WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

MAXIS DAPAT KONTRAK RM81 JUTA DARIPADA ASTRO

Maxis Communications Bhd. (Maxis), memeterai perjanjian bernilai RM81 juta dengan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. untuk mereka bentuk, membekal, melaksana dan mengurus infrastruktur rangkaian Astro di seluruh negara.

Measat merupakan anak syarikat Astro All Asia Networks plc (Astro).

Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Pembawa dan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, ia akan mengintegrasikan perkhidmatan data, suara dan video dalam infrastruktur rangkaian Astro di 35 lokasi di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Skop projek memerlukan pelaksanaan rangkaian data menggunakan teknologi IP MPLS bagi menyokong data korporat, Internet dan suara serta aplikasi misi perniagaan kritikal dengan paras kualiti perkhidmatan.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.