SINOVAC TAWAR VAKSIN YANG LEBIH MURAH
MADRID - Syarikat farmaseutikal China, Sinovac akan menjual vaksin selesema babi atau H1N1 keluarannya yang didakwa berkesan dengan hanya satu dos berbanding dua dos oleh firma-firma multinasional dari negara Barat serta dijual pada harga 30 peratus lebih murah.
"Kalau harga vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat negara Barat kira-kira AS$30 (AS$1 = RM3.50), kami akan jualnya 30 peratus lebih murah," kata Pengerusi Sinovac, Weidong Yin.
Awal bulan ini Sinovac mendakwa hasil ujian praklinikal mereka mendapati vaksin syarikat itu lebih berkesan untuk mencegah selesema babi dengan hanya satu dos. Syarikat multinasional Barat seperti Baxter (Amerika Syarikat), Sanofi-Pasteur (Perancis), Novartis (Switzerland) dan GlaxoSmithKline (Britain) kini menguji vaksin masing-masing yang dijangka memerlukan dua dos suntikan untuk mencegah virus H1N1.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.