WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

ADUN LUNAS KELUAR PKR

GAMBAR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh semalam keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan exco kerajaan negeri Kedah. link

Beliau berkata, keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu, Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (ahli bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lalu.

Beliau berkata seramai 200 orang ahli biasa dan 14 ahli jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," katanya pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Jamaludin.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.