (gitar), Mohd Hizny (bass) dan Mohd Taufik (dram).

"Cannaris is a band where technicality, brutality, freaky riffs, good song structures and a bit of humor are the key words"

Berlandaskan inspirasi yang ekstrim dari kebanyakan band bercorak metalcore, noise, math dan hardcore, mereka mula jamming, menulis lagu-lagu sendiri dan cuba menemukan suatu stail yang tersendiri. "Extreme Metal dan Rock yang dipintal menjadi Experimental / Progressive / Metal", begitu pendapat mereka ketika memberi definasi kepada konsep muzik yang dimainkan. "Contemporary metal with an extreme edge!", simpul ahlinya lagi menggambarkan sound muzikal Cannaris.

Band-band yang mempengaruhi dan dijadikan rujukan dalam pembentukan muzikal Cannaris merangkumi Lamb Of God, Shadows Fall, Killswitch Engaged, Dead Blue Sky dan Arkangel sampailah kepada rock klasik seperti Metallica, Slayer, Suffocation, Iron Maiden dan Judas Priest.

Cannaris mengakui mereka agak terlalu baru untuk tampil dengan sebuah produk rakaman. Mungkin masih di peringkat pengumpulan material untuk satu penghasilan yang benar-benar mantap.

Dari sudut pengkaryaan senikata Cannaris pula, tema dan subjek yang ditulis adalah berkenaan dengan kehidupan hakiki, semestinya ada percintaan, tragis peperangan serta penindasan yang sering berlaku di masa kini.

Cannaris difahamkan sebuah band yang agak aktif menyertai pelbagai sirkit gig muzik underground tempatan. Cannaris bolehlah dilihat sebagai satu produk muzikal antara yang terbaik mewakili persada muzik independen sebelah Pantai Timur. Di bawah pengurusan yang teratur oleh pihak Gegey Music yang berpusat di Pengkalan Chepa, Kelantan Darul PAS.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.