WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman:

POSKAN BANK DERAF/KIRIMAN WANG

Bayaran Melalui bank deraf/kiriman wang hendaklah berpalang dan di bayar atas nama ‘PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL‘. Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat. Alamatkan surat anda kepada:

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p: Unit terimaan)

*Jangan kirimkan wang tunai.Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama penuh anda di tulis di belakang bank deraf/kiriman wang.

BAYARAN SECARA ON-LINE

1. e-FES. Anda perlu mempunyai akaun dengan mana-mana bank yang menyertai FPX (Financial Process Exchange) dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari laman web PTPTN : e-FES bagi melihat panduan membuat bayaran balik melalui e-FES.

2. Perkhidmatan online bank-bank terpilih yang disenaraikan di bawah. Perhatian! Anda perlu mempunyai akaun bank tersebut dan mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan online di:

* www.maybank2u.com
* www.cimbclicks.com.my
* www.bankislam.biz
* www.rhb.com.my
* www.publicbank.com.my
* www.posonline.com.my

Untuk keterangan lanjut, sila pergi ke bank-bank tersebut atau hubungi:

• Maybank2u.com Customer Helpdesk: 1-300-88-6688
• CIMB Service Centre: 03-2295 6100.
• Bank Islam Customer Service Hotline: 03-2698 8008/2691 3993.
• RHB Bank ibank Support: 03-9206 8228
• Public Bank Customer Support: 03-2179 5000.

BAYARAN MELALUI KAUNTER

Bayaran melalui wang tunai diterima dengan cara pergi ke:
1. Kaunter perkhidmatan PTPTN.
2. Semua cawangan Bank Islam seluruh Malaysia. Sila gunakan Borang Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di bank.
3. Semua cawangan CIMB seluruh Malaysia. Sila gunakan Borang Khidmat Pungutan yang boleh didapati di bank.
4. Semua cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia. Sila gunakan Borang Pembayaran Bil yang boleh didapati di bank. Ruangan No. Rujukan 1 hendaklah diisi dengan NO KP anda. Ruangan No. Rujukan 2 hendaklah diisi dengan No. Rujukan Pinjaman anda.
5. Semua cawangan POS Malaysia Berhad.

MAKLUMAN (Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos)
1. No. Akaun Penerima : No. Kad Pengenalan Peminjam
2. Nama Penerima : PTPTN-PINJAMAN (No. Akaun PTPTN tidak diperlukan)
3. No. Bil/Kontrak/Rujukan : No. Rujukan Surat Tawaran/ No Telefon Anda

SEMAKAN PENYATA KIRA-KIRA (e-FES)

1. Kata Laluan : No. Kad Pengenalan Peminjam 2. No. Pin/Password : No. Pinjaman Peminjam
(Sila rujuk No. Pinjaman pada Penyata Kira-Kira)

- Setiap pembayaran yang dilakukan melalui kaunter bank atau secara online akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank.
- Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda.
- Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat terus kepada PTPTN.
- Pembayaran melalui cek peribadi adalah dibenarkan.





0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.