WEBSITE INI DALAM EDISI PERCUBAAN

.

61 ANAK KAKITANGAN MPKB-BRI MASUKI IPTA

KOTA BHARU, 21 JULAI - Biar pun peranan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) memberi perkhidmatan kepada wargakota, namun dalam masa yang sama kebajikan kakitangannya tidak dilupakan.

Sehubungan itu baru-baru ini MPKB-BRI menyampaikan sumbangan kewangan kepada anak-anak kakitangan yang mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan dan mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Sumbangan sebanyak RM200 diberi kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan mereka yang berjaya memasuki universiti, RM150 (PMR) dan RM100 (UPSR).

Tahun ini seramai 61 anak kakitangan MPKB-BRI berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta swasta.

Sumbangan berjumlah RM10,000 disampaikan Yang Dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmod pada satu majlis yang diadakan baru-baru ini

0 KOMEN:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.