WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

TUN HAMID (BEKAS KETUA HAKIM NEGARA) MENINGGAL

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar, 80, meninggal dunia, jam 10 pagi tadi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.

Allahyarham meninggal dunia kerana kegagalan ginjal dan jangkitan kuman selepas diserang demam dan selesema sejak beberapa hari lalu.

Menurut anak sulungnya, Azizuddin, 51, bapanya dibawa ke hospital pagi semalam pada jam 8 pagi dan ketika itu keadaannya lemah dan tidak mampu bercakap sejak beberapa hari.

Arwah meninggalkan balu, Toh Puan Azian Aiyub Ghazali, 72 dan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara selepas Asar pada hari ini.

SUMBER

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.