WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

DARKREGIME : WAR BLACK METAL

Sekitar tahun 2000, Ozzymay (gitar/vokal), Essey (dram) dan Iwan (bass) bergabung tenaga membentuk sebuah kumpulan muzik yang diberi nama KAFFAN. Minat yang berkembang terhadap muzik Metal apatah lagi setelah menyaksikan sendiri persembahan PAZUZU (sebuah band Thrash Metal tempatan) serta melihatkan kepada sunyinya Kelantan tanpa band-band Metal pelapis pada ketika itu adalah antara cetusan ilham yang mendorong kepada penubuhan KAFFAN. Band 3-piece ini giat berlatih di beberapa studio sekitar Kota Bharu bersandarkan lagu-lagu saduran dengan pengaruh muzikal dari AS SAHAR, SLAYER dan SODOM. Band ini memiliki beberapa lagu ciptaan sendiri namun pengunduran Iwan telah mengakhiri penggunaan nama KAFFAN tanpa sebarang bentuk rakaman.

Kehilangan Iwan tidak pernah dijadikan peluntur kepada semangat muzik Metal yang telah dimulakan. Pada Jun 2003, Ozzymay dan Essey bertindak lebih serius meneruskan kesinambungan perjuangan mereka dengan nama baru iaitu DARKREGIME yang dirasakan lebih relevan dengan konsep & genre muzik yang diketengahkan. Pada ketika ini Ozzymay bertukar posisi kepada bass manakala Essey pula memikul tugas di bahagian gitar. Dengan bantuan seorang pemain dram undangan, DARKREGIME muncul buat kali pertama di khalayak ramai dalam sebuah gig pelbagai genre Gath Jamm berlangsung di Pantai Cahaya Bulan pada 19 September 2004. Kemasukan pemain dram tetap iaitu Jeff pada 1 Januari 2005 serta pengambilan Wan Slaughter (gitar) yang juga merupakan ahli band INCARCERATE pada Jun 2005 telah melengkapkan lagi kekuatan bala tentera DARKREGIME.

DARKREGIME mendapat namanya dari idea Ozzymay berdasarkan tragedi-tragedi peperangan ketika itu di mana perkataan Regime itu diambil dari kewujudan beberapa rejim yang terlibat seperti Rejim Taliban, Rejim Sadam, Rejim Zionis, dan sebagainya. Halatuju muzikal band ini diarahkan kepada satu konsep yang lebih fokus iaitu War Black Metal dengan Ozzymay bertindak sebagai penulis lagu manakala Essey pula bertanggungjawab di bahagian lirik di mana ceritera peperangan, perjuangan dan kematian dijadikan tema utama dalam penulisan lirik. Kemantapan muzik DARKREGIME berkembang dengan pengaruh yang lebih luas dari band seperti MARDUK, IMPIETY, SLAYER, MONSTROSITY dan DIMMU BORGIR.

Pada 5 Julai 2005, DARKREGIME telah merakamkan sebuah lagu bertajuk 'Regime Of Darkness' di Dark Najeng Studio. Lagu tersebut dimuatkan dalam sebuah Promo CD yang diberi judul The Beginning Of The Dark Empire yang mana secara rasminya dikeluarkan pada 11 Julai 2005. Promo CD ini berfungsi sebagai pengenalan kewujudan DARKREGIME untuk disebarkan kepada media underground dan juga penganjur-penganjur gig.

Beberapa lagu ciptaan baru telah sedia ada, antaranya 'Cursed War' dan 'Meaningful Dead'.

OZZYMAY
LOT 955, BUNUT PAYUNG,
15150 KOTA BHARU
KELANTAN.

013-9641225 / 017-9705672
darkregime666@yahoo.com.my


0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.