WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

JAMINAN KERJA UNTUK 25,000 PELATIH 17 BIDANG

PUTRAJAYA - Kerja dijamin bagi mereka yang menamatkan dengan jayanya program "Latihan dan Penempatan" anjuran kerajaan, menurut Kementerian Sumber Manusia.

Mereka yang diberhentikan kerja dan siswazah menganggur patut memanfaatkan peluang itu kerana ia menyediakan latihan dan kerja dalam 17 profesion dan kemahiran, menurut jurucakap kementerian itu semalam.

Antaranya ialah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, elektrik dan elektronik, pengangkutan, farmasi, hospitaliti dan pelancongan, pentadbiran perniagaan, pendidikan, jahitan dan landskap.

Terdapat sebanyak 24,937 tempat ditawarkan bagi pelbagai jenis kursus latihan dan pelatih dibayar antara RM500 dan RM800 sebulan sepanjang menjalani latihan, katanya.

Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara online melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my atau mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat tenaga kerja, katanya.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.