WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

KHASIATNYA HERBA MISAI KUCING

KBY Agrotek Kulim mencipta kejayaan tersendiri dalam memasarkan produk minuman kesihatan berasaskan herba Misai Kucing. Pengurusnya, Kamarudin Yunus berkata, KBY Agrotek Kulim yang memulakan projek tanaman herba itu sejak 2006 memanfaatkan bantuan daripada Intergrated Agriculture Development Area (IADA) Kemasin Semerak setahun selepas itu.

Kegigihannya membolehkan beliau menghasilkan produk sendiri yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai. Menurutnya, pengguna sedia maklum khasiat herba Misai Kucing dan beliau tidak perlu menerangkan secara terperinci kepada pelanggannya.

“Saya berusaha memperluaskan pasaran ke seluruh negeri ini dan sebahagian di Terengganu dan kejayaan memasarkan produk di farmasi terpilih sudah cukup membanggakan. Saya turut membekal benih, daun basah dan daun kering Misai Kucing kepada orang ramai yang berminat untuk mengusahakannya secara kecil-kecilan.

Pengalaman yang ada padanya membolehkan beliau diberi kepercayaan untuk melatih usahawan muda menerusi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Kamarudin berkata, herba Misai Kucing dipercayai mempunyai banyak khasiat seperti membaiki saluran kencing dan buah pinggang, membantu mengelak daripada batu karang, perawatan kencing manis, meninggikan asid urik dalam badan dan merawat penyakit gout. Bagi menjamin kualiti produk, beliau memberi perhatian kepada proses ‘menuai’ untuk memastikan ianya tidak bercampur dengan bahan lain seperti rumput.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Silaturahim Aidilfitri KBY Agrotek bersama Pengarah IADA Kemasin Semerak, Shamsuddin Mat Saat, kelmarin.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.