WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

JALAN KE UUM DI TUTUP

1 November 2010 - Hujan lebat sejak malam tadi telah menyebabkan paras air Sungai Badak di Sintok meningkat sehingga melimpah ke atas leburaya UUM-Kuala Perlis. Pagi ini, pada jam 9.00 pagi, kami mendapati pihak pengurusan lebuhraya berkenan telah menutup jalan menuju ke UUM. Kenderaan yang menuju ke UUM di arah berkongsi laluan yang bertentangan. Keadaan ini besar kemungkinan akan menyulitkan para graduan dan rombongan yang datang untuk mengambil ijazah masing-masing pada sesi petang ini dan sesi esok hari.

Sehingga berita ini di tulis, hujan masih turun mencurah-curah. Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti sehingga malam ini, besar kemungkinan bencana banjir besar di Utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.

Jalan Changlun - Titi Kerbau juga terputus. Highway depan balai polis Changlun air dah naik paras pinggang pada pukul 5.45 petang tadi.

Jalan alternatif untuk melepasi Changlun ialah Jalan Kg. Langsat. Dari UUM terus saja ambil highway ke Perlis. Sebelum sempadan Kedah-Perlis, belok kiri dan ambil Jalan Kg Langsat.

VIDEO

Keadaan banjir di sekitar Changlun di dapati semakin kritikal. Hujan masih turun walaupun sudah melebihi 24 jam. Terdapat banyak kawasan rendah yang sudah di tenggelami air bah misalnya sekitar Kampung Tradisi, Taman Sri Meranti, Kampung Bendang Tok Leh, Pekan Changlun, dan Paya Nongmi.

LALUAN ALTERNATIF bagi mereka yang mahu menuju ke selatan - gunakan jalan Kampung Langsat. Untuk mendapatkan jalan ini, dari Changlun, anda hendaklah naik ke lebuhraya UUM - Kuala Perlis. Bergerak menuju Perlis. Kemudian lebih kurang 5 kilometer dari Changlun, anda akan dapat lihat papan tanda menunjukkan arah ke Padang Sera dan Jitra di sebelah kiri lebuhraya itu. Terus saja masuk simpang itu dan anda akan sampai ke Jitra dalam masa lebih kurang 25 minit. Dari Jitra, masuk ke lebuhraya PLUS.






0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.