WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

PERFECT INSTINCT PENGEDAR MADU DUKUNG ANAK

JITRA - Perfect Instinct Sdn. Bhd. (Perfect Instinct), pengeluar madu dukung anak yang mendapat sambutan baik di kalangan penduduk Kubang Pasu di sini giat mencari pengedar bagi memasarkan produk itu ke seluruh negara.

Pemiliknya, Abdul Razak Walad berkata, ketika ini, syarikatnya menerima permintaan kira-kira 3,000 botol sebulan bagi pelanggan di sekitar daerah Kubang Pasu, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Selama, Perak.

"Ketika ini produk tersebut dipasarkan secara terus kepada pelanggan menerusi penglibatan syarikat dalam ekspo niaga yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),'' katanya. Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, produk itu dihasilkan daripada ramuan madu yang dicampur dengan pokok dukung anak atau nama saintfiknya Phyllanthus Niruri.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.