MODEL BARU TOYOTA COROLLA ALTIS
Walaupun di landa isu penarikan jutaan kenderaannya di pasaran global, jenama Toyota di pasaran Malaysia kekal kukuh. Buktinya, jualan tahun 2010 sehingga bulan Ogos mencecah lebih 60,000 unit. Ia merupakan kenaikan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Harus tahu juga bahawa dalam segmen kereta sedan, Toyota memegang takhta jualan kenderaan bukan nasional sejak sekian lama. Tiada siapa yang dapat menggugat kedudukan selesa model Vios dan Camry. Cuma, model Altis yang sehingga kini masih gagal menyaingi populariti model Civic.
Justeru, model terbaru inilah yang ingin di jadikan sandaran oleh pihak UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. untuk menandingi angka jualan Civic walau untuk sementara. Apatah lagi model popular Honda itu dilihat sudah berada terlalu lama dalam pasaran. Lagipun, model itu nampak lebih bersedia dengan pelbagai ciri baru yang diketengahkannya. Selain penampilan fizikal, perubahan paling ketara pastinya enjin baru dan transmisi CVT-i tujuh kelajuan yang ada pada model premiumnya.
Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Kuah Kock Heng memberitahu, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 800 unit Altis sebulan. Setakat ini, UMW Toyota sudah menerima hampir 400 unit tempahan. Untuk memandunya, pembeli hanya perlu menunggu selama satu bulan.
Menyifatkannya sebagai lebih dinamik dan sporty, Altis yang sudah memasuki generasi kesepuluh ini dibawa dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Thailand. Adakah kemungkinan Altis dihasilkan dalam negara? Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Takashi Hibi menyatakan keputusan tersebut bergantung kepada maklum balas pasaran.
Apakah yang mengubah model itu menjadi lebih baik?
Pertama, rekaan baru pada lampu hadapan, gril radiator dan lampu belakangnya. Ia membuatkan Altis kelihatan lebih lebar dan mantap. Ruang dalamannya sudah banyak berubah. Ia nampak lebih sporty biarpun ciri-ciri kereta seorang ‘pak cik’ seperti kemasan kayu pada stereng, konsol tengah dan tombol gear masih ada. Tetapi, tidak lah terlalu ‘pak cik’ berbanding model sebelum ini. Anda boleh memilih antara empat varian iaitu Altis 1.6E, 1.8E, 1.8G dan variasi terbaru Altis 2.0V. Perbezaan paling ketara antara varian itu ialah transmisi dan enjin yang diaplikasikan padanya.
Model 1.6E menggunakan trasmisi Super ECT empat kelajuan automatik. Sementara model 1.8E, 1.8G dan 2.0V pula dibekalkan dengan transmisi Super CVT-i tujuh kelajuan. Bagi model 2.0V, ia turut dilengkapi ciri paddle shifter pada bahagian belakang stereng, cruise control, lampu HID (High Intensity Discharge) dan tempat duduk kuasa.
Menurut Toyota, sistem Dual VVT-i (variable valve timing - intelligent) yang dipadankan bersama transmisi Super CVT-i itu bukan sekadar memberikan kuasa dan prestasi memuaskan. Malah, ia membolehkan penukaran gear dilakukan dengan lebih lancar dan responsif, selain menjimatkan penggunaan bahan api.
Mengenai aspek keselamatan pula, Altis dibekalkan dengan dua beg udara SRS di bahagian hadapan, sistem brek anti-kunci (ABS), EBD (Electronic Brake-force Distribution), BA (Brake Assist) dan VHC atau Vehicle Stability Control (untuk model 2.0V dan 1.8G sahaja).
Terdapat 4 warna untuk dipilih iaitu putih, hitam, kelabu dan perak. Harga yang ditawarkan atas jalan di Semenanjung Malaysia termasuk insuran ialah RM131,990 (2.0V), RM122,990 (1.8G), RM112,990 (1.8E) dan RM105,990 untuk unit bersesaran 1.6 liter. Ia juga hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (km) yang mana tiba dahulu. Model itu sudah berada di semua bilik pameran Toyota di Semenanjung Malaysia, manakala peminat Altis di Sabah dan Sarawak pula boleh mula memandu ujinya pada 1 Oktober 2010 ini.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.