BEBERAPA NAS UNTUK KEMAJUAN EKONOMI
Berikut adalah berberapa petikan-petikan maksud ayat Al-Quran dan Hadis Nabi yang ingin saya kongsikan bersama, semoga ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua.
Firman Allah SWT yang bermaksud; ”Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan..” (Al-A'raf:10).
Dan firmanNya lagi yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepadaNya jualah dibangkitkan hidup semula” (Al-Mulk:15).
Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia. Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik...” (Al-Baqarah:168).
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; “Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam”
Dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sangat ketara dorongan ke arah kemajuan ekonomi di sektor tersebut sebagai contohnya :
1. Di bidang pertanian.
Hadith bermaksud: “Tiadalah seseorang mukmin itu menyamai akan semaian akan menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah” (Riwayat Muslim).
2. Di bidang perusahaan.
Hadith bermaksud: “Sebaik-baik usaha ialah usaha seseorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat menasihati.” (Riwayat Ahmad).
3. Di bidang perniagaan.
Rasulullah s.a.w.juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada perniagaan. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim).

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.