KESEDARAN DERMA DARAH
Masyarakat di negeri ini dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menderma darah bagi membantu golongan memerlukan.
Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Lila P. Mohamed Meeran berkata, ramai yang memerlukan bekalan darah terutama melibatkan kes kecemasan. Menurutnya, bekalan darah yang sedia ada sentiasa tidak mencukupi kerana penggunaan adalah setiap hari.
“Saya ingin menyeru dan menasihatkan orang ramai yang sebelum ini tidak pernah menderma untuk mengubah tanggapan mereka dan berjinak-jinak untuk menjadi seorang penderma. Bekalan darah kita digunakan setiap hari dan ia sentiasa diperlukan dan orang ramailah yang memainkan peranan ini untuk membantu,” katanya.
Terdahulu beliau bersama memeriahkan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Kelantan, di sini. Lila berkata, terdapat pelbagai kemudahan yang diberikan kepada penderma darah berdasarkan kepada kekerapan menderma.
“Sumbangan penderma ini adalah sesuatu yang kita harapkan supaya tabung darah kita tidak mengalami masalah bekalan. Ketika Ramadan baru-baru ini kita menghadapi masalah bekalan kerana ramai dalam kalangan penderma kita adalah beragama Islam dan mereka tidak menderma pada siang hari,” katanya.
Menurutnya, diharapkan masyarakat boleh bersama-sama membantu kementerian dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan boleh digunakan ketika berlakunya kecemasan. Lila berkata, bagi mereka yang ingin menderma boleh merujuk kepada pihak hospital berdekatan untuk proses pemeriksaan kesihatan.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.