WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

PIALA MALAYSIA 2009 : KELANTAN 2 -1 PULAU PINANG

Kelantan meneruskan kemenangan keempat berturut-turut malam ini apabila berjaya menundukkan Pulau Pinang dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Gol-gol Kelantan di jaringkan oleh penyerang veteran, Khalid Jamlus dan pemain kebangsaan Indra Putra Mahyuddin. Indra Putra muncul wira Kelantan apabila bola sepakannya terkena kaki pertahanan Pulau Pinang dan melambung terus ke gawang menewaskan sama sekali Faizal Yusoff yang tidak dapat menggapai bola tersebut memberikan gol kedua kepada Kelantan.

Gol pertama dihasilkan beberapa minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat. Pulau Pinang pula mengikat kedudukan pada separuh masa kedua sebelum Indra membuat sepakan bebas cantik menewaskan penjaga gol Pulau Pinang untuk memastikan kemenangan pada malam tadi melalui Chanturu apabila menerima hantaran jauh Failee Ghazali melepasi kawalan Nazrol Erwan sebelum menolak leret ke pintu Kelantan menewaskan Mohd Halim Napi yang terpaku diatas garisan kotak putih untuk gol penyamaan Pulau Pinang pada minit ke-64. Gol ini menyebabkan stadium yang dipenuhi penonton Kijang sunyi sepi.

Kelantan yang turun dengan sokongan 25000 peminat bermula garang apabila melakukan serangan bertali arus ke kubu Pulau Pinang yang dikawal Mohd Faizal Yusof melalui gandingan penyerang Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamed dibantu Che Hishamudin.

Keseluruhan perlawanan agak seimbang dimana kedua-dua pasukan saling menyerang kubu pertahanan masing-masing. Walaupun mendapat kemenangan keempat berturut-turut, Kelantan masih lagi tidak menunjukkan corak permainan yang menarik dan kualiti aksi sebagai pasukan juara. Hantaran bola, persefahaman antara pemain dilihat masih lemah. Pertahanan pula sering dicerobohi pihak lawan dengan mudah. Jentera tengah yang dikemudikan oleh Khairan dan Azlan nyata gagal membantu barisan hadapan. Khalid masih bermain dengan cara sama dan senang dipatahkan oleh pertahanan lawan. Che Hishamuddin terlalu banyak mengelecek dan memegang bola yang kekadang melarikan "ryhthm & tunes" pemain lain.

Apapun Kelantan sudah layak ke suku akhir. Kelantan perlu menjadikan dua baki perlawanan yang ada ini bagi mencari persefahaman antara pemain dan juga pemahanan dari segi taktikal yang diberikan oleh jurulatih. Masa masih ada buat B.Sathianathan untuk melakukan sesuatu. Jika tidak perjalanan Kelantan mungkin berakhir di suku akhir memandangkan lawan yang menanti di peringkat tersebut lebih hebat, kuat dan matang.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.