WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

BAND METAL KELATE - DIMAN

"diman" adalah band metal dari KELANTAN yg boleh dikatakan baru dlm scene underground di kelantan, dgn berkonsepkan melo thrash/black metal ala-ala AS-SAHAR, DARKTHRONE dan DIMMUBORGIR. telah bermula pada lewat 1999 apabila matler, seorang gitaris mula berjinak-jinak dgn riff2 metal berat yg bermelodi setelah agak boring dgn alternative dan grunge yg dimainkan sebelum ni.

"diman" membawa maksud berlian atau "diamond" . bermulalah perjalanan sebutir berlian dari pantai timur ini mencari arah yg hilang sebelum ni.

berkat semangat yang kental dari matler dan sokongan kuat dari adiknya sendiri, maka tertubuhlah "diman" dengan tujuan memeriahkan lg scene metal di kelantan pada masa itu.

semangat matler semakin meluap-luap bila adiknya sendiri iaitu affare bersedia utk menjadi drummer secara serius utk band "diman".

sebelum ni affare hnya mnjadi bassist sahaja dengan band metal lamanya di KL. bermula dgn 2 org line-up sahaja, "diman" mula bergerak ke studio2 jam disekitar Kota Bharu utk memantapkan "diman" dgn membawa cover2 dari DIMMU, CRADLE, DISSECTION, AS-SAHAR, IRON MAIDEN, SILKHANNAZ & lain-lainlah. maka dgn rilisnya "preposterous promo 2007" ni, matler & affare berharap dapat memperkenalkan muzik “diman” ke serata MALAYSIA ini.

skrg "diman" dlm proses memperkenalkan diri kpd semua metalfans di MALAYSIA.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.