KELANTAN TEWASKAN PATTANI
Kota Bharu - Tiga jaringan dari Khalid Jamlus, Norfarhan Muhamad dan Nidzad Ayub membantu Kelantan menumpaskan Pattani dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, semalam.
Kelantan yang menurunkan barisan bayangan yang akan membarisi skuad utama Piala Malaysia tidak lama lagi tidak menunggu lama untuk mendahului lawan apabila Khalid Jamlus yang tidak dikawal didalam kotak penalti menggunakan peluang tersebut untuk menanduk masuk hantaran sepakan penjuru oleh Ezrie Shafizie pada minit ke-5.
Tersentak dengan jaringan tidak disangka-sangka, pemain Pattani melakukan serangan balas dan hampir menyamakan kedudukan apabila hasil kesilapan Farisham yang tidak mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan pintu gol memberikan satu peluang keemasan kepada pemain Pattani melakukan percubaan ke gawang dalam situasi satu sama satu dengan Kharul Fahmi.
Menyedari diasak hebat pemain lawan, Kelantan mengubah corak serangan dengan melakukan larian pantas Zamri untuk mencari gol dan percaturan tersebut hampir membuahkan hasil apabila dua kali bola lintangan dari sebelah kiri Zamri berjaya menembusi benteng Pattani tetapi dua percubaan Khalid meliar keatas gawang lawan.
Sehinggalah pada minit ke-29, hasil satu serangan balas dari kawasan tengah, Indra yang keseorangan menolak cantik kepada Nor Farhan yang berjaya menggelecek dua pemain pertahanan dan penjaga gol lawan sebelum menolak leret ke gawang yang terbuka luas memberikan gol kedua kepada Kelantan.
Kelantan yang selesa didepan melakukan pertukaran mengeluarkan Farisham dan mengantikannya dengan Sarudi Aziz. Pertukaran tersebut memberi padah apabila Sarudi melakukan kesilapan mudah sebelum menjatuhkan pemain lawan didalam kotak membuatkan pengadil bertugas tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada Pattani pada minit ke-39. Pemain pertahanan Pattani yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Kharul Fahmi untuk merapatkan kedudukan 2-1.
Bersambung babak kedua, Kelantan yang mengeluarkan hampir keseluruhan pemain mengatur serangan ke kubu lawan menerusi gandingan Ailim dan Nidzad Ayub.
Gandingan ini hampir memecahkan kubu pertahanan pelawat tetapi akibat salah faham, bola yang sepatutnya menerjah jaring gagal disudahkan mengakibatkan hampir 1000 peminat yang hadir kecewa dan mencemuh mereka berdua.
Mungkin menyedari sikap penonton yang mula melemparkan kata-kata cemuhan, hasil satu hantaran dari Tuan Hafizi kedalam kotak penalti Pattani, Ailim yang tidak dikawal menolak bola kepada Nidzad sebelum disempurnakan untuk memberikan gol ketiga buat Kelantan pada minit ke67.
Selepas gol tersebut, Pattani juga ada membuat percubaan ke pintu gawang Kelantan tetapi ketangkasan Halim Napi menyelamatkan 3 percubaan bahaya seakan-akan tonik buat skuad kedua Kijang mengawal permainan sebelum wisel penamat dibunyikan untuk memberikan kemenangan kepada skuad The Red Warriors.
Fakta :
- Keseluruhan permainan Kelantan masih lagi belum memuaskan hati. Masih ada lagi beberapa kesilapan dilakukan pemain utama yang boleh mengundang padah kepada pasukan.
- Beberapa pemain dilabel penumpang didalam skuad Kelantan kerana menampilkan persembahan buruk.
- Norhisham Hassan masih belum lagi mampu mengeluarkan sentuhan ajaib menyebabkannya dikeluarkan setelah 20 minit separuh masa pertama.
- Nazrul Erwan Makmor yang bermain selama 75 minit dilihat menggunakan peluang yang diberikan dengan menampilkan persembahan cemerlang mengekang asakan pemain penyerang Pattani.
- Butler menurunkan hampir kesemua pemain kecuali Che Hishamudin, Mat Chah dan beberapa pemain yang kurang cergas.
- Beberapa pemain skuad piala Presiden melakukan penampilan pertama dalam skuad senior.
0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.