MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 (SIDANG KEDUA) UUM
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-22 (Sidang Kedua) UUM pada 3 - 5 Oktober 2009 (Sabtu-Isnin) bertempat di Dewan Mu'adzam Shah, UUM.
Konvokesyen akan dilangsungkan dalam lima sesi. Sesi Pertama dan Sesi Kedua pada 3 Oktober 2009 (Sabtu), Sesi Ketiga dan Sesi Keempat pada 4 Oktober 2009 (Ahad) manakala Sesi Kelima pada 5 Oktober 2009 (Isnin).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah berkenan berangkat bagi tujuan menyempurnakan majlis konvokesyen pada Sesi Pertama. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh (Pro-Canselor I) akan mempengerusikan Sesi 2 dan 3 manakala Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Sri (Dr.) Ahmad Fairuz Dato' Sheikh Abdul Halim (Pro-Canselor II) akan mempengerusikan Sesi 4 dan 5.
Pada majlis konvokesyen kali ini, sejumlah 3,302 graduan akan menerima ijazah masing-masing (12 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 460 graduan Ijazah Sarjana dan 2,830 graduan Ijazah Sarjana Muda), 2 penerima anugerah Ijazah Kehormat dan 135 graduan telah dipilih untuk menerima anugerah Pingat Emas dan Hadiah Buku.
Sempena konvokesyen ini, UUM turut menganjurkan Ekspo Konvokesyen UUM (EKUUM) bertemakan "First Choice University" selama enam hari bermula 30 September 2009 hingga 5 Oktober 2009 (Rabu-Isnin) dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam di Tapak Ekspo, Padang Kawad PALAPES, Tasik UUM, Kompleks Sukan dan sekitar UUM yang akan dikendalikan oleh UUM CAS dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersama Jawatankuasa Pelajar yang telah dilantik.
Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi urus setia di talian
04-928 3010/3014/3066 (Jemputan);
04-928 3002/3004/3017 (Perarakan Besar);
04-928 3022 (Penginapan);
04-928 6465 (Sambutan);
04-928 3251/3257 (Pengangkutan);
04-928 3354/3304 (Santapan);
04-928 3116/3172 (HEA);
04-928 3021 (Jabatan Pendaftar);
04-928 4874/3834/012-419 6649 (Sekretariat EKUUM).

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.