WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

CHUA SOI LEK DIPECAT, KONFLIK MCA SEMAKIN KRITIKAL

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: MCA, parti komponen Barisan Nasional yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek malam ini.

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks dengan perempuan simpanannya yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Pemecatan itu diputuskan majlis presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata rakaman skandal seks Chua yang tersebar dan menjejaskan imej parti menjadi sebab pemecatan Chua yang juga pesaing kepada Ong.

Rakaman hubungan seks Chua itu mula tersebar pada 2007 dan beliau kemudian mengakui secara terbuka sebagai lelaki dalam rakaman video itu.

"Ia dibuat mengikut perkara 127a perlembagaan parti yang membenarkan beliau mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari. Ahli Majlis Presiden akan bersatu dan bertanggung jawab atas keputusan itu dan akan memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN)," katanya.

erdahulu, Dr Chua dikehendaki meninggalkan mesyuarat Majlis Presiden kerana mahu membincangkan syor jawatankuasa disiplin itu.

Dr Chua sejurus keluar daripada mesyuarat itu memberitahu media beliau menerima laporan jawatankuasa itu pada jam 5.30 petang semalam yang memaklumkan syor memecatnya.

"Majlis Presiden bertindak umpama 'cop getah' untuk meluluskan syor jawatankuasa disiplin. Saya tidak terkejut dan berharap Ong akan tidur lena malam ini.

"Sebagai ahli yang setia kepada parti, saya menerimanya dengan hati terbuka dan menyerahkan kepada sejuta ahli MCA menentukan sama ada keputusan itu adil atau tidak," katanya.
Ong dalam sidang media di pejabat MCA mengatakan keputusan itu yang berkait dengan disiplin adalah muktamad.

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.