VERMIKOMPOS TINGKAT KESUBURAN TANAH
Merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman.
Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman.Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.
Bahan-bahan
i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput.
ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam)
iii. Cacing merah (cacing kompos)
Cara membuat
i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas.
ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan.
iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni
iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap.
v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung.
vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan.
Pengutipan hasil
Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya.
Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.
Kebaikan vermikompos
i. Memperbaiki struktur tanah.
ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.
iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.