WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

BAPA MUFTI PERLIS MENINGGAL DUNIA

KUCHING : Jaya Muhli, 73, bapa Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, meninggal dunia di kediaman anaknya, di Petra Jaya tengah malam tadi, akibat sakit jantung.

Juanda, yang berada di sisi bapanya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 12.40 tengah malam tadi, memberitahu bapanya diserang sakit jantung empat bulan lalu dan dirawat di Hospital mum Sarawak.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang Kuching selepas solat Jumaat.

Jaya yang berasal dari Igan, Mukah, dan pernah berkhidmat sebagai seorang pendidik selama 38 tahun, meninggalkan 10 orang anak dan 42 orang cucu. Isterinya meninggal dunia lima tahun lalu.

Allahyarham pernah menerima Anugerah Keluarga Mithali daripada Majlis Islam Sarawak dua tahun lalu sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.