PAS MENANG BESAR DI PERMATANG PASIR
KLIK UNTUK LIHAT VIDEO SATU DAN VIDEO DUA
25 Ogos : PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.
Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.
Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majoriti terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.
Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1% daripada 82.57 % pada pilihan raya umum yang lalu.
Sebanyak 83 undi rosak.
PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.
Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.
KRONOLOGI PENGUNDIAN
JAM 7.07 MALAM
PAS semakin hampir mengulangi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-12 dengan memperolehi undi sebanyak 9618, dan BN mendapat 5067. PAS menang dengan majoriti 4,551.
JAM 6.55 PETANG
PAS hampir mencapai kemenangan besar dengan jumlah undi terkini 9712, dan BN memperolehi 5050 undi.
JAM 6.53 PETANG
Jumlah terkini menunjukkan PAS mendahului dengan 9616, meninggalkan BN yang mendapat 4941 undi.
JAM 6.43 PETANG
Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 8524 undi, meninggalkan BN yang mendapat 4063 undi sebanyak 4461 undi.
JAM 6.29 Petang
Kiraan menunjukkan PAS mendapat 7222, BN 3201, dengan majoriti PAS 4021.
JAM 6.23 PETANG
Jumlah kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 5341, manakala BN 2075.
JAM 6.20 PETANG
Kiraan menunjukkan undi dan majoriti diperolehi PAS meningkat lagi. PAS memperolehi 5063 manakala BN 2009.
JAM 6.14 PETANG
Jumlah kiraan terkini menunjukkan PAS mendahului dengan 2399 undi berbanding BN mendapat 1016 undi.
JAM 3.30 PETANG
63.7% pengundi telah membuang undi sehingga jam 3.00 petang tadi, kata SPR.
JAM 2.00 PETANG
Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.
JAM 1.00 TENGAHARI
SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2% atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.
JAM 12.00 TENGAHARI
Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.
JAM 11.45 PAGI
Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37%.
JAM 11.20 PAGI
Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ. Pada jam 10 pagi, SPR melaporkan 5775 orang atau 28.46% pengundi telah membuang undi.
JAM 11.00 PAGI
Para penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin.
Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.
"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.
JAM 10.35 PAGI
Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti. Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.
JAM 10.00 PAGI
Calon PAS melawat kawasan pilihan raya bersama para pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi tadi beliau mengiringi Datuk Seri Anwar dan keluarga yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti.
Sebelum ke pusat-pusat pengundian, kesemua mereka berkumpul di Yayasan Aman, Penanti sebelum menaiki kenderaan dari situ. Para penyokong melaungkan takbir dan reformasi sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pengundian.

0 KOMEN:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.